
Tidak dinafikan proses hamil & melahirkan cukup menyakitkan. Hadirnya anak dalam keluarga sebuah rahmat, punca mengalirnya keberkatan & rezeki dalam keluarga.
Perkongsian Ustaz Ebit Lew ini menyentuh sanubari ibu & ayah yang kadangkala terlupa detik sukar mengandung & melahirkan dan tidak menghargai anak-anak. Dalam kesibukan urusan dunia, jangan abaikan tanggungjawab memberikan kasih sayang & perhatian kepada mereka.
Main sorok-sorok dengan anak dan isteri. Tak sabar nak jumpa umi & anak-anak.
Pandanglah anak-anak & isteri dengan kasih sayang. Sakit sangat untuk dapat seorang anak, bersyukurlah. Ada yang diuji tanpa anak. Hargailah pasangan kerana Allah.
Ingat suatu hari nanti anak-anak akan meninggalkan rumah & pasti kita akan terpisah.
Bila bersyukur Allah akan tambah nikmat. Jangan pandang rendah, cari emas dalam diri mereka, hargai, puji & doakan mereka.
Jika kita tak hargai anak, siapa lagi nak hargai mereka. Kasihan mereka kecil-kecil lagi kita nak mereka seperti kita ‘sempurna’.
Pegang & dukung anak rahmat Allah, Allah sayang kita. Bila mati anak yang akan doakan kita. Doa mereka membawa kita kepada reda Allah.
Sumber: ebitlew
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Wajib Tapis Apa Yang Anak Kita Tengok Jika Nak Jaga Akhlak Anak. Perkongsian Ini Pasti Mengejutkan!

Nak jaga akhlak anak ibu bapa wajib tapi apa yang anak tengok. Kanak-kanak ini memang suka melakukan peniruan. Tapi masalanya ramai daripada ibu bapa kurang prihatin hingga lupa untuk mengawal pesekitaran anak termasuk kawalan penggunaan gajet, menonton televisyen dan cara komunikasi dalam keluarga.
Sebelum anak melakukan peniruan yang boleh menjejaskan perkembangan yang boleh memberi kesan negatif kepada diri anak-anak eloklah baca perkongsian Pendidik Ilmu Keibubapaan Dr Taufiq Razif tentang kesan akibat peniruan yang dilakukannya oleh kanak-kanak termasuk anaknya sendiri!
Ada satu hari tu Maryam Soolihah ni main dengan Umminya. Entah kenapa tiba-tiba dia buat mimik muka pelik sambil menjelirkan lidah. Adeh!
Rumah saya ni takde TV dan memang anak saya tak tengok TV langsung. Saya syak dia tengok anime kat taska dia kot.
Tu la kehebatan anak kita dan tu lah kehebatan survivor skill yang Allah dah kurnia. Anak kita mampu tiru apa sahaja yang lalu kat depan mata dia.
Tu la kenapa kalau Maryam Soolihah ni ada saya sedaya upaya berlemah lembut dan tunjukkan kasih sayang pada isteri saya sebab cara saya layan isteri saya ni akan jadi ‘benchmark’ bagaimana Maryam Soolihah ni nanti akan layan kawan-kawan dan bakal pasangan hidupnya kelak.
Tu la kenapa saya jadi sedih sangat kalau ada mak ayah yang tak sekat langsung apa yang anak mereka tengok. TV terbuka 24 jam, internet pula bebas dibuka oleh anak bila-bila masa. Bila ada adegan 18sx kat TV pun mak ayah selamber je tengok dengan anak-anak.
Anak takkan tiru benda tak senonoh tu depan-depan kita tapi anak-anak akan cari peluang untuk tiru benda tu di belakang kita nanti.
sebab anak kita memang dilahirkan sebagai PENIRU YANG TERHEBAT. Skill ni sangat berguna tapi pada masa yang sama boleh merosakkan dia kalau kita sebagai mak ayah tak tapis ‘visual’ anak kita.
Tolong bagitahu mak ayah yang belum tahu ye
5 CARA KAWAL ANAK CARA BERHEMAH
Dalam pada itu, beliau juga tidak nafikan nak halang anak 100% menonton agak sukar zaman moden ini. Apa yang perlu ibu bapa lakukan ialah memberi panduan dan tapis.
1.Tonton sama-sama
2.Hadkan jenis channel
3.Hadkan masa tontonan
4.Kawal jenis video yang ditonton
- Tegas dalam pemilihan cerita
Sumber: www.facebook.com/taufiq.razif
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Anak Saya Senang Jaga, Cepat Merangkak” Dari Anak Lahir Sibuk Banding Dengan Anak Orang Lain

Setiap ibu bapa yang menerima cahaya mata pasti mempunyai perasaan teruja tambahan pula anak tidak mengalami sebarang masalah sejak lahir dan perkembanganya seiring dengan usia. Dengan kata mudah “Anak cepat belajar”.
Namun dalam tak sedar mungkin kita sudah mengheret anak dalam perlumbaan “anak siapa lebih pandai dan lebih cepat” dalam perkembangan hidup mereka. Menurut Parent Connect hal ini menjadi trend dalam kehidupan.
APA YANG KITA KEJAR?
Dari lahirnya seorang anak, ibubapa sudah mula berlumba-lumba sesama sendiri tanpa kita sedar. Kita mengheret sama bayi dan anak kecil yang tidak tahu apa-apa dalam perlumbaan yang kita cipta. Media sosial merancakkan lagi pertandingan antara ibubapa dan menyebabkan tekanan yang melampau ke atas anak-anak walaupun kita tidak mengakuinya.
Siapa menyusu badan, siapa menyusu botol?
Siapa rajin menyediakan makanan ‘home-cooked’ untuk bayi?
Bayi siapa yang tidur nyenyak sepanjang malam?
Bayi siapa yang paling cepat merangkak?
Bayi siapa yang paling cepat berjalan?
Siapa yang paling banyak menyediakan aktiviti untuk anak-anak kecilnya?
Anak siapa yang paling awal membaca?
Anak siapa yang paling mahir matematik?
Anak siapa yang paling cepat bercakap?
Anak siapa yang sering mendapat no. 1 semasa tadika?
Anak siapa yang paling berakhlak?
Anak siapa menghafal Al Quran dari bayi?
Keputusan peperiksaan anak siapa sentiasa cemerlang?
Anak siapa yang berjaya memasuki sekolah berasrama?
Anak siapa yang paling berbakat?
Anak siapa mempunyai skil yang hebat?
Anak siapa dapat memasuki universiti awam dan terkemuka?
Persaingan tidak putus-putus.
Setelah hampir 30 tahun mengkaji tentang kesan persaingan di kalangan pelajar, Alfie Kohn, seorang Pakar Pendidikan yang terkenal, merumuskan dalam buku “No Contest – The Case Against Competition” bahawa persaingan tidak semestinya menjadikan pelajar lebih cemerlang.
Apabila peperiksaan dijadikan kaedah penilaian dari peringkat tadika lagi, kanak-kanak yang tidak mendapat keputusan yang cemerlang akan kehilangan motivasi untuk belajar dari awal lagi. Kanak-kanak yang cemerlang pula akan sentiasa merasa tertekan untuk mengekalkan kecemerlangan dalam persaingan secara berterusan.
Kanak-kanak kecil ini tidak mempunyai peluang untuk meneroka kelebihan dan keupayaan diri kerana mereka dihakimi terlalu awal dalam persaingan dan pertandingan yang tidak mereka pinta.
Dalam kajian-kajian yang dijalankan selama 60 tahun,
1) 65 kajian mendapati bahawa kanak-kanak belajar dengan lebih bermakna dan efektif apabila mereka belajar melalui kolaborasi dan bukannya persaingan sesama sendiri.
2) 8 kajian mendapati bahawa persaingan menjadikan pembelajaran lebih efektif.
3) 36 kajian mendapati bahawa tiada perbezaan kepada keberkesanan pembelajaran antara persaingan dan kolaborasi.
Kajian juga mendapati bahawa bahagian otak yang mengawal ketakutan (fear) menjadi lebih aktif apabila kanak-kanak mengetahui bahawa tugasan yang diberikan kepada mereka adalah satu pertandingan sesama mereka.
Kanak-kanak tidak merasa selamat dan selesa dalam proses pembelajaran yang berteraskan persaingan sedangkan perasaan selamat dan selesa adalah elemen penting supaya pembelajaran menjadi lebih bermakna dan efektif.
Kurangkan persaingan dan perbanyakkan kolaborasi sesama pelajar supaya mereka lebih berminat untuk menuntut ilmu.
Sumber;
Noor Afidah Abu Bakar
Hyde Park
Disember 2019
Parent Connect Consultancy
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Anak Masih Kecil, Ayah Ambil Peluang Suapkan Makan, ‘Air Tangan’ Untuk Anak. Impak Dia Hebat!

Bila sebut air tangan ibu memang tak disangkal lagi keenakkannya. Masak simple pun rasa semua sedap walaupun hanya goreng telur dadar. Tapi ayah pun ada ‘air tangan’ yang boleh buat rasa makanan tu jadi sedap.
Nak bonding dengan anak-anak ni sebenarnya banyak caranya. Bukan je bawa anak keluar jalan-jalan, belikan hadiah dan sebagainya, suapkan makan anak pun boleh jadi salah satu cara bonding anak dan ayah. Bila makan bersuap ni rasa dia memang sedap, boleh bertambah-tambah anak makan.
Dan paling sesuai nak suap anak-anak adalah ketika usia mereka masih lagi kecil, bila dah besar mestilah rasa malu pula, jadi ayah, papa, abi ambillah peluang ini suaplah anak-anak, mesti mereka makan bertambah, hubungan pun jadi lebih erat.
Air Tangan Ayah, Anak Makan Bertambah!
Seharian saya ke tempat kerja, balik petangnya saya cuba sebaik mungkin luang masa menyuap anak-anak makan.
Isteri saya yang masakkan.
Dan sebagai ayah, saya suapkan. Tak kisahlah sesibuk atau sepenat mana pun saya, saya cuba.
Inilah ‘air tangan’ ayah yang ayah beri kepada anak-anak. Menyuapkan anak-anak makan ketika anak-anak masih umur kecil dan mahu disuap ni.
Ambil dan gunakan peluang masa yang ada ini sebaik mungkin. Suapkan anak-anak makan selagimana anak-anak mahu disuap makan. Saya tak mahu nanti tiba masa anak-anak tak mahu lagi disuap barulah terhegeh-hegeh saya nak menyuap. Tak mahu menyesal nanti. Ayah-ayah memang kena suapkan anak-anak makan.
Malam ini Ateh AL (anak ke-4, umur 3 tahun 3 bulan) tidur seawal jam 7petang, jadi saya suapkan Aboy HE (anak ke-3, umur 5 tahun 2 bulan) saja. Dipendekkan cerita, Aboy makan malam ini bertemankan Spiderman
Tiba-tiba Aboy cakap, “Sedaplah nasi ni Papa suap. Jadi bertambah sedap!” Seronoknya saya rasa. Alhamdullillah.
Tapi saya suap Aboy je la, saya tak suap Spiderman
Kredit: Syahr Musafir
Jom hantarkan gambar comel si pipi pau papa mama di sini! https://forms.gle/Z2vQVEbYfjhtcWxd6
Daftar segera sebagai peserta webinar keibubapaan ini!
https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI