Sakit belakang selepas bersalin dan ketika menyusukan anak ialah satu kebiasaan. Ada ibu yang akan sakit belakang semasa menyusu walau pun sudah mengaplikasikan posisi penyusuan yang betul. Apa lagi langkah yang boleh dilakukan untuk mengelakkan sakit belakang?

Menurut pakar laktasi, Rita Rahayu Omar, keluhan wanita tentang sakit belakang adalah biasa. Lebih-lebih lagi di kalangan wanita hamil. Lazimnya, sakit beransur hilang selepas dua minggu melahirkan. Walau bagaimanapun, ia boleh kembali menyerang apabila anda mula mendukung bayi setiap hari.

Sakit Belakang Selepas Bersalin & Ketika Menyusu? Ini Pandangan Pakar Laktasi

BERAT ANAK SEMAKIN BERTAMBAH

Apabila bayi semakin meningkat usia, beratnya bertambah dan boleh menyebabkan sakit belakang. Berat berlebihan menyebabkan otot perlu bekerja lebih kuat dan meningkatkan tekanan pada sendi. Jadi, sakit belakang yang anda alami mungkin bukan sepenuhnya disebabkan oleh amalan penyusuan susu ibu.

Ads

Menjaga bayi boleh memberikan tekanan kepada belakang tubuh. Asalnya, anda mungkin mengangkat atau mendukung bayi seberat 3 hingga 4kg. Apabila bayi mencecah usia setahun, beratnya dianggarkan 8kg. Kemudian, beratnya meningkat 11 hingga 13kg. Jadi, kesemua berat ini menambah tekanan kepada belakang tubuh ibu!

POSISI PENYUSUAN PERLU SEIRING DENGAN POSTUR BADAN

Ads

Kebanyakan ibu baru secara tidak sengaja menjadikan masalah sakit belakangnya lebih teruk seperti tidak mengamalkan posisi penyusuan yang baik semasa menyusu tanpa disedari.

Sebagai contoh, anda mungkin terlalu fokus untuk memastikan bayi melekap dengan betul sehingga salah duduk. Ia memberi tekanan kepada leher dan otot atas bahagian belakang tubuh sewaktu anda menunduk. Wanita yang mengalami sakit belakang sebelum atau semasa hamil cenderung untuk mengalami semua sakit yang sama selepas bersalin terutamanya jika sakit itu teruk atau bermula pada awal usia kehamilan.

Ads

Jika anda melahirkan bayi secara caesarean, tunggu sehingga minggu keenam kelahiran atau sehingga mendapat kebenaran doktor sebelum mula melakukan senaman. Tambahan pula, risiko sakit belakang adalah lebih tinggi di kalangan wanita muda dan bagi mereka yang berat badan berlebihan. Antara langkah yang boleh diambil untuk mengatasi masalah sakit belakang:

  1. BERHATI-HATI DENGAN POSISI DAN POSTUR TUBUH

Kedudukan tubuh ketika mendukung dan memberi bayi makan akan memberi kesan kepada apa yang bahagian belakang rasai. Sematkan dalam minda setiap hari:

  • Beri tumpuan kepada postur dan sentiasa berdiri tegak.
  • Duduk tegak. Fikirkan tentang postur apabila menyusukan bayi. Jika anda sakit belakang bahagian bawah, gunakan ganjal bagi memastikan kaki anda lebih tinggi daripada lantai. Pilih kerusi yang selesa yang mempunyai tempat letak tangan dan gunakan banyak bantal sebagai sokongan tambahan kepada belakang dan lengan.
  • Pelajari cara untuk posisikan diri ketika menyusu dan sentiasa rapatkan bayi ke payudara dan bukan sebaliknya. Cuba pelbagai posisi penyusuan yang berbeza-beza.
  • Jika anda mengalami ketegangan di bahu dan bahagian atas belakang, posisi berbaring mungkin boleh memberi keselesaan.
  • Sentiasa bengkokkan lutut sewaktu mengangkat objek dan bayi daripada posisi berlutut bagi mengurangkan tekanan kepada bahagian belakang. Biarkan orang lain mengangkat objek berat terutamanya jika anda bersalin secara Anda tidak sepatutnya mengangkat objek yang lebih berat daripada bayi sekurang-kurangnya untuk tempoh lapan minggu.

Sakit Belakang Selepas Bersalin & Ketika Menyusu? Ini Pandangan Pakar Laktasi

  1. BERSENAM SECARA BERANSUR-ANSUR
  • Lakukan senaman untuk menguatkan otot abdomen dan meningkatkan fleksibiliti.
  • Berenang membantu menguatkan otot tanpa memberi tekanan pada sendi.
  • Lakukansenaman lantai pelvis sebagai rutin harian bagi menguatkan otot belakang dan abdomen.
  • Biasakan diri melakukan senaman regangan tetapi elakkan pergerakan yang ekstrem.

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI