“Sakit Czer Masih Terasa, 7 Tahun Tunggu Adik. Mommy Macam Mimpi Adik Dah Tiada”

Share

Janji Allah itu pasti! Walaupun hanya sempat bersama 4 bulan sahaja dan sakit bersalin pun masih lagi terasa, hakikat ini tetap perlu diterima walaupun sangat-sangat sukar. Apatah lagi anak kedua ini ditunggu hampir 7 tahun selepas kelahiran anak sulung.

Lagi perit, walaupun hanya dapat menikmati momen indah dalam tempoh yang sekejap saja, senyuman dan rengekan manja semuanya masih terbayang.

Melalui perkongsian Puan Nurul Atikah kisah pemergian anaknya macam mimpi dan masih tak percaya secepat ini pergi meninggalkan mereka sekeluarga. Difahamkan pemergian anak syurganya itu disebabkan masalah saluran pernafasan terlalu sempit.

“Mumy halalkan susu mummy sayang..”

Muhammad Yusuf Mikael bin Abdul Gani. Mumy halalkan susu mumy sayang. Mumy redha anakku. Adik tinggal mumy atas pangkuan mummy. Mummy mengucap dekat adik, terus adik tersentak walaupun adik tak sedar.

Sakit czer lahirkan adik pun belum hilang dik. Pergilah bermain di taman syurga anakku. Doa mummy sentiasa mengiringi mu. Anak yang sangat baik. Lepas ni tak ada yang kejut mummy ajak main 4 pagi. Tak ada lagi gelak tawa anak mumy.

Allahuakbar sesungguhnya ujian mu terlalu berat ya Allah. Aku redhaa, aku pasrah. Tunggu mummy abah dan abang ya sayang. Allah tak akan uji di luar kemampuan kita. Maafkan mummy anakku.

Menurut Atikah, anak keduanya iaitu Muhammad Yusuf Mikael telah menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Pulau Pinang. Sebagai ibu dia redha dengan ujian yang diberikan oleh Allah terhadapnya walaupun dalam hati hanya Allah yang tahu perasaan ni.

“Patut mumy nak sangat fotoshoot adik”

Kongsi Puan Atikah lagi, patutlah sebelum ini rasa bersungguh-sungguh nak ada gambar kenangan Yusuf Mikael, rupanya semua ini memang untuk berikan kenangan pada mumy.

Patut mumy rasa nak sangat fotoshoot adik. Mumy rasa nak sangat tema warna putih. Mumy ingat lagi sebelum dik masuk hospital mumy tengah masak, dik tengok mumy renung mumy dik tenung mumy.

Dua hari sebelum tu adik tak berapa mau dekat mumy nak abah jaaa,rupanya adik xmau mumy sedih. Dik separuh nafas mumy hilangg dunia gelap dik. Hanya lafaz allahuakbar ja mumy laungkan waktu adik tinggai mumy…

Sakit dikk, mumy sakit bila tgok barang dik.. Tiap hari pergi melawat dik kat hospital mumy bawa botol susu dik wlaupn mumy tau dik xboleh mnum tapi mumy bawa sbb mumy rasa adik lapar,mumy bawa baju dik sbb mumy nak dengaq doc cakap adik boleh balik.

Tapi mumy bawa adik balik siap mandi n kapan. Wanggi sangat sayang mumy. Main la ditaman syurga sayang mumy.

Adik pergi dalam keadaan mumy tak bersedia. Dalam keadaan mumy tak jangka. Mumy pejam mata tadi dik sebab mumy nak semua ni mimpi bukan kenyataan dik. Tapi Allah sayang adikk. Adik tunggu mumy sayang. Walaupun pedih mumy cuba redhaa sayang.

Sekarang mumy rindu adik, hanya al-Fatihah penggantinya 

Sayang mumy bila mumy bangun pagi ni..Mumy tersilap panggil adik. Semalam mumy tido tanpa adik.

Semalam mumy balik ambik baju mumy sbb mumy tak boleh balik rumah kita lagi. Barang-barang dik banyak mcm mna mumy nak balik dik. Mumy tak pernah rasa kehilangan besar mcm ni dik separuh nafas mumy hilang.

Adik pergi tanpa mumy bersedia. Bukan mumy tak redha tapi mumy tak kuat. Abang dah mula sedih dik,dah mula rindu adik. 

Selama 7 tahun mumy tunggu dik mumy sempat jaga adik 4bulan lebih ja. Adik dah pandai gelak pandai senyum dan sembang mana mungkin mumy boleh lupa semua kenangan dik bagi dekat mumy sayang. Sekarang bila mumy rindu hanya Al fatihah saja mmpu mumy sedekahkn untuk adik.

Sebelum pemergian anak syurga Yusuf,  Puan Atikah ada berkongsi dalam facebooknya mohon mendoakan baby Yusuf yang kritikal dan berharap apa yang diberitahu oleh doktor itu tak akan menjadi kenyataan.

Air muka Yusuf sangat tenang walaupun kritikal

Mummy harap apa doktor cakap semua tipu. Yusuf tak kritikal. Mummy nak peluk Yusuf rindu sangat. Mummy nak anak mummy balik. Nak anak mumy sihat. Minta semua doakan malaikat kecilku.

Dari Bagan specialist adik kena tukar ke Island Hospital bila keaadan adik makin kritikal adik trus masuk icu Hospital Pulau Pinang. Mumy abah masuk tengok adik. Panggil adik.

Walaupun doktor bagi ubat tidur adik dengar mummy dan abah panggil adik. Kuatnyaa adik sayang sekuat nama adik. Bagi yang tanya kenapa Yusuf masuk icu, saluran pernafasan yusuf terlalu sempit dan ada lagi sebab lain berkenan dengan saluran pernafasan dia.

Buat masa sekarang doktor kata Yusuf kritikal tapi mummy tak percaya cakap doktor sebab mummy percaya anak mummy kuat. Comel sangat Yusuf tadi bersih putih sangat adik. Doktor cakap mummy dan abah kena bersedia dengan keadaan adik macam ni.

Kredit: Nurul Atikah

ARTIKEL MENARIK [Anak Pelat & Ada Kesukaran Bertutur, Lollipop Alat Sesuai Bantu Rangsangan Oral]

LAGI ARTIKEL MENARIK [6 Tahun Mencuba, Tahun 2020 Sahaja 3 Kali Diuji Keguguran! Pengalaman Kali Ini Berbeza Benar Peritnya]

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Published by
Wan Amy