Kehamilan

Sakit Kepala Waktu Malam, Demam Ada Tak Kena Dengan Kehamilan Akma AF 3 Hingga Keguguran

Share

Sakit kepala kronik disusuli demam terutama pada waktu malam petanda ada yang tidak kena dengan proses kehamilan bekas bintang Akademi Fantasia (AF) musim ketiga, Akma Abdullah.

Akur ketentuan Tuhan, Akma yang hamil tiga bulan, reda kandungannya, gugur, 3 November lalu jam 5 pagi.

Menceritakan detik cemas itu, Akma memberitahu, hasrat menimang anak ketiga tidak kesampaian apatah lagi kandungannya tidak memberi sebarang masalah pada awal kehamilan.

“Jika diikutkan, tidak ada apa-apa yang berlaku sebelum ini… Semuanya tampak normal.

“Cuma memang saya rasa, kehamilan kali ini berbeza daripada dua anak yang terdahulu. Saya alami sakit kepala yang teruk.

Ketika itu, saya kurang pasti apakah kesakitan itu menjadi petanda,” katanya kepada BH Plus.

Akma berkata, pening kepala berlarutan menjadi demam terutama pada waktu malam.

“Ketika itu, saya hanya mengambil ubat sendiri tanpa berjumpa doktor,” katanya.

Berkongsi insiden keguguran, Sabtu lalu, katanya, dia mengalami kesakitan teruk pada kira-kira jam 2 pagi.

“Dalam proses itu, dia mengalami pendarahan yang teruk dan semuanya berjalan lancar apabila berjaya keluar secara semulajadi tanpa proses D&C,” katanya.

Berkongsi perasaan kehilangan zuriat, Akma mengaku sering teringat kejadian itu.

“Biasanya pada waktu malam, ingatan saya kembali kepadanya.

“Mujur saya sudah ada dua anak yang membesar di sisi sepanjang masa,” katanya.

Sumber: Ig Akma Abdullah & BH Online 

 

 

 

 

 

 

Published by
Wan Amy