Penting untuk kanak-kanak dapat dos yang tepat. Terlebih dos boleh membahayakan. Kurang dos buat ubat tidak berkesan. Nak tahu alat apa yang patut digunakan untuk beri ubat kepada anak?
1. Picagari (syringe) sesuai untuk beri ubat kepada kanak-kanak sejak dari bayi. Ia ada senggatan untuk ukur dos dengan tepat. Pastikan nombor di senggat jelas kelihatan. Pancut ubat dengan perlahan dan terkawal ke arah dalam pipi untuk elakkan bayi tersedak.
2. Penitis (dropper) juga sesuai untuk bayi. Konsepnya sama dengan picagari. Ada senggatan untuk mengukur dos. Biasanya satu picitan dropper sudah dibuat untuk mengukur satu dos. Tapi semak dahulu jumlah dos sebelum beri kepada bayi/anak.
3. Dosage cup pula sesuai untuk kanak-kanak yang sudah boleh minum dari cawan. Ia boleh ukur ubat dengan jumlah yang lebih besar. Senggatan di dosage cup mungkin tunjuk ispadu dalam ml atau mengikut ukuran sudu.
4. Yang terakhir dan paling biasa digunakan adalah sudu. Guna sudu mudah, tapi ada risiko dos kurang tepat. Sukatan untuk sudu: 1 sudu besar = 15 ml 1/2 sudu besar = 7.5 ml 1 sudu teh = 5 ml 1/2 sudu teh = 2.5 ml
Pemilihan alat pendosan yang betul dapat memastikan ubat diberi dalam dos yang tepat. Selain itu, ia akan memudahkan proses pemberian ubat dan mengurangkan risiko ubat tertumpah sewaktu ubat diberikan.
Sumber: Twitter Fahmi Hassan