Bila dah bosan duduk rumah, mulalah macam-macam akal anak. Ada saja idea dia nak bermain atau buat apa-apa asalkan boleh hilangkan rasa ‘tepu’ dek kerana terkurung saja dalam rumah. Kadang-kadang idea anak ni kreatif, sampai kita pun tak terfikir!

Artikel Menarik: [Kagum Tengok Cara Hanis Tegur Alisa Bila Kata Manggis Tak Sedap. Lembut Tapi ‘Sampai’]

Melalui perkongsian di laman Facebook Fadhil Zainuddin, ayah ini menceritakan anak-anaknya mahu menjual lukisan mereka. Anak sulungnya bersungguh-sungguh mahu jual lukisan sehingga merayu kalau kedainya depan rumah pun tak mengapa.

Saja-Saja Support, Tak Sangka Lukisan RM1 Anak Jual  ‘Laku Teruk’. Ayah Ini Kongsi Ceritanya!

Tidak mahu menghampakan permintaan si anak, Fadhil pun membantu anaknya untuk buka kedai. Khemah dipasang dan ayah ini meletakkan meja dan kerusi untuk anak-anaknya meniaga.

Idea anak sulungnya itu membuahkan hasil apabila lukisannya ‘laku teruk’! Setiap lukisan dijual dengan harga RM1.00 sehaja. Tambah Fadhil lagi, kini isterinya pula pening kerana anaknya menuntut mahu meniaga lagi esoknya.

Artikel Menarik: [Risaunya Anak Suka Makan Manis Sampai Gigi Rosak. Ini Cara Ibu Ayah Nak Atasi!]

Ads

Saja-Saja Support, Tak Sangka Lukisan RM1 Anak Jual  ‘Laku Teruk’. Ayah Ini Kongsi Ceritanya!

Ini perkongsian kisah si comel ini yang mahu menjual lukisannya;

Beria-ia Nak Buka Kedai

“Petang tadi layan anak sulung aku jual lukisan dia,punya beria dia nak bukak kedai,dia kata dekat aku “Depan rumah pun takpe” jadi aku pun layankan sahaja.

Saja-Saja Support, Tak Sangka Lukisan RM1 Anak Jual  ‘Laku Teruk’. Ayah Ini Kongsi Ceritanya!

Ads

6 Lukisan Habis Dijual

Aku tak nak patahkan semangat dia tu,jadi aku sediakan tempat dia dan aku tinggalkan dia dengan adik dia biar mereka cuba jual sendiri,tak sangka semua 6 lukisan dia habis dijual.

Saja-Saja Support, Tak Sangka Lukisan RM1 Anak Jual  ‘Laku Teruk’. Ayah Ini Kongsi Ceritanya!

Esok Nak Buka Kedai Lagi

Ads

Sekarang mak dia pening sebab esok dia nak bukak kedai jual lagi,mak dia ingat tadi tak ada orang nak beli.”
😅😂🤣

Saja-Saja Support, Tak Sangka Lukisan RM1 Anak Jual  ‘Laku Teruk’. Ayah Ini Kongsi Ceritanya!

Kreatif sungguh kan? Dari hobi saja-saja, dapat pula buat duit. Yang membeli pun bukan main sporting menyokong minat adik-adik ini. Hari ni lukisan dijual dengan harga RM1.00 saja, mana tahu nanti boleh jual masterpiece dan jadi pelukis terkenal dunia seperti Vincent Van Gogh, Leonardo Da Vinci atau Pablo Picasso. Kita sebagai ibu ayah pula sebaik-baiknya menyokong minat anak selagi ia tidak mendatangkan kemudaratan kepada mereka.

KELAS ONLINE BREASTFEEDING PERCUMA dengan daftar Pa&Ma BF VIP Eksklusif member! Hanya RM20 sahaja. Daftar https://toko.ideaktiv.com/product/pama-bf-vip-eksklusif/

Saja-Saja Support, Tak Sangka Lukisan RM1 Anak Jual  ‘Laku Teruk’. Ayah Ini Kongsi Ceritanya!(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI