
Proses kelahiran memang sesuatu yang sangat ditakuti oleh ibu-ibu yang bakal melahirkan disamping perasaan teruja untuk bertemu bayi yang dikandung selama 9 bulan. Proses ini bukan mudah kerana melibatkan dua nyawa iaitu si ibu dan juga bayi yang bakal dilahirkan. Sebab itulah ada yang mengatakan bersalin ibarat separuh mati.
Menerusi perkongsian Hezline Atherra di facebook, dia berkongsi pengalaman melahirkan dua anak lelakinya dan beberapa tip sebelum dan selepas proses kelahiran yang boleh dijadikan panduan untuk ibu-ibu yang bakal bersalin.
Detik hadapi proses kelahiran
Tanda-tanda ibu nak bersalin ni berbeza-beza, hati-hati bila dah nak sampai due
Doa Nabi Yunus, Sentiasa sebut nama Allah
Lepas bersalin pastikan ada orang teman ke tandas
Kalau rasa tak kuat jangan bangun dulu
Sumber: Hezline Atherra
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bibir Anak Bengkak Ingat Ada Masalah Gigi, Rupanya Alergi Alat Solek. Doktor Pesan Mak Ayah Kena Beringat!

Kalau tengok anak-anak perempuan yang masih kecil bermain dengan alat solek ada yang rasakan itu perkara comel dan lucu. Tambah pula bila habis satu muka diconteng dengan bahan kosmetik yang lazimnya digunakan oleh ibu atau orang yang lebih dewasa.
Memang kelakar tapi kalau tak dipantau penggunaannya akan menyebabkan alergi pada kulit anak yang masih lagi mulus tanpa sebarang bahan kimia. Seperti cerita yang dikongsikan oleh Dr Azila Mohd Kasim yang diperolehi daripada IG Odontopediatria tentang seorang kanak-kanak perempuan berusia 7 tahun terkena alergi bahan kosmetik sehingga menyebabkan bibirnya bengkak.
Ibu kanak-kanak tersebut menyangkakan hal tersebut disebabkan ada masalah dengan gigi. Apabila diperiksa oleh doktor gigi bukan itu puncanya. Lalu anak tersebut dirujuk kepada pakar kanak-kanak.
Setelah membuat pemeriksaan, ternyata bibir yang bengkak itu disebabkan oleh alergi terhadap bahan kosmetik yang digunakan.
Justeru Dr Azila berpesan supaya ibu bapa lebih beringat bahawa ala solek bukan untuk kanak-kanak. sebaiknya tidak memberikan kanak-kanak yang masih kecil bermain dengan alat solek.
Pesakit kanak-kanak perempuan berusia 7 tahun bermain permainan solekan kanak-kanak dengan kawannya.
Semasa bermain sapu gincu, tiba-tiba bibir mula membengkak. Pada mulanya ibu menyangka berpunca daripada masalah gigi.
Setelah diperiksa doktor gigi, gigi pesakit semua baik-baik sahaja. Ini adalah lebih kepada proses alergi, maka pesakit dirujuk segera ke pakar pediatrik (kanak-kanak).
Doktor pakar pediatrik segera memberikan ubat anti-alergi dan kortikoid. Pesakit terus diperiksa dan ujian alergik dijalankan.
Keputusan menunjukkan pesakit didiagnos alahan terhadap bahan dalam gincu termasuk parabens, iaitu sejenis bahan yang terdapat dalam fomulasi beberapa bahan kosmetik.
Ibu bapa tolong ambil perhatian.
Alat solek bukan untuk Kanak-kanak.
Beringat sebelum terkena,
Mencegah lebih baik dari merawat.
Bantu saya kongsikan ilmu ini.
Sumber dari Ig odontopediatria.
Dr. Azila Mohd Kasim
Klinik Pergigian Azila Bangi
sumber: Dr. Azila Mohd Kasim
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Puasa 6 Jam Sebelum Czer. Jangan Curi Makan, Boleh Bahayakan Nyawa Ibu Waktu Dibius

Mungkin ada sesetengah wanita yang akan menjalani pembedahan untuk melahirkan merasa pelik kerana doktor menyuruh mereka untuk berpuasa sekurang-kurangnya enam jam sebelum ke OT. Saranan ini bukan diberikan untuk suka-suka, ada sebabnya dari segi perubatan yang melibatkan keselamatan nyawa si ibu dan bayi yang bakal dilahirkan.
Artikel Menarik: [Suami Memaafkan & Tak Putus Doa, Isteri Bersalin Jadi Mudah]
Jangan mengeluh dan rasa yang doktor menyusahkan. Yalah, mengandung lepas tu diminta berpuasa pula. Mana tahan nak tunggu sampai 6 jam. Jangan ambil ringan soal ini dan kemudian makan senyap-senyap tanpa pengetahuan doktor!
Melahirkan anak sama ada secara pembedahan atau normal kedua-duanya mempunyai risiko dan prosedur tersendiri. Pembedahan elektif caesarean biasanya dijadualkan dan ibu-ibu akan diminta untuk berpuasa. Menurut Dr Muhammad Izzat Abdul Razak, Pegawai Perubatan Kesihatan Wanita & Kehamilan ia ada kaitan dengan bius yang bakal diberikan.
PUASA 6 JAM, JANGAN CURI-CURI MAKAN
“Kebiasaannya ibu yang menjalani pembedahan caesarean akan diberikan bius separuh badan. Namun ada keadaan di mana bius separuh badan ini tidak berkesan. Keadaan ini memerlukan ibu berkenaan dibius penuh (bius am).
“Jika ibu tidak berpuasa sekurang-kurangnya 6 jam seperti yang diminta, terdapat risiko isi kandungan dalam perut akan regurgitated (terkeluar) dan boleh memasuki paru-paru semasa pemberian bius penuh.
“Ikut peraturan. Kalau doktor dah suruh puasa kol 12 tengah malam, tu follow je. Kalau suruh puasa pukul 3 pagi ke 2 pagi pun follow je. Bukannya curi-curi makan bila dia suruh puasa. Ada pulak orang suruh puasa dia pegi telan nasi lemak kol 6 pagi. Macam mana nak buat operation? Barang-barang peribadi yang berharga serahkan pada keluarga, jangan tinggalkan dalam wad. Apa pun ikut peraturan. Lain tempat lain cara.”
INFO: Bius am akan menyebabkan otot-otot di saluran pencernaan dan saluran pernafasan tidak dapat berfungsi untuk mengawal makanan dan asid daripada bergerak dari perut ke dalam paru-paru. Sentiasa ikuti arahan doktor untuk mengelakkan makanan dan minuman sebelum pembedahan. Puasa biasanya diperlukan bermula enam jam sebelum pembedahan.
Sumber: mayoclinic.org
5 TIPS MENEMPUHI PEMBEDAHAN CAESAREAN
Siapa kata tidak berdebar, walau pun ia mungkin kali kedua atau ketiga ibu dibedah untuk bersalin. Tenangkan diri dan lakukan perkara penting yang dicadangkan doktor ini.
Artikel Menarik: [Minum Air Waktu Berpantang Tambah Susu Badan, Tak Ada Kaitan Rahim ‘Kembang’]
Selain berpuasa mengikut prosedur yang ditetapkan, 5 perkara yang boleh para ibu lakukan sebagai persediaan menempuhi pembedahan ialah seperti berikut;
Kebiasaanya ini pesanan-pesanan saya bila buat round malam pada ibu-ibu yg akan menjalani apa-apa prosedur di dewan bedah ( contohnya pembedahan caesar ) pada keesokkan hari;
#1: SOLAT HAJAT
Malam-malam tu buat solat hajat. Selagi boleh solat tu buatlah. Minta bantuan dari Allah. Minta jauhkan segala ketakutan. Segala perjalanan pembedahan tak aan berjalan lancar tanpa izin Allah. Doktor hanya bantu sahaja. Kalau tak mampu nak solat, mengaji pun ok sangat dah. Bukan pegi kat katil orang lain membawang sana sini.
#2: MOHON MAAF DARIPADA SUAMI & IBU BAPA
Mintak maaf pada suami, mak dan ayah. Kalau depa ni jauh, apa guna henfon mahal-mahal kan ? Call dorang mintak maaf atas salah silap dan mintak dorang doakan segalanya berjalan lancar. Ni penting. Kalau redha sesama manusia kita dapat, Allah akan redha dgn kita. Semua urusan akan mudah.
#3: LANGSAIKAN HUTANG
Selesaikan hutang-hutang yg ada. Kalau ada berhutang dengan orang pegi settlekan. Takpayah kalut, online banking kan ada?
#4: YAKIN
Last, yakin sepenuhnya dengan doktor yang akan bedah korang esok. Saya akan jumpa pesakit yang akan saya bedah biasanya malam sebelum pembedahan, nak bagitau pesakit bahawasanya sayalah doktor bedah dorang esok, sambil borak-borak ringkas. Tak ade lah pesakit terpinga-pinga tertanya-tanya doktor mana yg akan buat operation kan?
Artikel Menarik: [Sebelum Bersalin, 3 Barang Ini Mama Wajib Sediakan. Barulah Tak Kelam Kabut]
#5: BERSELAWAT & DOA
Biasanya saya akan mulakan segala macam prosedur dan pembedahan dengan ucapan Bismillahirrahmanirrahim. Sebelum korang ‘ditidurkan’ oleh doktor bius selawat pada Nabi dan doa buat kali terakhir untuk dipermudahkan. Ingat, doa adalah senjata utama kita. Doa dan terus berdoa. Jangan pernah berhenti berharap.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bila Suami Maafkan & Iringi Doa, Isteri Bersalin Jadi Mudah. Lancar Je!

Saat menanti kelahiran bayi pasti mengujakan tapi pada masa yang sama kita berdebar juga kan? Sebanyak mana si ibu risau tentang bayi yang bakal dilahirkan serta proses bersalin, ayah juga sama. Bahkan berganda rasa risaunya itu! Maklum sajalah, isteri tersayang sedang bertarung nyawa untuk melahirkan zuriat mereka.
Berkongsi tentang pengalamannya menanti kelahiran bayi mereka, Haris Darus berkongsi amalannya sepanjang menunggu proses kelahiran bayi perempuan mereka. Kebetulan pula tarikh lahir bayi mereka sama dengan isterinya.
Artikel Menarik: [Isteri Ni Tak Harap Pun Hadiah Mahal. Cukuplah Suami Cakap Lembut, Sayangi Dia Selalu]
10 April adalah ulang tahun kelahiran isteri saya. Tadi, pada tarikh yang sama, isteri saya dibawa masuk ke kamar bersalin. Saya menunggu di luar. Tidak dibenarkan menemani isteri bersalin sebab nak elakkan penyebaran covid-19.
Siap saja melahirkan anak, dia beritahu saya, proses bersalin tadi senang dan sekejap saja. Lebih kurang 10 minit saja. Alhamdulillah.
Saya senyum baca text whatsapp-nya. Dia tak tahu yang suaminya ini membacakan sesuatu untuknya di luar kamar bersalin.
Amalan ini dikongsikan oleh seorang ilmuwan islam, Maulana Hamid. Ini amalannya semasa dijangkiti virus Covid-19 dan baik.
Alhamdulillah, berkat amalan ini, proses kelahiran bayi perempuan kami tadi berjalan dengan baik. Senang dan sekejap saja. Saya baca surah Yaasin dan diikuti dengan bacaa ini:
1. Selawat 3 kali.
2. Baca surah Al Fatihah 3 kali.
3. Baca surah Al-Ikhlas 3 kali.
4. Baca “Hasbunallahu Wani’ Mal Wakil 313 kali.
5. Penutup dengan selawat 3 kali.
Dan maafkan isteri. Maafkan isteri. Maafkan isteri.
Kita ada Dia. Dia sebaik-baik penolong. Kita doa pada-Nya. Tak kira yang kecil atau besar ujian itu , semuanya dari Dia.
Alhamdulillah. Kami dikurniakan satu lagi amanah dari-Nya. Anak perempuan seberat 2.8kg. Mudah-mudahan tanggungjawab ini dipikul sebaiknya.
Artikel Menarik: [3 Doa Suami Boleh Amalkan Untuk ‘Pimpin’ Isteri & Anak Ke Jannah]
Haris Darus
Tahun depan Papa jimat duit beli kek besday. Beli satu saja dan sambut besday mama dan kamu.
Semoga dengan perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada bakal bapa yang juga menanti kelahiran anak anda. Amalan ini tidak sukar untuk dibuat, tetapi ikhlaskan hati anda untuk melakukannya. Untuk pasangan yang bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi, Pa&Ma doakan semoga setiap urusan bersalin and dipermudahkan dan semuanya selamat.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI