9 bulan tubuh menampung berat badan anda malah bayi dalam kandungan juga, lantaran rahim berkembang dari semasa ke semasa.
Perubahan fizikal semasa hamil antara faktor penyebab masalah sakit pinggang. Jadi, tidak hairanlah ada di kalangan anda yang mengeluh mengenai isu selepas bersalin.
Dalam usaha mengatasinya masalah ini, ada beberapa tip yang boleh anda praktikkan.
Banyakkan berehat
Selepas bersalin, pastikan badan mendapat rehat yang cukup. Selepas selesai urusan menguruskan bayi dan diri sendiri mengikut rutin pantang, baringkan badan supaya tulang belakang dapat ‘diluruskan’.
Dengan cara ini, anda dapat berehat dan selanjutnya dapat mengelakkan masalah sakit pinggang yang lebih teruk selepas ini.
Ads
Berurut dan bertungku
Pastikan anda melakukan urutan selepas bersalin bagi melancarkan penyaluran darah dalam tubuh. Dapatkan khidmat urutan dan bertungku supaya tubuh berasa lebih selesa terutamanya di bahagianya pinggang.
Elakkan membongkok semasa menyusu
Pilih postur yang selesa semasa menyusukan bayi. Namun elakkan diri daripada membongkok ke arah bayi untuk menyusukannya.
Anda digalakkan untuk menggunakan bantal menyusu yang dapat memberikan keselesaan kepada anda dan bayi semasa sesi penyusuan berlangsung.
Ads
Jaga postur semasa menyusu supaya anda tidak terus berasa sakit pinggang.
Elakkan mengangkat benda berat
Hidari diri daripada mengangkat benda berat. Pastikan benda paling berat yang diangkat acuma bayi sahaja. Dapatkan pertolongan orang lain jika perlu mengangkat barang.
Ads
Pakai bengkung
Pemakaian bengkung yang kemas dan selesa dapat membantu mengurangkan sakit pinggang selepas bersalin. Pemakaian bengkung membuatkan postur tubuh lebih kemas.
Dapatkan sumber kalsium yang cukup
Sumber kalsium yang mencukupi adalah perlu terutamanya anda yang merancang menyusukan bayi dengan susu ibu.
Ambil makanan dan minuman yang kaya dengan kalsium. Jika bimbang ia tidak mencukupi ambil suplemen kalsium yang turut mengandungi vitamin D dan magnesium.
Suplemen magnesium dapat membantu merehatkan otot. Jadi, ia dapat membantu mengurangkan sakit pinggang lepas bersalin.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Menggalas tugasan sebagai seorang ibu tidaklah mudah. Banyak perkara yang perlu difikirkan, juga perlu diutamakan berbanding kepentingan diri sendiri. Ada juga masanya para ibu tidak dapat memberi perhatian kepada diri sendiri sehingga orang luar melihat mereka seperti tidak pandai menjaga diri.
Yalah, ketika di rumah hanya berbaju kelawar atau berkain batik dengan peluh membasahi ketiak. Rambut berminyak tidak sempat disyampu bersih.
Bekerja atau menjadi suri rumah tidak mudah. Tugas masih sama, menguruskan rumah tangga. Mengemas rumah, memasak, menyediakan keperluan suami dan anak-anak serta banyak lagi tanggung jawab lain yang terlalu banyak untuk disenaraikan. Menghargai tugasan seorang isteri dan ibu, Intan Dzulkefli berkongsi tentang pendapatnya di laman Facebook.
Secara peribadinya saya tak berapa berkenan kalau orang kutuk-kutuk ibu yang beranak ramai ni nampak aging, nampak tak terurus, pengotor rumah tak berkemas. Tambahan kalau komen pedas itu datangnya dari insan yang belum berkahwin, mahupun yang belum ada anak.
Kadang rasa sebak pun ada.
Seriously you are clueless, didn’t know what they were dealing with.
Awak tak tahu apa rasanya anak nak melekap 24jam. Awak cabut susu badan, dia jaga. Awak gerak sikit dia pun merengek menangis.
Awak tak faham penat bila anak berdukung walau da pandai jalan, berat dah 10-15kg sampai sakit pinggang kesan cucuk ubat masa bersalin, sampai sakit luka perut kena belah masa bersalin.
Awak tak tahu apa rasanya bila baru nak mandi anak dah menangis macam kena pukul. Baru nak lepaskan hajat anak dah meraung depan pintu jamban.
Awak tak tahu macam mana rasanya tidur selang sejam sebab bangun susukan anak. Pedih perit luka sebab menyusukan anak tak mahu berenggang. Tak tahu betapa tingtong kepala & stress rasa bila anak taknak tidur, ajak main sampai 2-3 pagi, menangis semua serba tak kena tanpa diketahui apa punca.
Awak tak tahu rasanya bila kemas rumah pun tetap akan bersepah dengan macam-macam benda yang anak tak bagi sentuh pun. Awak tak tahu macam mana rasa lapar terketar badan lepas susukan anak-anak. Sakit kepala sebab lambat makan, sakit pinggang.
Demam? Sakit? Life must go on. Anak tetap macam tu minta dilayan. Tak ada cuti sakit..
Bukan merungut. Saya cuma beritahu tipikal life mak-mak ni awak..
Jangan cakaplah.. biarkan ajelah anak tu menangis, buat ajelah macam biasa. Uruskan diri tu. Uruskan rumahtangga. Jangan… awak belum rasa.
Yang melaluinya entah berapa banyak kali menangis awak… sebab rasa hidup macam bukan untuk diri sendiri lagi. Masa untuk diri sendiri pun dah tak ada. Apatah lagi privacy & me-time. Seolah-olah lifeless awak tau..
Sayyidatina Fatimah pun menangis tersedu mengadu pada ayahandanya nakkan pembantu sebab penat sangat uruskan rumahtangga, jaga anak-anak. Hingga Rasulullah SAW ajarkan baginda zikir Fatimah.
Itu anak Rasulullah SAW, wanita yang dijamin masuk syurga. Apatah la lagi kita semua yang iman senipis kulit bawang yang hidup di akhir zaman.
Kadang kita ni memang sedap aje mulut bercakap, sebab belum kena batang hidung sendiri. Agaknya kalau kita ditempat orang yang kita kata itu, kita malah lebih teruk lagi.
Belajarlah dari kesilapan saya. Saya dulu pun suka salah faham ingatkan mudah je jadi isteri solehah, didik anak2 & jadi ibu rumahtangga ni. Yelah baca dalam buku & dengar ceramah macam senang sangat je wanita nak masuk syurga. Realitinya mahar syurga itu terlalu mahal.
Kadang terlalu penat tu tak tertanggung mengalir juga air mata, hanya Allah tempat mengadu. Itupun alhamdulillah, suami dah sangat banyak bantu. Bagaimana pula bagi wanita yang suami lepas tangan & yang PJJ dengan suami? MasyaAllah, tak terbayang bagaimana kuat ujian mereka.
Tak perlulah zalim sangat menuduh ibu-ibu yang meluahkan perasaan mereka ni sebagai mengeluh, tak bersyukur. Mereka juga manusia biasa. Mereka bukannya robot. Bila mereka memendam, jadi murung, meroyan… itu lebih tak sihat untuk anak-anak.
Sama ada stay at home mother, work at home mother atau ibu yang bekerjaya, saya pernah rasa semua title. Jujurnya, semua pun penat. Jadi, tak perlulah rajin sangat nak calculate pengorbanan siapa lagi banyak, siapa lagi penat.
Buat ajelah tugas kita masing-masing & biarkan Allah sahajalah yang menilai segalanya. Tak perlulah kita jadi hakim untuk judge sesiapa. Kita pun bukan hebat mana.
Alhamdulillah ‘ala kulli hal.
Tulis untuk diri sendiri.
Sebak bila baca tulisan Intan. Benar, setiap ibu itu mempunyai kecantikan tersendiri. Luar dan dalam. Jika suami dan anak-anak menghargainya, sudah tentu seorang ibu akan berasa bahagia. Ucapkan terima kasih kepada mereka, tidak perlu tunggu hari ibu. Setiap iu banyak berkorban untuk keluarganya.
Dr Say Shazril, pengacara My Doctors baru sahaja menyambut cahaya mata yang dinantikan. Apa yang mengejutkannya ialah bil hospital mencecah RM20,000.
Menyambut cahaya mata sehari sebelum Ramadan, Dr Say mengakui jumlah bil berkenaan menyebabkan isterinya menangis kerana merasakan bil yang tinggi ia adalah berpunca daripada kelahiran bayi secara pembedahan.
Namun Dr Say menenangkan isterinya dan berkata duit boleh dicari, kebahagiaan tak boleh diganti. Kelahiran ini amat-amat berharga.
Setelah 4 hari warded, arini bini & baby sy dibenarkan pulang. Bersalin di hospital swasta lagi2 operation caesar, sy boleh agak2 kosnya yakni dlm RM10k-15k. Tapi bile jumlah bil sebenar dibisik ke telinga sy, terduduk sy dibuatnye bang. RM20k total. Sy jd resah memikirkan bgaimana sy nk sampaikan nombor kepala 2 ni kpd bini. Bini start pushy2 tnye brape bil, sy tewas dgn desakanny & dgn berat hati sy sampikan berita nombor kepala 2 tu kpdny.
Berjurai air mata bini, dirasakan nombor kepala 2 tu semua salahnye. Dirasakan dirinya tidak layak sehinggakan die xdpt melahirkan baby kami dgn cara normal. Sy tenangkan bini “unny cube fikir balik, dgn 20k ni lah u berjaya gave birth to something yg teramat mustahil tuk kite dptkn. Moreover cube u bygkan couples yg trying to get baby, buat IVF easily dh cost around 15k so bil kite all in 20k, is ok”. Biniku berjaya ditenangkan.
Mungkin ade yang berfikir, “tula sape suruh bersalin SJMC, tu hospital org2 berado je tu” tp given baby’s circumstance (tali pusat ketat di leher) & komplikasi bini previously (pernah operation explorative laparotomy for burst appendicitis), SJMC was d right place. Parents sy salu pesan, “don’t be a slave for money, cz money sentiasa boleh dicari” & btol ape kata parents sy, lepas kelahiran baby, rezeki dtg bersilih ganti. Ingat peeps, jgn sesekali kite berkira when it comes to wellbeing of our baby k?
Para peminat memberi sokongan kepada Dr Say dan berkongsi pengalaman mereka.
@cik_ani_k_zam Rezeki akan melimpah ruah lagi2 bila berbelanja untuk baby
@mrs_rose_liana Selagi mampu diusahakan, jgn berkira tuk mereka Insya Allah akn ada rezeki lain Allah s.w.t. bg. nt. Rezeki anak ni lain mcm specialnya.
@fikriabrhmnI salute you ! for the action taken. Truly gentleman
@edella85 Yes..everything must be accepted with open heart…sebab Allah never burden His slaves only knowing they can carry it (Qur’an 2:286)..may Allah ease everything for u n family..Salam Ramadhan doc @say_shazril n family..?
@rusdiahshmohamad ????❤️❤️ Agreed doc, duit boleh dicari… anak tu amanah allah bagi ?
@fitri.rushdi tkpe bang. semoga dimurahkn rezeki abg kemudian hari. harta dunia(anak) tu lagi berharga dripd wang ringgit
Selama ini mungkin ramai ibu yang terfikir kenapa perlu berpuasa sekurang-kurangnya 6 jam sebelum pembedahan caesarean. Rupanya ia bersebab & kalau tak patuh boleh bahayakan nyawa ibu dan anak!
Melahirkan anak sama ada secara pembedahan atau normal kedua-duanya mempunyai risiko dan prosedur tersendiri. Pembedahan elektif caesarean biasanya dijadualkan dan ibu-ibu akan diminta untuk berpuasa. Menurut Dr Muhammad Izzat Abdul Razak, Pegawai Perubatan Kesihatan Wanita & Kehamilan ia ada kaitan dengan bius yang bakal diberikan.
“Kebiasaannya ibu yang menjalani pembedahan caesarean akan diberikan bius separuh badan. Namun ada keadaan di mana bius separuh badan ini tidak berkesan. Keadaan ini memerlukan ibu berkenaan dibius penuh (bius am).
“Jika ibu tidak berpuasa sekurang-kurangnya 6 jam seperti yang diminta, terdapat risiko isi kandungan dalam perut akan regurgitated ( terkeluar ) dan boleh memasuki paru-paru semasa pemberian bius penuh.
“Ikut peraturan. Kalau doktor dah suruh puasa kol 12 tengah malam, tu follow je. Kalau suruh puasa pukul 3 pagi ke 2 pagi pun follow je. Bukannya curi-curi makan bila dia suruh puasa. Ada pulak orang suruh puasa dia pegi telan nasi lemak kol 6 pagi. Macam mana nak buat operation? Barang-barang peribadi yang berharga serahkan pada keluarga, jangan tinggalkan dalam wad. Apa pun ikut peraturan. Lain tempat lain cara,” katanya.
INFO: Bius am akan menyebabkan otot-otot di saluran pencernaan dan saluran pernafasan tidak dapat berfungsi untuk mengawal makanan dan asid daripada bergerak dari perut ke dalam paru-paru. Sentiasa ikuti arahan doktor untuk mengelakkan makanan dan minuman sebelum pembedahan. Puasa biasanya diperlukan bermula enam jam sebelum pembedahan. Sumber: mayoclinic.org
Siapa kata tidak berdebar, walau pun ia mungkin kali kedua atau ketiga ibu dibedah untuk bersalin. Tenangkan diri dan lakukan perkara penting yang dicadangkan doktor ini.
Selain berpuasa mengikut prosedur yang ditetapkan, 5 perkara yang boleh para ibu lakukan sebagai persediaan menempuhi pembedahan ialah seperti berikut;
Kebiasaanya ini pesanan-pesanan saya bila buat round malam pada ibu-ibu yg akan menjalani apa-apa prosedur di dewan bedah ( contohnya pembedahan caesar ) pada keesokkan hari;
#1: SOLAT HAJAT Malam-malam tu buat solat hajat. Selagi boleh solat tu buatlah. Minta bantuan dari Allah. Minta jauhkan segala ketakutan. Segala perjalanan pembedahan tak aan berjalan lancar tanpa izin Allah. Doktor hanya bantu sahaja. Kalau tak mampu nak solat, mengaji pun ok sangat dah. Bukan pegi kat katil orang lain membawang sana sini.
#2: MOHON MAAF DARIPADA SUAMI & IBU BAPA Mintak maaf pada suami, mak dan ayah. Kalau depa ni jauh, apa guna henfon mahal-mahal kan ? Call dorang mintak maaf atas salah silap dan mintak dorang doakan segalanya berjalan lancar. Ni penting. Kalau redha sesama manusia kita dapat, Allah akan redha dgn kita. Semua urusan akan mudah.
#3: LANGSAIKAN HUTANG Selesaikan hutang-hutang yg ada. Kalau ada berhutang dengan orang pegi settlekan. Takpayah kalut, online banking kan ada?
#4: YAKIN Last, yakin sepenuhnya dengan doktor yang akan bedah korang esok. Saya akan jumpa pesakit yang akan saya bedah biasanya malam sebelum pembedahan, nak bagitau pesakit bahawasanya sayalah doktor bedah dorang esok, sambil borak-borak ringkas. Tak ade lah pesakit terpinga-pinga tertanya-tanya doktor mana yg akan buat operation kan?
#5: BERSELAWAT & DOA Biasanya saya akan mulakan segala macam prosedur dan pembedahan dengan ucapan Bismillahirrahmanirrahim. Sebelum korang ‘ditidurkan’ oleh doktor bius selawat pada Nabi dan doa buat kali terakhir untuk dipermudahkan. Ingat, doa adalah senjata utama kita. Doa dan terus berdoa. Jangan pernah berhenti berharap.
Kisah bayi lemas baldi air ini jadi peringatan besar buat ibu bapa tentang bahaya tersembunyi di rumah. Ketahui langkah keselamatan penting elak tragedi.