Masalah ibu yang sakit belakang sering dikaitkan dengan masalah tulang rapuh dikalangan ibu menyusukan anak. Ini adalah antara mitos yang perlu diperbetulkan dalam masyarakat.
Hanya disebabkan oleh sakit-sakit sendi dan sakit badan serta belakang badan, ramai ibu beranggapan ia adalah gejala kerapuhan tulang. Benarkah tempoh penyusuan yang lama ini boleh menyebabkan ibu mengalami kerapuhan tulang?
Kehamilan dan amalan penyusuan susu ibu merupakan tempoh di mana jumlah keperluan kalsium adalah tinggi.
KALSIUM DIPERLUKAN KETIKA WANITA HAMIL DAN MENYUSUKAN ANAK
Terdapat kebimbangan jika sekiranya pengambilan kalsium di dalam diet tidak mencukupi bagi memenuhi keperluan tambahan ibu dan anak. Tahap kesihatan ibu dan anak mungkin dalam bahaya kerana bone loss daripada rangka ibu, mengurangkan pertumbuhan tulang janin dan rembesan kalsium terjejas.
Semasa hamil dan menyusukan anak, kalsium diperlukan untuk perkembangan janin dan penghasilan susu. Amaun yang diperlukan kira-kira 200mg /hari. Ia adalah jumlah yang besar jika dibandingkan dengan pengambilan kalsium harian oleh kebanyakan wanita.
Sejak sekian lama, keperluan kalsium tambahan untuk kehamilan dan penyusuan susu ibu perlu cukup selari dengan peningkatan pengambilan kalsium dalam diet. Ia merupakan cadangan di kebanyakan negara sejak dahulu dan disokong dengan data daripada kajian haiwan.
JANGAN RISAU, TUBUH MENGALAMI PROSES PENYESUAIAN FISIOLOGI
Walau bagaimanapun, terdapat pemahaman terkini tentang metabolisme kalsium dan tulang semasa kehamilan dan penyusuan susu ibu. Ia telah dibincangkan dan bukti kajian mendapati kehamilan dan penyusuan susu ibu dikategorikan sebagai proses penyesuaian fisiologi.
TIDAK PERLU AMBIL KALSIUM BERLEBIHAN
Proses ini bebas. Ia tidak memerlukan peningkatan pengambilan kalsium untuk perkembangan janin dan penghasilan susu ibu.
Terdapat data kukuh yang menunjukkan pengambilan kalsium yang kurang semasa proses penyusuan susu ibu tidak menjejaskan prestasi penyusuan dan bone loss.
Walau bagaimanapun, lebih banyak kajian diperlukan untuk menentukan sama ada pengambilan kalsium yang rendah sebelum atau semasa mengandung boleh memberi kesan merosakkan prestasi pembiakan dan penyusuan susu ibu serta tahap kesihatan jangka panjang si ibu dan anaknya.
Menarik: Its Another Hero”, Fahri Dah Ada Geng, Dayah Bakar Selamat Bersalin Anak Kedua!
Bila lagi nak healing dan bonding time dengan anak-anak, buat aktiviti yang mereka suka? Kalau ajak main VR game, mesti anak-anak happy!
Jom, daftar segera ke Santai Petang Pa&Ma! Sambil dengar talk dan main game, boleh juga bawa balik goodies dan menang banyak hadiah. Best kan?
Daftar di sini 👉🏼 https://toko.ideaktiv.com/product/pama-santai-petang/
Sertai ‘Komuniti Pa&Ma Ikhtiar Hamil‘ untuk mengikuti pelbagai tip kesuburan dan kehamilan serta pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma bersama pakar.
Klik : https://t.me/+ocjF2NSo9pFjNTU1
https://chat.whatsapp.com/JcDPcXwwhrh4v052XOEmAG
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!