Sakit buah pinggang kronik dari usia 9 bulan & perlu dialisis dua kali seminggu bukan halangan untuk kanak-kanak ini teruja ke sekolah. Semangatnya itu buat ramai yang kagum!

Minggu ini menyaksikan kanak-kanak memulakan persekolahan bagi sesi 2019. Pelbagai kisah dikongsikan berkenaan dengan permulaan minggu pertama persekolahan. Kanak-kanak teruja untuk memulakan persekolahan dan mengenali persekitaran baru dalam menuntut ilmu.

Sakit Buah Pinggang Kronik Sejak Usia 9 Bulan & Perlu Dialisis, Semangatnya Ke Sekolah Buat Ramai Kagum

SEMOGA KAKI TANGAN KUAT UNTUK MENULIS & MELUKIS

Perkongsian Puan Khairatul Azni tentang ketabahan dan keterujaan si adik,adik Hazim Hafifi yang mengalami sakit buah pinggang kronik menempuhi hari pertama persekolahan membuatkan ramai kagum. Kisah tentang Hazim tular apabila dikongsi sebanyak hampir 5,000 kali.

Adik yang sekolah tapi kita pulak risau lebih lebih. Semoga kaki tangan kuat unutk berjalan, menulis, melukis. Dia excited nak ke sekolah, bagi peluang merasa ke sekolah.

Bila bergurau kata tak payah pergi skolah la dik, dia nangis.

Semoga Hazim Hafifi dipanjangkan umur dan diberi kesihatan berpanjangan.

JALANI RAWATAN DIALISIS SEJAK BERUSIA 1 TAHUN 6 BULAN

Rupanya si kecil ini mengalami sakit pinggang buah pinggang kronik sejak berusia sembilan bulan dan telah mula melakukan rawatan dialisis untuk mencuci darah sejak berusia setahun enam bulan.

IKLAN

Hazim penghidap ESRF (End Stage Renal Failure) iaitu sakit buah pinggang tahap kronik didiagnos ketika berumur 9bulan. Start dialisis ketika berumur 1y6m.

Sakit Buah Pinggang Kronik Sejak Usia 9 Bulan & Perlu Dialisis, Semangatnya Ke Sekolah Buat Ramai Kagum

MAKAN MINUM PERLU BERSUKAT

Sakit Buah Pinggang Kronik Sejak Usia 9 Bulan & Perlu Dialisis, Semangatnya Ke Sekolah Buat Ramai Kagum

Sebagai pesakit buah pinggang yang menjalani dialisis, Hazim terpaksa mengehadkan pengambilan cecair mengikut sukatan yang ditetapkan.

ELAK BERJALAN JAUH SUPAYA HAZIM TIDAK CEPAT LETIH

IKLAN

Sakit Buah Pinggang Kronik Sejak Usia 9 Bulan & Perlu Dialisis, Semangatnya Ke Sekolah Buat Ramai Kagum

Hazim juga perlu mengurangkan pergerakan dan terpaksa duduk di kelas sedang kawan-kawan lain menerokai kawasan sekolah seperti kantin & tandas. Kata Khairatul, banyak bergerak dan berjalan jauh boleh menyebabkan Hazim letih.

KELUARGA USAHA NAK DAPATKAN KERUSI YANG SESUAI DENGANNYA

Sakit Buah Pinggang Kronik Sejak Usia 9 Bulan & Perlu Dialisis, Semangatnya Ke Sekolah Buat Ramai Kagum

Kerusi di kelas juga kelihatan tidak sesuai dengan ketinggian Hazim. Ini menyebabkan Hazim jadi cepat letih kerana perlu mengangkat tangan lebih tinggi untuk menulis.

Bagi memudahkan, keluarganya sedang berussaha mendapatkan kerusi yang sesuai dengan saiz badan dan ketinggian Hazim.

IKLAN

NAK MERASA DUDUK DENGAN KAWAN-KAWAN

Sakit Buah Pinggang Kronik Sejak Usia 9 Bulan & Perlu Dialisis, Semangatnya Ke Sekolah Buat Ramai Kagum

Hazim tetap tidak mahu ketinggalan. Walau pun guru membenarkan dia duduk di tepi, tapi dia tetap bersemangat untuk beratur bersama rakan sekelasnya.

PERGI SEKOLAH 3 HARI KERANA DUA HARI LAGI PERLU DIALISIS

Sakit Buah Pinggang Kronik Sejak Usia 9 Bulan & Perlu Dialisis, Semangatnya Ke Sekolah Buat Ramai Kagum

Hazim ternyata kuat semangat. Walau pun hanya bersekolah 3 hari seminggu kerana dua hari lagi perlu diperuntukkan untuk rawatan dialisis, dia tetap teruja untuk ke sekolah. Keluarganya mengharapkan berlaku keajaiban di mana Hazim boleh membesar seperti kanak-kanak lain.

Kebanyakan memberikan sokongan dan galakan kepada Hazim dan kagum sengan sikap anak kecil ini.

Sakit Buah Pinggang Kronik Sejak Usia 9 Bulan & Perlu Dialisis, Semangatnya Ke Sekolah Buat Ramai Kagum Sakit Buah Pinggang Kronik Sejak Usia 9 Bulan & Perlu Dialisis, Semangatnya Ke Sekolah Buat Ramai Kagum Sakit Buah Pinggang Kronik Sejak Usia 9 Bulan & Perlu Dialisis, Semangatnya Ke Sekolah Buat Ramai Kagum Sakit Buah Pinggang Kronik Sejak Usia 9 Bulan & Perlu Dialisis, Semangatnya Ke Sekolah Buat Ramai Kagum Sakit Buah Pinggang Kronik Sejak Usia 9 Bulan & Perlu Dialisis, Semangatnya Ke Sekolah Buat Ramai Kagum Sakit Buah Pinggang Kronik Sejak Usia 9 Bulan & Perlu Dialisis, Semangatnya Ke Sekolah Buat Ramai Kagum

Sumber: Khairatul Azni

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI