Janji Allah itu pasti! Walaupun hanya sempat bersama 4 bulan sahaja dan sakit bersalin pun masih lagi terasa, hakikat ini tetap perlu diterima walaupun sangat-sangat sukar. Apatah lagi anak kedua ini ditunggu hampir 7 tahun selepas kelahiran anak sulung.
Lagi perit, walaupun hanya dapat menikmati momen indah dalam tempoh yang sekejap saja, senyuman dan rengekan manja semuanya masih terbayang.
Melalui perkongsian Puan Nurul Atikah kisah pemergian anaknya macam mimpi dan masih tak percaya secepat ini pergi meninggalkan mereka sekeluarga. Difahamkan pemergian anak syurganya itu disebabkan masalah saluran pernafasan terlalu sempit.
“Mumy halalkan susu mummy sayang..”
Muhammad Yusuf Mikael bin Abdul Gani. Mumy halalkan susu mumy sayang. Mumy redha anakku. Adik tinggal mumy atas pangkuan mummy. Mummy mengucap dekat adik, terus adik tersentak walaupun adik tak sedar.
Sakit czer lahirkan adik pun belum hilang dik. Pergilah bermain di taman syurga anakku. Doa mummy sentiasa mengiringi mu. Anak yang sangat baik. Lepas ni tak ada yang kejut mummy ajak main 4 pagi. Tak ada lagi gelak tawa anak mumy.
Allahuakbar sesungguhnya ujian mu terlalu berat ya Allah. Aku redhaa, aku pasrah. Tunggu mummy abah dan abang ya sayang. Allah tak akan uji di luar kemampuan kita. Maafkan mummy anakku.
Menurut Atikah, anak keduanya iaitu Muhammad Yusuf Mikael telah menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Pulau Pinang. Sebagai ibu dia redha dengan ujian yang diberikan oleh Allah terhadapnya walaupun dalam hati hanya Allah yang tahu perasaan ni.
“Patut mumy nak sangat fotoshoot adik”
Kongsi Puan Atikah lagi, patutlah sebelum ini rasa bersungguh-sungguh nak ada gambar kenangan Yusuf Mikael, rupanya semua ini memang untuk berikan kenangan pada mumy.
Ads
Patut mumy rasa nak sangat fotoshoot adik. Mumy rasa nak sangat tema warna putih. Mumy ingat lagi sebelum dik masuk hospital mumy tengah masak, dik tengok mumy renung mumy dik tenung mumy.
Dua hari sebelum tu adik tak berapa mau dekat mumy nak abah jaaa,rupanya adik xmau mumy sedih. Dik separuh nafas mumy hilangg dunia gelap dik. Hanya lafaz allahuakbar ja mumy laungkan waktu adik tinggai mumy…
Sakit dikk, mumy sakit bila tgok barang dik.. Tiap hari pergi melawat dik kat hospital mumy bawa botol susu dik wlaupn mumy tau dik xboleh mnum tapi mumy bawa sbb mumy rasa adik lapar,mumy bawa baju dik sbb mumy nak dengaq doc cakap adik boleh balik.
Tapi mumy bawa adik balik siap mandi n kapan. Wanggi sangat sayang mumy. Main la ditaman syurga sayang mumy.
Adik pergi dalam keadaan mumy tak bersedia. Dalam keadaan mumy tak jangka. Mumy pejam mata tadi dik sebab mumy nak semua ni mimpi bukan kenyataan dik. Tapi Allah sayang adikk. Adik tunggu mumy sayang. Walaupun pedih mumy cuba redhaa sayang.
Sekarang mumy rindu adik, hanya al-Fatihah penggantinya
Ads
Sayang mumy bila mumy bangun pagi ni..Mumy tersilap panggil adik. Semalam mumy tido tanpa adik.
Semalam mumy balik ambik baju mumy sbb mumy tak boleh balik rumah kita lagi. Barang-barang dik banyak mcm mna mumy nak balik dik. Mumy tak pernah rasa kehilangan besar mcm ni dik separuh nafas mumy hilang.
Adik pergi tanpa mumy bersedia. Bukan mumy tak redha tapi mumy tak kuat. Abang dah mula sedih dik,dah mula rindu adik.
Selama 7 tahun mumy tunggu dik mumy sempat jaga adik 4bulan lebih ja. Adik dah pandai gelak pandai senyum dan sembang mana mungkin mumy boleh lupa semua kenangan dik bagi dekat mumy sayang. Sekarang bila mumy rindu hanya Al fatihah saja mmpu mumy sedekahkn untuk adik.
Sebelum pemergian anak syurga Yusuf, Puan Atikah ada berkongsi dalam facebooknya mohon mendoakan baby Yusuf yang kritikal dan berharap apa yang diberitahu oleh doktor itu tak akan menjadi kenyataan.
Ads
Air muka Yusuf sangat tenang walaupun kritikal
Mummy harap apa doktor cakap semua tipu. Yusuf tak kritikal. Mummy nak peluk Yusuf rindu sangat. Mummy nak anak mummy balik. Nak anak mumy sihat. Minta semua doakan malaikat kecilku.
Dari Bagan specialist adik kena tukar ke Island Hospital bila keaadan adik makin kritikal adik trus masuk icu Hospital Pulau Pinang. Mumy abah masuk tengok adik. Panggil adik.
Walaupun doktor bagi ubat tidur adik dengar mummy dan abah panggil adik. Kuatnyaa adik sayang sekuat nama adik. Bagi yang tanya kenapa Yusuf masuk icu, saluran pernafasan yusuf terlalu sempit dan ada lagi sebab lain berkenan dengan saluran pernafasan dia.
Buat masa sekarang doktor kata Yusuf kritikal tapi mummy tak percaya cakap doktor sebab mummy percaya anak mummy kuat. Comel sangat Yusuf tadi bersih putih sangat adik. Doktor cakap mummy dan abah kena bersedia dengan keadaan adik macam ni.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
“Doakan kesembuhan Ainul.” Begitu kongsi ayah adik Ainul Mardhiah yang kini sedang bertarung melawan sakitnya.
Anak hebat dan kuat kesayangan rakyat Malaysia ini kini sedang berjuang untuk dirinya sendiri selepas mengalami jangkitan kuman.
Melalui facebook bapanya, Ahmad Safiuddin, bapa yang sentiasa kuat diuji ini turut memohon doa dari seluruh rakyat Malaysia buat Ainul terus bangkit berjuang.
Malah mengharapkan anak sulungnya itu terus kuat berjuang seperti selalu.
“Bangun dan lawan, kakak.
“Walid dan mama sayang kakak, kami tunggu kakak bangun, lawan dan menang seperti selalu,” tulisnya menerusi Facebook.
Melalui perkongsian Instagram ibunya tengah hari tadi, Ainul dikhabarkan berada dalam keadaan tenat selepas jangkitan kuman yang sudah mula merebak.
Semuanya bermula selepas Ainul muntah dan cirit birit dalam masa sehari manakala hari kedua pula keadaan Ainul semakin tidak bermaya.
Anak kecil yang terus mendapat perhatian ramai ini juga kemudiannya terus di bawa ke hospital dan kini dikhabarkan berada di PICU.
Sementara itu bapa Ainul juga turut memohon doa dari semua agar anak kecil ini terus kuat melawan serangan yang agak kuat dirinya malah kembali sembuh seperti biasa.
“Mohon doakan Ainul Mardhiah kami bangkit melawan serangan yang agak teruk kali ni.
“Ainul dirawat di PICU sekarang, perlukan bantuan ventilator.
“Doakan juga Allah swt bimbing, berikan jalan dan mudahkan urusan doktor dan jururawat yang sedang merawat ainul sekarang,” doanya lagi.
Ainul Mardhiah, anak sulung pasangan Ahmad Safiuddin dan isterinya, Nurul Erwani Zaidi ini terus sentiasa didoakan oleh orang ramai agar kuat melawan tubuhnya. Rata-rata ramai yang memberikan kata-kata semangat buat kedua-duanya untuk terus memberikan kekuatan buat Ainul.
Hilang kata-kata seorang ibu apabila anak pergi dalam pelukannya. Baru-baru ini, tular di laman sosial seorang wanita terpaksa menerima hakikat apabila anak yang dikandungnya selama 9 bulan telah pergi buat selama-lamanya.
Difahamkan, kejadian yang menyayat hati itu berlaku pada Isnin lalu dimana seorang wanita mahu membawa anaknya pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan dari pekan Julau ke Kuching.
Namun begitu, semasa dalam perjalanannya yang menaiki bas ekspres, secara tiba-tiba anak tersayangnya itu sudah tidak bernafas apabila bas tersebut berhenti di Jelukong Rest Stop.
Terkejut dengan pemergian anaknya, menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna di laman Facebooknya, wanita terbabit hanya mampu memeluk erat tubuh dan mengucup dahi bayinya itu tanpa memberi sebarang kata-kata.
Malah, seorang ketua rumah panjang telah menawarkan bantuan untuk membawa anaknya itu mendapatkan rawatan di pusat perubatan Betong berharap anaknya dapat diselamatkan.
Bukan itu sahaja, kasihan dengan nasib yang menimpanya, dia telah menghulurkan RM300 kepada wanita terbabit sebagai duit belanja pulang ke rumah.
“Tenangnya ibu dia..”
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa sebak dan simpati terhadap nasib malang yang menimpa wanita terbabit yang dilihat begitu tenang atas pemergian anak kecilnya.
Moga diberi ketabahan buat ibu bapa
Bukan itu sahaja, netizen turut menzahirkan ucapan takziah atas kehilangannya dan berharap wanita tersebut terus diberi kekuatan dalam menghadapi ujiannya.
“RIP baby.. Semoga ibu bapa baby ini tabah..”
“Semoga tabah dan bersabar dalam menghadapi dugaan ini, Salam takziah..”
“Sedih tengok mak dia, kelihatan tenang sekali, semoga tabah sis, Tuhan lebih sayangkan dia. Faham sangat erti kehilangan.”
Anak maut digilis treler, hasrat berpakaian sedondon hitam di pagi Aidilfitri tidak kesampaian.
Bapa Muhammad Jamathir Ahmad Nordin, 32, menyatakan hasrat sekeluarga bersama-sama untuk memakai pakaian raya berwarna hitam, pada tahun ini tidak kesampaian.
Anaknya Nurul Jannatun Assyifa Muhammad Jamathir, 9, teruja dengan pakaian tersebut apabila baru sahaja sampai minggu ini.
Mangsa digilis treler ketika dalam perjalanan pulang dari sekolah di Kampung Telok Gong, Pelabuhan Klang, pagi Rabu.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Morni Mamat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kemalangan itu pada jam 11.25 pagi.
Beliau berkata, kemalangan tersebut melibatkan sebuah treler yang melanggar motosikal dinaiki mangsa bersama seorang wanita berumur 54 tahun dan seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun.
“Wanita yang juga pengasuh kepada kedua-dua kanak-kanak tersebut mengambil mereka dari sekolah dan dalam perjalanan pulang.
“Pengasuh dan kanak-kanak lelaki tersebut masing-masing cedera ringan, manakala kanak-kanak perempuan maut di lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi Bernama pada Rabu.
Morni berkata, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya, manakala wanita dan kanak-kanak lelaki itu dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk rawatan lanjut.