Penting untuk kanak-kanak dapat dos yang tepat. Terlebih dos boleh membahayakan. Kurang dos buat ubat tidak berkesan. Nak tahu alat apa yang patut digunakan untuk beri ubat kepada anak?
1. Picagari (syringe) sesuai untuk beri ubat kepada kanak-kanak sejak dari bayi. Ia ada senggatan untuk ukur dos dengan tepat. Pastikan nombor di senggat jelas kelihatan. Pancut ubat dengan perlahan dan terkawal ke arah dalam pipi untuk elakkan bayi tersedak.
2. Penitis (dropper) juga sesuai untuk bayi. Konsepnya sama dengan picagari. Ada senggatan untuk mengukur dos. Biasanya satu picitan dropper sudah dibuat untuk mengukur satu dos. Tapi semak dahulu jumlah dos sebelum beri kepada bayi/anak.
3. Dosage cup pula sesuai untuk kanak-kanak yang sudah boleh minum dari cawan. Ia boleh ukur ubat dengan jumlah yang lebih besar. Senggatan di dosage cup mungkin tunjuk ispadu dalam ml atau mengikut ukuran sudu.
4. Yang terakhir dan paling biasa digunakan adalah sudu. Guna sudu mudah, tapi ada risiko dos kurang tepat. Sukatan untuk sudu: 1 sudu besar = 15 ml 1/2 sudu besar = 7.5 ml 1 sudu teh = 5 ml 1/2 sudu teh = 2.5 ml
Pemilihan alat pendosan yang betul dapat memastikan ubat diberi dalam dos yang tepat. Selain itu, ia akan memudahkan proses pemberian ubat dan mengurangkan risiko ubat tertumpah sewaktu ubat diberikan.
Sumber: Twitter Fahmi Hassan
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Usaha Ibu Buat ‘Activity Board’, Berbaloi! Dari Anak Lambat Cakap Kini Semakin Petah!
Pastinya dalam kalangan ibu bapa masih tak perasan sama ada anak speech delay atau pun tak. Ini kerana kebanyakan anak-anak hari ini lebih suka tengok gajet dan televisyen. Jadi ibu bapa berpendapat, anak diam bagus kerana dia fokus pada cerita yang ditontonnya.
Namun begitu, dalam tak sedar ia sebenarnya penyumbang kepada anak speech delay atau lambat cakap. Kes ini dah banyak berlaku dan rata-ratanya lambat dirujuk pada pakar sehinggalah anak nak masuk tadika.
Doktor sahkan anak speech delay
Kisah ibu ini, Engku Dewi Noraniza mengenai anaknya, Muhammad Yusuf Anaqi berusia 3 tahun yang dikategorikan speech delay pada usia 2 tahun lebih tetapi mula menunjukkan perkembangan positif selepas melakukan aktiviti dan rawatan susulan boleh dijadikan panduan.
ARTIKEL BERKAITAN [Rangsang Semua Deria Anak Seawal 0-6 Tahun, Bantu Cepatkan Anak Menulis & Baca]
Anak saya berusia 3 tahun dan adalah kanak-kanak yang ada masalah ‘speech delay’ selepas didiagnos oleh doktor. Sekarang sedang menjalani terapi di Hospital Serdang. Sepatutnya bagi kanak-kanak normal, usia 2 tahun lebih dah boleh sebut satu perkataan bermakna tapi Yusuf Anaqi hanya bercakap dalam bahasa jargon.
Tapi dia boleh faham apa yang saya cakap atau arahkan dia cuma dia nak beritahu atau cerita sesuatu saja yang tak boleh lagi.
Pada usia yang masuk 3 tahun ini saya perlu buat sesuatu untuk pastikan dia boleh fokus pada sesuatu aktiviti. Walaupun sudah menjalani terapi tapi saya rasa itu tidak mencukupi untuk membolehkan anak saya bercakap jadi saya mengambil alternatif lain.
Saya banyak merujuk aktiviti untuk kanak-kanak ‘speech delay’ maka tercetuslah aktiviti menyeronokkan seperti ini.
Alternatif bagi anak yang sukar fokus
Pada awalnya niat saya membuat aktiviti ini adalah untuk menarik minat dan fokus anak saya memandangkan dia sukar untuk fokus apabila menggunakan buku.
Saya bercadang untuk menghantar anak ke sekolah tahun hadapan tapi saya risau dia tidak boleh fokus jika guru mengajar dan akan mengacau kawan-kawan lain.
Permulaannya saya buat aktiviti board yang dia suka. Tujuannya bukan untuk dia menghafal setiap perkataan yang ditulis tetapi untuk dia minat belajar. Ibaratnya belajar sambil main.
Setiap kali bermain dengan anak, saya akan berkomunikasi dengannya untuk galakkan dia bercakap. Setiap gambar saya sertakan dengan cerita atau penerangan yang berkaitan dengan aktiviti harian.
Segelintir orang mungkin salah faham yang perkataan itu sungguh berat untuk kanak-kanak speech delay sepertinya tetapi setiap aktiviti yang saya buat bukan untuk tujuan menghafal semata-mata.
LAGI ARTIKEL BERKAITAN [Anak 6 Tahun, Boleh Baca Suku Kata Mudah, Bagus! Jika Belum, Sila Ambil Perhatian]
Selain itu, saya juga ada membuat aktiviti lain untuk melatih otot muka, kaki, tangan dan sebagainya. Setiap aktiviti yang saya buat saya banyak rujuk melalui youtube. Cuma activity board ni saya ketengahkan untuk curi sedikit fokus dari anak.
Dah mula nampak perubahan
Kongsi Dewi Noraniza lagi, alhamdulillah setakat ini dah ada perubahan. Sedikit sebanyak anak sudah mampu mengikut apa yang saya tuturkan walaupun dalam nada pelat dan anak juga mampu memberi fokus dengan setiap aktiviti yang saya lakukan bersamanya. Niat saya hanya untuk berkongsi pengalaman dengan ibu bapa yang anak speech delay dan tak sangka ramai juga yang berada dalam situasi saya.
Walaupun aktiviti ini baru dimulakan sejak sebulan yang lepas, nampak anak Yusuf Anaqi mula tunjukkan minatnya. Mulanya saya buat satu sahaja untuk tengok reaksi dia bermain lama kelamaan dia jadi minat. Lepas itu, saya buatkan lagi dan dia memang suka dan lebih fokus.
Kebetulan memang pakar syorkan untuk buat aktiviti bersama anak. Jadi saya banyak google aktiviti yang boleh dilakukan. Mana yang boleh DIY sendiri, saya akan buat. Kebanyakannya saya gunakan barang yang murah saja. Semua saya beli dekat kedai RM2.10.
Syukur alhamdulillah daripada apa yang saya lakukan bersama-sama dengannya dia dah boleh fokus dan ikut apa saya ajar. Paling buatkan saya dan suami bangga, Yusuf Anaqi mampu keluarkan perkataan bermakna walaupun pelat. Bukan itu saja, setelah sekian lama akhirnya terkeluar juga perkataan mama papa untuk memanggil kami.
Kredit: Engku Dewi Noraniza
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tendang & Main Bola Nampak Mudah, Rupanya Banyak Anak Belajar Dengan Hanya Main Bola!
Bermain bola adalah perkara asas anak-anak bermain di rumah. Bukan hanya memegang dan menendang, bahkan membaling bola dan menangkap juga membaling bola ketika anak masih lagi kecil sebenarnya cukup baik untuk perkembangan mindanya.
Biasakan anak dengan kemahiran ini kerana begitu banyak manfaatnya pada perkembangan otak anak. Inilah yang dikongsikan oleh Ahli Terapi Cara Kerja, Pn Siti Aisyah Rozalli.
ADA ANAK 4 TAHUN? SEMAK NI
Kemahiran main bola ni penting dan sangat developmentally stimulating tau.
Sebab main bola akan challenge kemampuan anak untuk:
1️. Anggar jarak :
Ini termasuk dalam latihan kemahiran visual-spatial anak. Anak kena anggar bila bola akan sampai pada dia. Dan anak akan perlu anggar berapa jauh dia nak baling atau tendang bolanya. Ini penting sebagai asas kemahiran matematik dan sains anak.
2️. Kekuatan otot utama (core muscles) :
Untuk anak balance badannya semasa sambut bola, baling bola dan tendang bola, anak perlukan kekuatan core muscles yang mencukupi. Anak yang asyik terjatuh semasa baling, sambut dan tendang bola menunjukkan tanda-tanda core muscles yang tak cukup kuat lagi.
Core muscles yang lemah akan menyebabkan anak kelihatan hyperactive, susah duduk lama, dan sentiasa nampak nak bergerak.
3️. Kawalan otot mata dan tangan, serta kaki :
Kemahiran ni penting sangat untuk anak 4 tahun kita sediakan tubuh badan dia untuk belajar menulis, membaca tau.
Masa anak nak sambut bola, baling bola dan tendang bola. Mata anak perlu berkoordinasi dengan bahagian tubuh yang bergerak tu. Ini latihan penting untuk kemahiran menulis anak.
Haaa…
Untuk anak main bola dengan baik, mulakan dengan bola yang bersaiz lebih besar.
Mulakan dengan bola getah SAIZ BOLA SEPAK untuk anak 2-3 tahun belajar main baling sambut tendang bola.
Masuk umur 4 tahun, anak patutnya dah boleh main baling sambut bola kecil BERSAIZ BOLA TENIS.
Sebab umur 4 tahun, patutnya sudah punya kemahiran koordinasi tubuh yang lebih cekap.
Selamat mencuba!
Baca: Tak Keluar Rumah Pun Ibu Risau Kesihatan Anak, Ini Apa Yang Boleh Dibuat!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Mak-Mak Mudah Stres Kalau Anak Jenis Susah Makan. Fahami Apa Puncanya!
Ramai mak-mak mudah rasa stres kalau anak jenis susah makan. Apa pun yang dihidangkan semuanya ditolak.
“Eh, susah betul nak bagi anak aku makan. Semua dia tak nak. Letih masak, dia tolak semuanya,” keluh Nisa tentang perangai anaknya yang susah makan.
Masalah si kecil tak nak makan adalah masalah yang biasa dihadapi oleh ramai ibu. Biasanya kanak-kanak yang susah makan digelar sebagai picky eater.
Picky eater bermaksud anak masih mahu makan bermacam jenis makanan, sama ada yang biasa dimakan atau yang tak pernah dimakan tapi menolak untuk makan dalam kuantiti yang banyak. Ini ada kaitan dengan rasa dan tekstur makanan tersebut.
Walaupun memilih makanan, kanak-kanak picky eater masih boleh makan sejenis makanan dari setiap kategori karbohidrat, protein, dan sayur/buah. Contohnya kalau anak tak mahu makan nasi, tapi dia masih mahu makan roti.
Selective eater adalah kanak-kanak yang menolak semua jenis makanan dalam kategori makanan tertentu. Contohnya dia langsung tak mahu makan makanan dalam kategori karbohidrat, sama ada nasi, roti, atau mee.
Sebenarnya, picky eater pada anak adalah satu perkara yang normal kerana secara umumnya semua kanak-kanak akan melalui fasa memilih makanan pada usia 2 hingga 3 tahun. Lain halnya dengan anak selective eater yang berisiko mengalami kekurangan zat dan khasiat tertentu.
Kalau anak mengalami masalah susah makan yang cenderung picky eater, maka anda perlu tahu punca utama anak mengelakkan makanan seperti tak suka tekstur, rasa, dan lain-lain.
Sekiranya anak memang ada masalah di kawasan mulutnya seperti sensori oral dan motorik oral, maka perangai picky eater itu boleh jadi adalah salah satu gejala ketidakstabilan kawasan mulut. Akibatnya, timbul reaksi si kecil jadi memilih-milih makanan.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI