Gelagat comel pasangan pengantin baru, Nur Suriati yang mengangkat suaminya, Muhammad Syamir ketika bergambar kenangan di pelamin sewaktu majlis persandingan mereka menarik perhatian ramai.
Menyingkap kisah percintaan pasangan ini, Muhammad Syamir berkata, dia dan isterinya berkenalan sejak Januari lalu selepas diperkenalkan seorang rakan.
Walaupun isterinya bersaiz comel namun ia bukan halangan untuk menolak cinta gadis itu dan disunting menjadi isterinya.
“Waktu beritahu nak kahwin dengannya, memang ada orang terdekat minta saya cari orang lain, tapi saya tak ambil pusing dan terimanya sebab dia comel,” katanya berkongsi.
Katanya dia tidak memandang penampilan luaran kerana ikhlas menjadikan Nur Suriati Abu Bakar, 27, sebagai suri hatinya.
Bahkan suami penyayang ini tidak pernah meminta isterinya menurunkan berat badan. Berkat restu dan doa keluarga, pasangan ini sah bergelar suami isteri selepas diijabkabulkan pada 25 Ogos lalu.
Ads
“Sebenarnya, saya memang minat dan lebih tertarik dengan wanita bertubuh besar. Isteri pula ada ciri wanita saya inginkan, jadi sejak awak lagi dia sudah buat saya jatuh cinta.
“Keluarga pun tak kisah dan serahkan bulat-bulat kepada saya untuk pilih pasangan, maka jadi tak ada masalah atau halangan.
“Isteri pun sama, terima saya seadanya dan saya tak pernah langsung minta dia kuruskan badan.
“Kalau badannya lebih besar pun saya okay saja kerana lagi seronok nak peluk. Paling penting bukan penampilan, tapi bagaimana dia jalankan tanggungjawabnya sebagai isteri,” katanya.
Ads
Bagi Suriati pula dia pada mulanya tidak menyangka bakal menempuh alam perkahwinan dek kerana perasaan rendah diri dengan saiz badan.
“Mulanya ingat suami main-main dan tak berapa yakin sehingga saya tanya adakah dia nak saya kuruskan badan.
“Suami jawab tidak, malah selepas berkenalan lebih rapat, saya sedar yang dia (suami) memang ikhlas.
“Dia pun cakap tak kisah, malah terima saja kalau saya nak makan apa pun.
Ads
“Ikutkan, saya tak sangka akan berkahwin, malah pernah cakap dengan emak yang saya tak nak kahwin kerana sedar diri. Tapi syukur, ada juga lelaki terima dan daripada awal perkahwinan sampai sekarang, suami tetap begitu.
“Saya pun tertarik dengannya kerana dia penyayang dan pandai ambil hati. Jadi berdoa semoga perkahwinan kami berbahagia sampai syurga kerana kalau boleh nak kahwin sekali saja,” katanya yang turut bekerja sebagai pembantu kedai makan.
Amaran yang dikeluarkan oleh Bank Dunia mengenai kemelesetan ekonomi dunia yang bakal berlaku pada skala kritikal menjelang tahun 2023 semakin membimbangkan kita.
Tidak perlu berbelanja besar dan berjimat selagi boleh. Itulah yang sebaiknya kita lakukan di ketika ini bagi menempuh cabaran tahun depan.
Bagi kita yang berkeluarga, lebih-lebih lagi yang punya anak ramai, apa yang perlu kita persiapkan? Perkongsian tip yang dikongsikan oleh Kapt. Mohd Ezairol Rezan Zainol yang sering berkongsi mengenai kehidupan ini perlu kita aplikasikan. Yang penting jangan tambah hutang!
1. Berdoa. Rapatkan diri dengan Allah. Bila hubungan hamba & Pencipta seluruh alam itu dekat, apa pun keadaan akan dihadapi dengan tenang.
Yang sulit bisa dimudahkan. Yang tidak ada, bisa diwujudkan.
2. Rajin berusaha. Tambah pendapatan sampingan. Buatlah apa-apa pun asalkan halal dan menghasilkan wang. Jual jemput-jemput saja pun kadang-kadang boleh laku.
3. Jangan tambah hutang dan kurangkan beli benda-benda yang tak perlu.
Kalau ada kereta lama, gunalah dulu… Kalau ada motor lama, pakailah dulu… Kalau ada baju lama, guna dulu… Kalau tudung masih elok, tak payahlah beli tudung baru… Kalau handphone masih ok, tak perlulah nak upgrade baru…
4. Simpan wang tunai 6-12 bulan gaji sebagai dana kecemasan. Jangan usik kecuali anda dibuang kerja! Banyak kilang dan company dah mula kurangkan staff sekarang.
5. Jika sudah berkeluarga, masak dan makan kat rumah sahaja. Maggi goreng telur mata pun dah RM7.50 sepinggan, sekali dengan teh tarik jadi RM10…Gila!
6. Kurangkan komitmen bulanan. Potong atau “downgrade” mana yang boleh. – Tengok balik langganan internet berkelajuan tinggi dan saluran tv berbayar tu…Perlu atau tidak perlu. – Set aircond pada suhu bilik 23~24°c untuk jimatkan bil elektrik.
7. Tanamlah sayur yang selalu kita guna dan boleh ditanam dalam pasu. Contoh cili, kari, daun kunyit, ulam dan sebagainya.
8. Pergi bercuti ditempat yang “kos rendah” tapi mendamaikan. Mandi air terjun, berkelah tepi pantai atau camping di dalam hutan simpan.
9. Walau susah camna sekalipun zakat dan sedekah jangan lupa. Keberkatan dalam mencari rezeki itu fardu.
10. Akhir sekali, puasa sunat setiap isnin dan khamis. Badan sihat, pinggang ramping dan duit pun jimat…😅
Jom, meriahkan Pa&Ma Gala 2022 Reunion X TYT dan anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik! Sharing istimewa dari Dayah Bakar & Tasha Manshahar tentang cara penjagaan anak serta demo urutan istimewa dari Aunty June (TYT).
Pelakon dan penyanyi, Fattah Amin mengakui kehidupannya kini sukar kerana terlalu rindukan cahaya matanya, Nur Fatima Aisya sepanjang hari.
Malah kata Fattah menerusi perkongsiannya di Insta Story, malamnya terasa agak sukar lebih-lebih lagi kerana mengingatkan yang Fatima tidak sentiasa berada di sisinya.
Menerusi perkongsian itu juga, Fattah turut memuat naik sekeping gambar Fatima dengan busana masyarakat India pemberian kenalan.
“Saya memikirkan tentang Fatima sepanjang hari, dan malam terasa sangat sukar sebab kamu tiada bersama disini.
“Buat anakku, daddy sangat merindui kamu,” tulisnya ringkas.
Kali terakhir pelakon yang kini semakin mendapat tempat dihati ramai itu berkongsi momen bersama Fatima adalah pada 21 Oktober lalu sambil meluahkan rasa gembiranya dapat meluangkan masa bersama.
Dalam hantaran itu, kedua beranak itu dilihat sangat akrab apabila bergurau dengan merakam raut wajah bersama sambil tersenyum.
Terdahulu, Fattah Amin dan Fazura sah bercerai talak satu pada 7 Oktober lalu selepas kemelut rumahtangga mereka.
Rezeki bawa anak! Rita Rudaini tak sangka menang trofi Aktres TV Popular.
Memetik laporan Berita Harian, Rita atau nama penuh, Rita Rudaini Mokhtar, 48, berkata setelah tiga dekad baru memenangi anugerah.
Rita tampil anggun dengan gaun hitam meluahkan rasa syukur atas kemenangannya, lebib manis ditemani kedua-dua anak tersayang.
“Selepas tiga dekad, ini baru kali pertama saya naik pentas untuk terima anugerah. Terima kasih dan syukur atas rezeki yang Allah bagi. Terima kasih mama dan anak-anak yang hadir bersama saya kali ini.
“Terima kasih juga kepada Berita Harian termasuk juri. Alhamdulillah, ini semua atas sokongan peminat juga.
“Saya tak sangka bila bawa anak pada malam ini ada rezeki untuk saya menang. Saya terkejut dengan anugerah yang diterima ini, tak tahu hendak cakap macam mana sebab memang tak sangka boleh menang,” katanya.
Terdahulu, memetik laporan Berita Harian, Ryyan dan Airit mengakui dengan rela hati menemani ibu mereka dan mengharapkan kejayaan
milik Rita.
“Saya harap mummy dapat anugerah malam ini, ” kata Ryyan.
Sementara itu Qaqa turut mengharapkan kemenangan menjadi milik ibunya kerana menyifatkan Rita sebagai yang terbaik.
“Saya harap mummy menang sebab mummy ‘the best’, memang saya yang tawarkan diri untuk teman mummy malam ini,” kata Qaqa.
Rita juga mengakui menjagak anaknya.
“Saya yang ajak mereka ikut dan mereka berdua sedia menemani saya,” katanya.
Ibu tunggal dengan dua anak ini cukup dikenali melalui filem lakonannya seperti Bara, Mendam Berahi dan Mami Jarum.
Rita pernah tercalon dalam kategori Pelakon Filem Wanita Popular pada ABPBH 2003 dan 2006.
Rita turut menerima pencalonan dalam kategori Pelakon TV Wanita Popular empat tahun berturut-turut iaitu pada 2005, 2006, 2007 dan 2008.
Sumber: Berita Harian
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.