Umumnya, banyak faktor boleh mencetuskan keguguran yang terjadi dan ada kalanya puncanya tidak dapat dikenal pasti.
Pun begitu, ada yang mempercayai pengambilan beberapa jenis makanan boleh menjadi punca keguguran di awal kehamilan. Ini antaranya:
1. Nanas
Buah ini mengandungi bromelain – yang melembutkan serviks dan memulakan kontraksi bersalin sebelum masanya – kesannya boleh berlaku keguguran.
Namun keadaan ini hanya boleh berlaku jika buah nanas diambil dalam jumlah banyak yang boleh menyebabkan pendarahan.
2. Lidah buaya
Lidah buaya atau aloe vera mengandungi antrakuinon – sejenis julap yang boleh menyebabkan pengecutan rahim dan pendarahan pelvis. Keadaan itu sekali gus menjadi punca keguguran.
3. Ketam
Ketam kaya dengan sumber kalsium tetapi dalam masa sama ia juga mengandungi paras kolesterol yang tinggi. Ia boleh menyebabkan rahim mengecut dan mengakibatkan pendarahan dalaman serta keguguran.
Ads
4. Hati haiwan
Hati haiwan kaya dengan vitamin A. Namun pengambilan dalam jumlah yang tinggi oleh wanita mengandung boleh menggalakkan pengumpulan retinal secara perlahan-lahan dan boleh menjejaskan kesihatan bayi.
5. Buah kelor @ munggai
Ibu mengandung perlu berhati-hati semasa memakan buah kelor walaupun ia kaya zat besi, kalium dan vitamin. Ini kerana ia terdiri daripada alpha-sitosterol yang boleh memudaratkan kehamilan.
6. Betik
Betik muda mempunyai komponen yang bertindak sebagai julap dan boleh mengakibatkan kelahiran pramatang.
Buah betik juga kaya dengan enzim yang boleh menyebabkan pengecutan rahim sehingga mengakibatkan keguguran.
7. Herba
Ini bukan herba seperti dalam ubat gugur kandungan di kedai ubat Cina. Herba yang dimaksudkan adalah rempah penambah rasa dalam makanan.
Ads
Rempah seperti fenugreek, asafoetida, bawang putih, angelica dan pudina sebaiknya dielakkan semasa kehamilan.
Ini kerana, ia boleh merangsang rahim dan mengakibatkan kontraksi, kelahiran pramatang dan keguguran. Ia juga mengakibatkan penipisan darah dan pendarahan semasa kehamilan.
8. Kentang berpucuk
Kentang yang sudah tumbuh pucuknya tidak boleh dimakan oleh wanita berbadan dua kerana mengandungi solanin – boleh menghalang pertumbuhan janin.
9. Kafein
Makanan atau minuman dengan kandungan kafein tinggi boleh meresap ke dalam susu ibu dan menjejaskan bayi. Jadi elakkan!
10. Taugeh mentah
Pucuk mentah seperti taugeh, alfalfa, lobak dan taugeh mengandungi salmonella dan ia tidak boleh dimakan secara mentah.
Ads
11. Sayuran tidak dibasuh & dikupas kulitnya
Sayuran mentah atau tidak dibasuh mempunyai toxoplasma gondii – parasit yang menyebabkan toxoplasmosis. Jika ia menjangkiti wanita hamil, ia boleh menularkannya kepada bayi dalam kandungan.
12. Ikan tinggi kandungan merkuri
Elakkan pengambilan ikan yang mengandungi kandungan merkuri tinggi seperti tenggiri dan tuna mata besar. Kandungan merkuri yang tinggi boleh menjejaskan perkembangan otak dan sistem saraf bayi.
13. Produk tenusu mentah
Sebarang produk susu tidak dipasteurisasi mempunyai bakteria pembawa penyakit seperti Listeria monocytogenes, yang boleh membahayakan kehamilan.
Makanan punca keguguran, benarkah?
Mengekalkan diet sihat dan seimbang amat penting semasa kehamilan. Kunci paling utama adalah kesederhanaan. Sebaliknya, jika diambil berlebihan – sememangnya boleh memudaratkan kehamilan.
Tetapi untuk makanan mentah, susu tidak dipasteur dan ikan tinggi merkuri, lebih baik dielakkan.
“Tambah garamlah sikit, tawar ni nanti si kecil tu reject pulak bubur ni” Kita mungkin tak rasa tapi bayi akan rasa kerana deria rasa bayi sangat kuat. Penambah rasa dalam makanan bayi sangat dilarang keras kerana boleh menyebabkan pelbagai kemudaratan kepada bayi.
Permulaan pemakanan yang baik bagi bayi enam bulan seeloknya diperkenalkan dengan bubur kosong dahulu kemudian diikuti dengan puri buah-buahan. Tapi ramai yang beranggapan bayi menolak makanan mungkin rasanya yang tawar.
‘Tak sedapla bubur ni patutla baby tak nak makan..cuba tambah garam sikit’. ‘Meh letak sos sikit je bagi sesedap rasa’
Eh eh eh stop stop situ..jangan gerak tangan anda..jangan letak garam dalam masakan untuk bayi bawah 1 tahun..kalau boleh bawah 2 tahun lagiii bagus.
‘Kesian anak puan…makanan tak sedap, dia cuma makan satu dua sudu saja’
Owh tidak, anda mungkin tak rasa tapi bayi dah rasa macam macam. Begini ceritanya;
Selama 6 bulan bayi hanya merasa susu ibu sahaja. Sekarang mommies nak perkenalkan makanan baru. SEMUA yang mommies kenalkan adalah sesuatu yang baru dan pelik kepada anak anak sebab tekstur, bau, dan rasa LAIN dari susu ibu semestinya ada tindak balas dari baby.
Mungkin baby suka. Ada yang menolak, Ada muka pelik tapi makan juga. Ada selepas bagi 2 3 kali baru menerima. Ini ikut kepada personalti anak masing-masing.
TAPI IA BUKAN SEBAB NAK TAMBAH PERASA/GARAM/GULA kepada makanan bayi. Tiga sebab utama;
1. BUAH PINGGANG BAYI TAK CUKUP MATANG
i) Bukan seperti dewasa masih ada organ organ bayi yang tengah matang antaranya buah pinggang.
ii) Jika ambil sodium (garam) atau glucose/sucrose (gula) berlebihan buah pinggan dewasa mampu nak bersihkan yang lebihan dari darah tetapi bayi tak mampu lagi…yang berlebihan walaupun sikit cukup untuk membuat buah pinggan overwork dan cepat rosak
2. DERIA RASA BAYI 1000X LEBIH SENSITIF DARI DEWASA
i) Iya..deria rasa bayi banyak yang baru dan sesitif bukan macam lidah kita.
ii) Deria di lidah dewasa mungkin banyak dah rosak akibat faktor luaran contoh merokok,merasa makanan panas dan lain-lain.
iii) Walaupun kita tidak letak perasa bayi dah dapat rasa perisa semulajadi dari makanan yang mommies dah buat, tak perlu tambaha apa apa lagi dah.
3. MENDORONG BAYI MENJADI PICKY EATER
i) Kalau pada peringkat awal mommies dah perkenalkan makanan yang ‘sedap’ akibat penambahan perisa rasa anak nak ke lagi makanan yang perisa semulajadi? tanpa pertambahan perasa.
ii) Ini yang menjadikan anak anda tolak makanan yang rasa ‘tawar’ dan tiada tambah perisa sebab sudah merasa makanan yang sedap dan ditambah perisa
iii) Biar mereka kenal makanan semulajadi pada peringkat awal. Banyak lagi sebab contoh karies gigi, sembelit, sakit perut akibat dari tambah perasa tapi saya cerita yang 3 utama dulu
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Situasi yang sering berlaku. Apabila anak lapar minta dibancuhkan susu. Namun apabila diberikan susu & kenyang susu makanan tidak dijamah/tidak berminat pula. Ibu ayah jangan biarkan situasi ini berlarutan, tidak elok untuk perkembangannya.
Dr Aimi Jaafar berkongsi mengenai kebiasaan yang berlaku di mana kanak-kanak 2 tahun ke atas. Hal ini jika dibiarkan berlarutan akan memberikan kesan negatif kepada tumbesarannya kerana pemakanan tidak seimbang.
Dr Aimi juga turut mencadangkan lapan cara yang boleh dilakukan untuk membantu si kecil beradaptasi dengan makanan dan susu. Beliau mencadangkan anak berusia 2 tahun beralih kepada susu segar / penuh krim / susu tanpa gula.
ANAK TAKNAK MAKAN, NAK MINUM SUSU SAJA.
Ciri-ciri anak (lebih 2 tahun) minum susu terlalu banyak (kebiasaannya)
1. Minum susu lebih 3 botol sehari untuk anak lebih 2 tahun. Kalau dah 3, 4 tahun tu lagi lah kena kurang susunya. Paling pun 1 -2 botol sehari.
2. Bila lapar minta susu, dah kenyang susu, taknak makan.
3. Selalu berhingus / batuk berkahak.
4. Terlalu memilih makanan, hujung-hujungnya kena kasi susu juga.
5. Sembelit.
6. Kulit yang kering dan gatal.
TIP & CARA TANGANI
#1. Berikan kata dua pada anak. Makan dulu baru susu. Selagi tak makan, tak ada susu. #2. Ibu bapa harus sepakat dan hati kental. Jangan ada yang mengalah bila tengok anak menangis dan protes enggan makan. #3. Bila anak dah rasa sendiri yang dia lapar kalau tak makan, dan susu tak ada sebagai pengganti makanan, anak akan belajar untuk makan. #4. Berikan 2 menu makanan, dan berikan anak kuasa untuk memilih. Contohnya, “Abang nak makan nasi ayam atau bihun sup malam ni?”. Jangan tanya terlalu umum seperti “Abang nak makan apa malam ni?”, nanti dia jawab nak aiskrim pula hehehe.
#5. Pilih susu segar / penuh krim / susu tanpa gula. Anak tak perlukan lagi susu formula setelah 2 tahun ke atas. Nutrisi akan diperoleh dari pemakanan yang sihat. #6. Ajar anak minum susu dalam cawan. Kalau anak bergantung pada botol untuk tidur, berikan hanya untuk tidur. Boleh kurangkan jumlah sedikit demi sedikit. #7. Berikan masa yang spesifik di mana anak seharusnya berhenti botol. Contohnya dari awal harus katakan pada anak “Abang bila dah masuk 3 tahun, tak perlu susu botol dah. Abang dah besar, boleh minum dari cawan saja macam ibu”. Selalu ingatkan, sampailah pada hari tersebut, harus terus berhenti. Beli lah cawan dengan design paling disukainya sebagai motivasi. Kalau anak belum bersedia, boleh anjakkan tapi berikan syarat seperti kurangkan jumlah / jarakkan selang sehari. Sehingga anak boleh terima dan rasakan sebenarnya botol itu tak penting.
#8. Tapi jangan la pula gantikan susu dengan makanan instant seperti roti, biskut dan jajan. Lagi kurang nutrisi anak nanti. Kalau susah nak sediakan makanan khas untuk anak, berikan apa yang kita makan. Biasanya anak-anak akan lebih cepat lapar berbanding kita yang dewasa, sentiasa sediakan jajan sihat / buah-buahan untuk dikunyah.
PEMAKANAN SIHAT PENTING BAGI KANAK-KANAK
Rasanya sudah banyak info mengenai susu. Yang penting ibu bapa harus ingat, kita nak besarkan anak-anak jadi pemakan makanan sihat, dan seterusnya jadi manusia yang sihat. Bukan peminum susu sehingga besar, dengan masalah kesihatan yang berulang-ulang.
Targetlah setelah 2 tahun, berhenti susu. Kalau masih perlukan susu atas sebab-sebab tertentu, pastikan MAKANAN SIHAT DIDAHULUKAN.
Nampak anak tak kenyang-kenyang, makin disuap makin banyak dia makan sambil menonton TV, gajet. Sedar atau tidak, sebenarnya anak anda berada di dalam fasa ‘mindless eater’.
Mereka tidak sedar mereka sudah kenyang kerana terlalu asyik menonton cerita kartun dan sebagainya. Pelbagai kesan yang boleh anak-anak dapat jika ibu ayah tidak melakukan sesuatu. Apakah kesannya terhadap perkembangan anak? Ikuti perkongsian ini.
Anda perlu menghalang anak-anak anda makan di hadapan televisyen atau gajet kerana gaya makan ini menimbulkan pemakan yang tidak berfikiran (mindless eater)
Perkara tentang pemakan tanpa berfikir ini adalah mereka benar-benar makan banyak. Tetapi mereka makan banyak bukan kerana mereka memerlukan makanan dan kalori tetapi mereka tidak benar-benar menyedari berapa banyak yang dimasukkan ke dalam mulut mereka.
Ia juga mempengaruhi proses belajar makan pada anak. Di usia ini, anak sangat memerlukan latihan untuk belajar makan dengan baik. Saat belajar makan, sebaiknya anak hanya fokus pada makanan yang ada di hadapannya. lebih-lebih lagi kalau mereka sedang mempelajari jenis makanan baru. TV hanya akan mengalihkan perhatian dan menghambat proses belajarnya.
Ia menjadikan kanak-kanak tidak dapat mengawal diri dan bertindak balas terhadap rasa lapar dan kenyang mereka. Kami mahu anak-anak kami makan mengikut keperluan badan supaya mereka membesar dengan sihat.
Tambahan pula, apabila mereka terbiasa dengan gajet semasa makan, mereka tidak boleh makan melainkan dengan gajet. Ini mewujudkan ketagih dan bagaimana pula kemudian apabila mereka pergi ke taska atau sekolah atau tempat lain tanpa gajet.
Tetapi jika anak-anak anda sudah bergantung kepadanya. Masih belum terlambat apabila anda menyedari apa yang telah berlaku. Anda boleh menjauhkan alat secara beransur-ansur dari waktu makan. Pertama kali mungkin mencuba 5 minit tanpa gajet. Seterusnya tambah masa 7 min, 10 min dan kemudian sepanjang masa makan tanpa alat.