Untuk ibu yang pening anak tak suka makan bubur nasi, boleh cuba bagi makan bubur oat ayam. Bukan sahaja sedap tapi berkhasiat. Satu hidangan yang lengkap mempunyai sumber nutrisi yang diperlukan oleh tubuh badan anak seperti karbohidrat, protein dan fiber. Nak buat pon senang je, bahan juga senang dapat.
Jika anak berusia bawah satu tahun, boleh buat bubur oat ayam ini mengikut tekstur yang bersesuaian dengan anak. Tak terlalu kasar dan tak terlalu halus. Karbohidrat berfungsi menjadi sumber bahan bakar bagi bakteria baik di dalam tubuh yang membantu memproduksi vitamin B kompleks hingga pencernaan anak dapat berfungsi dengan baik.
Protein bagi tubuh anak adalah untuk pembentukan immunoglobulin atau yang sering disebut sebagai antibodi yang berfungsi untuk mengelakkan jangkitan yang disebabkan oleh virus atau bakteria. Antibodi ini juga akan memperkuatkan tubuh supaya tidak mudah diserang penyakit dari virus atau bakteria yang sama di lain waktu.
Fiber juga berperanan sebagai prebiotik dalam saluran pencernaan anak. Nutrisi ini merupakan sumber makanan bagi bakteria baik di usus, sehingga pertumbuhan dan fungsi bakteria tersebut akan selalu terjaga. Hasilnya, pencernaan anak menjadi lebih sihat dan terlindung dari gangguan pencernaan. Jom lihat resepi yang dikongsikan.
Resepi ini dikongsikan oleh Syazalwidad Bukhri di Kumpulan Facebook Happy Baby Foods Malaysia.
RESEPI BUBUR OAT AYAM
Ads
Sumber foto: Facebook Syazalwidad Bukhri
Lengkap karbohidrat, protein dan fiber. If anak mommy bawah 1y, mommy boleh buat ikut teksture makan anak mommy.
Bahan- bahan: – Segenggam rolled oat – Bawang merah / holland – Bawang putih satu ulas – Halia – Brokoli dan carrot dicincang (sayur ni ikut kesukaan baby) – Isi ayam dicincang – Serbuk bilis – Minyak – Air 1 mangkuk kecil
Cara- cara: 1. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia sehingga naik bau. Kemudian masukkan ayam dan biarkan separa masak. Bila ayam dah separa masak, masukkan rolled oat yang telah dibasuh bersih dan gaulkan sekali sehingga sebati. 2. Masukkan air dan biarkan rolled oat kembang, bila dah kembang, masukkan sayur yang dicincang. Bila dah mendidih, masukkan serbuk bilis sebagai penambah rasa semulajadi masakan baby. Biarkan sehingga sedikit pekat. 3. Agak- agak dah pekat, mommies boleh tumis darat (tumis bawang merah sehingga naik bau dan masukkan dalam bubur), kemudian hiaskan dengan daun bawang. Siap!
Memang sedap sangat rasa bubur ala mcd even guna rolled oat dan memang best. insyaAllah baby approve.
Mudah sangat resipi yang dikongsikan. para ibu boleh buat untuk anak- anak. Walaupun tak makan nasi tapi masih boleh dapat nutrisi lengkap dari bubur oat ayam. Semoga bermanfaat dan selamat mencuba.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ibu ayah boleh lebih kreatif dalam penyediaan hidangan untuk anak-anak. Apa kata ibu ayah cuba resipi pancake haiwan dan buat bersama anak-anak. Memang seronok dan akan jadi lebih kreatif bila buat bersama.
Elok jer hujan berhenti, anak-anak minta nak makan pancake. Sebab dah boring pancake bulat, daddy buat pancake haiwan pulak. Walaupun huduh tapi ada bentuk dan ada rasa. Hahaha laju kemain depa makan. Elok aku siap depa pun dah siap makan.
Nah resepi Pancake Haiwan oleh SuperDaddy Khairul Abdullah
Bahan-bahan untuk projek ini:
1 cawan tepung gandum
1 cawan susu segar/full cream/low fat whatever
2 sudu kecil baking powder
1 biji telur
2 sudu gula
1/2 sudu kecil garam
1 sudu butter atau marjerin atau minyak masak
1-2 jenis pewarna
Projek ini elok dilaksanakan bersama anak-anak:
1. Masukkan semua bahan-bahan kecuali pewarna dalam bekas dan kacau sebati. Atau masukkan dalam blender dan putarrrr.
2. Masukkan adunan dalam botol bermuncung. Guna 2 botol dan buat 2 bahagian. Salah satu botol masukkan pewarna. Tak kisah warna apa yang ada.
3. Panaskan non-stick pan dengan api paling slow.
4. Picit botol dan lukislah bentuk kesukaan korang. Buat outline dia dulu lepas tu baru fill dengan kaler.
5. Biar sampai keluar bubble dan berlubang-lubang kemudian balikkan.
Siap.
Dapatlah dalam 9-10 ekor haiwan.
Hidangkan dengan madu atau susu atau enak juga dimakan begitu saja, oohhhh gard… ehhh termenyanyi pulak. Tadi anak-anak aku masing-masing dapat makan seekor dinasour, rimau dan itik.
Yang ini daddy punya..
Kenyang 3 hari 3 malam lah gamaknya
*Madu sesuai untuk kanak-kanak 2 tahun ke atas sahaja
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza. Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah. Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selalu kentang kita jadikan jejari kentang biasa. Apa kata kita olah jadikan cekodok atau cucur kentang pula untuk anak-anak sekeluarga. Makan panas-panas depan televisyen buat bertambah anak-beranak.
Resipi ringkas dan mudah yang dikongsikan oleh Eyda Rohaidah ini paling senang hendak di sediakan. Jom cuba!
Menu minum petang kami. Cekodok jejari kentang bikin laki sayang. Crunchy diluar, lembut di dalam. Siapa yang takde idea bole la cuba. Guna bahan-bahan simple kat rumah je. Asyik lapar je kan. Try la, Insyaallah dijamin sedap.
Bahan-bahan:
3 biji kentang
Bawang merah
Cili padi
Tepung gandum
Sedikit garam
Sebiji telur
Minyak
Bahan utama kentang cukup la 3 biji.
Bawang merah hiris halus + cili api bagi pedas cikit. Kalau ada anak kecil tak payah letak cili api). Nak lagi sedap bubuh daun kucai/taugeh.
Sagat kentang sampai jadi camni.
Tepung gandum agak-agak je, jangan banyak pastu letak la kunyit sikit kami suka kuning-kuning. Perasakan dengan garam. (Boleh jugak nak pecah telur sebijik) ikut selera na.
Gaul rata sampai jadi camni. Air jangan banyak sangat. Agak-agak saja.
Siap dah goreng dalam minyak panas. Jaga api jangan hangit.
Taraaa. Siap boleh makan. Rangup kat luar, lembut kat dalam. Makan panas-panas. Sedap!
Sambil-sambil siapkan menu utama untuk anak dan suami, ibu bolehlah buatkan menu pencuci mulut yang sangat mudah. Tak perlu nak guna bahan yang mahal pun, semuanya memang ada di dapur je.
Bagi mama yang tak biasa buat puding ni pun, boleh buat dan pasti akan jadi. Asalkan ikut betul-betul langkah ni.
Mesti anak suka sebab ada biskut oreo dan dicampur pula dengan rasa coklat milo. Nak cuba buat, boleh follow resipi Azie Zul ni.
Cara-cara:
Panaskan agar-agar bersama air hingga agar-agar larut kemudian masukkan gula, kacau dan biarkan gula larut baru masukan susu cair hingga mendidih dan kacau sebati. Buang krim pada biskut Oreo dan hancurkan biskut.
Acuan dibasahkan dengan air supaya puding mudah dikeluarkan. Tuang 3 cawan adunan putih ke dalam acuan berisi biskut.
Gunakan garfu, kacau adunan agar-agar di dalam acuan supaya Oreo merata dan tidak mendap di bahagian bawah acuan. Ketepikan.
Panaskan baki agar-agar susu tadi dan masukkan Milo, kacau sehingga Milo hancur dan sebati.
Tapis dan tuang secara perlahan-lahan di atas agar-agar Oreo. Sejukkan 2-3jam, SIAP!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!