Tidak mudah menjadi seorang ibu apatah lagi kala diuji dengan bermacam-macam perasaan. Penyanyi, Nurul Wahab berkongsi rasa keibuan ketika mengimbas semula detik-detik cemasnya melahirkan cahaya mata pertamanya dahulu.
Menerusi Instagramnya, Nurul berkongsi rasa cemas dan kepayahan ketika bertarung nyawa melahirkan anak perempuannya, Ayu Nazirah yang kini sudah pun berusia 25 tahun.
Memilih untuk bersalin secara normal ketika itu, akui Nurul ia satu pengalaman yang penuh indah saatnya bergelar ibu dan sudah semestinya momen paling berharga buat dirinya.
“Jom emosi sat. 25 tahun yang lalu hari ini, dah di hospital. Pagi-pagi tak ada sakit tapi ada “tanda”. Rush ke #roopimedicalcenter tapi okay ja. Tak dak sakit melahirkan.
“Ya. Kami pernah melahirkan satu baby perempuan 25 tahun yang lalu. Tapi tanggal 11 sept jam 1:56 tengahari. Usai solat jumaat.
“Sakit melahirkan? Ya. Minta normal. Tak mahu dibedah kerana tak cukup wang. Waktu tu tak cukup segala.
“Tahan 2 hari menunggu. Tanggal 10 sept 1998, doktor bagitahu kita letak satu tablet jam 6 pagi 11 sept. Untuk dilate kan cervix. Supaya dapat bersalin normal,” ujar Nurul berkongsi cerita.
Malah kata Nurul lagi, diketika itu, dia mula rasa sakit dan mengalami kontraksi selama tujuh jam sebelum selamat melahirkan anak pertamanya yang merupakan seorang puteri.
Tambah Nurul lagi, dia juga pengsan dek kerana terlalu kepenatan untuk melahirkan zuriatnya ketika itu.
“7 jam sakit pagi 11 september tu. Menahan, untuk melahirkan satu lagi hamba Allah. Tepat 1:56pm, lahir seorang baby girl. Merah warna kulitnya. Kuat nangisnya. Keluar saja dia, kami pengsan kepenatan.
“Sehingga teman baik yang turut sama dalam labour room sebut allahuakbar, baru lah kami sedar dari pengsan. Dia tak tahu. Kerana melahirkan dia itu satu kegembiraan dan kebahagiaan. Sakit itu langsung hilang kerana happy.
“Sekarang baru kami tahu, menjadi ibu itu tak mudah. Happy, sedih, happy, diduga, disakiti. Semua perempuan akan merasai rasa ini. Jangan sesekali menyakiti hati mereka yang berikan kita kehidupan dan pengorbanan,” tulisnya lagi berkongsi.
Tidak hanya berkongsi pengalaman ketika detik melahirkan bahkan kenyataan Nurul turut menjadi tanda tanya kepada wargamaya namun mendoakan yang terbaik buat Nurul.
Terdahulu, Nurul mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Eric Daniel Depp pada tahun 2012. Hasil perkahwinan itu mereka berdua dikurniakan tiga orang cahaya mata.
Menarik: “Ikut Muka Mommy, Sebiji Sama”, CP Juliana Evans Kongsi Wajah Anak Kedua, Comelnya!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!