Sakit Pinggang Lepas Bersalin Membebankan. Praktik Cara Ni Untuk Kurangkan Ketidakselesaan

Share

9 bulan tubuh menampung berat badan anda malah bayi dalam kandungan juga, lantaran rahim berkembang dari semasa ke semasa.

Perubahan fizikal semasa hamil antara faktor penyebab masalah sakit pinggang. Jadi, tidak hairanlah ada di kalangan anda yang mengeluh mengenai isu selepas bersalin.

Dalam usaha mengatasinya masalah ini, ada beberapa tip yang boleh anda praktikkan.

Banyakkan berehat

Selepas bersalin, pastikan badan mendapat rehat yang cukup. Selepas selesai urusan menguruskan bayi dan diri sendiri mengikut rutin pantang,  baringkan badan supaya tulang belakang dapat ‘diluruskan’.

Dengan cara ini, anda dapat berehat dan selanjutnya dapat mengelakkan masalah sakit pinggang yang lebih teruk selepas ini.

Berurut dan bertungku

Pastikan anda melakukan urutan selepas bersalin bagi melancarkan penyaluran darah dalam tubuh. Dapatkan khidmat urutan dan bertungku supaya tubuh berasa lebih selesa terutamanya di bahagianya pinggang.

Elakkan membongkok semasa menyusu

Pilih postur yang selesa semasa menyusukan bayi. Namun elakkan diri daripada membongkok ke arah bayi untuk menyusukannya.

Anda digalakkan untuk menggunakan bantal menyusu yang dapat memberikan keselesaan kepada anda dan bayi semasa sesi penyusuan berlangsung.

Jaga postur semasa menyusu supaya anda tidak terus berasa sakit pinggang.

Elakkan mengangkat benda berat

Hidari diri daripada mengangkat benda berat. Pastikan benda paling berat yang diangkat acuma bayi sahaja. Dapatkan pertolongan orang lain jika perlu mengangkat barang.

Pakai bengkung

Pemakaian bengkung yang kemas dan selesa dapat membantu mengurangkan sakit pinggang selepas bersalin. Pemakaian bengkung membuatkan postur tubuh lebih kemas.

Dapatkan sumber kalsium yang cukup

Sumber kalsium yang mencukupi adalah perlu terutamanya anda yang merancang menyusukan bayi dengan susu ibu.

Ambil makanan dan minuman yang kaya dengan kalsium. Jika bimbang ia tidak mencukupi ambil suplemen kalsium yang turut mengandungi vitamin D dan magnesium.

Suplemen magnesium dapat membantu merehatkan otot. Jadi, ia dapat membantu mengurangkan sakit pinggang lepas bersalin.

Published by
Intan Jastina