Penyusuan susu badan secara eksklusif kepada bayi adalah yang terbaik. Ia tidak dapat disangkal lagi. Susu ibu dapat memenuhi semua keperluan nutrien anak kecil.
Walaupun ia bukanlah satu tugas yang mudah buat sesetengah ibu, namun masih ramai yang ingin memastikan bayi mereka mendapat keperluan susu ibu yang sebaiknya.
Bagi ibu yang bekerja atau sering sibuk dengan urusan rumah, pasti mereka akan mencari jalan untuk membekalkannya dengan cara selain penyusuan terus dari badan.
Tahukah anda, cara penyimpanan susu ibu yang salah tidak lagi dapat memberikan nutrien yang terbaik, malah boleh menjadi berbahaya buat si kecil anda!
Berikut merupakan 9 cara simpanan susu ibu yang boleh mendatangkan kemudaratan buat bayi.
Ya, susu badan melindungi bayi anda daripada bakteria berbahaya. Tapi, bagaimana pula dengan bekas susu yang tidak disteril atau dicuci dengan betul?
Botol susu plastik atau kaca boleh menjadi tempat pembiakan bakteria, jadi anda perlu mencuci dan mengeringkannya sebaik mungkin.
Gunakan air suam dan lap dengan kain bersih. Ini bagi mengelakkan kelembapan dalam botol. Jika tidak dikeringkan dengan sempurna, takut-takut kulat dan bakteria akan membiak!
2) Membekukan susu ibu terlalu lama
Kita selalu lihat bagaimana ibu di luar sana menyimpan stok susu badan mereka dalam peti ais beku.
Ya, ia adalah usaha yang boleh dipuji, tetapi perlu diingat, susu yang disimpan terlalu lama tidak lagi bagus untuk anak anda.
Kenapa? Badan ibu akan menghasilkan susu yang bersesuaian dengan keadaan semasa bayi mereka.
Nutrien yang terkandung dalam susu adalah bagi melawan penyakit atau memenuhi keperluan khasiat bayi pada ketika itu.
Jadi, pastikan anda memberikan susu tersebut secepat mungkin, dan tidak melambatkannya.
3) Membuat kiub ais dari susu badan
Jika anda sering membuat kiub ais dari susu badan anda, mungkin masanya untuk berhenti.
Ia mungkin memudahkan proses memberi makan pada bayi kerana ia telah dibahagikan kepada bahagian kecil, tetapi bekas kiub tersebut terdedah tanpa bertutup.
Sebelum anda memasukkan ke dalam peti ais, masih ada peluang untuk ia dicemari oleh bakteria.
Jika perlu, beli bekas kiub khas untuk mengisi susu kerana ia selalunya disertai dengan penutup.
4) Menyimpan susu dalam bekas plastik
Ini lagi satu cara simpanan susu badan yang, jika tidak dilakukan dengan betul, akan mendatangkan bahaya buat bayi.
Menyimpan susu dalam plastik memudahkan kita untuk melabel tarikh padanya. Namun, plastik juga mudah terkoyak dan bocor.
Jika ini terjadi, sekali lagi, bakteria boleh mencemari bekas plastik tersebut.
Lagi satu, anda juga perlu memastikan yang plastik tersebut bebas bahan kimia. Pilih bekas yang berlabel “BPA-Free” kerana ia lebih selamat dan sihat buat bayi anda.
5) Membeku atau mendidihkan susu
Pembekuan sememangnya menjadi cara yang biasa untuk menyimpan susu badan. Tapi, adakah ia cara yang terbaik? Tidak juga.
Pemanasan yang terlampau sehingga mendidih juga sering dilakukan oleh para ibu yang tidak berpengalaman. Ini juga bukan satu cara yang baik.
Sistem imun badan anda memindahkan sel imunologikal kepada bayi anda melalui susu ibu. Ini membantu membina sistem imun terhadap bakteria pada anak anda.
Namun, anda boleh merosakkan susu dan memusnahkan sel-sel yang berguna ini dengan cara pembekuan yang salah dan pemanasan susu yang melampau.
Malah kajian mendapati yang jika anda membeku susu lebih dari sebulan, anda mengurangkan jumlah kandungan vitamin C dalam susu tersebut sebanyak 1/3!
6) Meletakkan susu ibu berhampiran makanan mentah
Kadangkala, kita terlalu sibuk. Kita buat beberapa benda serentak. Contohnya, kita sibuk menyediakan susu anak sambil tangan sebelah lagi memegang daging untuk dimasak.
Ini sebenarnya berbahaya untuk kesihatan bayi anda! Bakteria boleh dipindahkan melalui tangan anda, dari daging mentah tersebut ke susu badan anda.
Malah, cara penyimpanan dalam ruang beku dalam peti ais juga boleh menyebabkan bakteria berpindah dari daging atau ikan ke susu badan anda.
Kalau boleh, asingkan ruang penyimpanan makanan dapur dengan susu ibu.
7) Menyahbeku susu ibu dengan microwave atau periuk
Apabila kita ingin menyusukan bayi, selalunya kita tiada masa untuk menyahbeku susu tersebut dalam suhu bilik.
Untuk cepat, kita masukkan susu itu dalam microwave dan memanaskannya selama beberapa saat.
Ada juga para ibu yang memasukkan susu beku dalam periuk dan memanaskannya di atas dapur.
Itu juga adalah cara yang salah dan berbahaya buat bayi. Cara yang betul adalah anda perlu menggunakan air suam untuk menyahbeku susu badan anda.
Ia mungkin ambil sedikit masa, tetapi itu adalah cara yang terbaik!
Jika bayi anda tidak menghabiskan susu, apa yang anda buat? Jika anda memasukkan semula baki susu ke dalam peti beku, ia bukanlah satu tindakan yang bijak.
Dengan membekukan semula susu, anda mengurangkan lagi nilai khasiat di dalamnya. Disebabkan ini, susu anda lebih mudah untuk dicemari oleh bakteria.
Sebagai tip, pastikan anda mengeluarkan susu yang mencukupi dan tidak memasukkan bakinya semula ke dalam peti ais.
Yang paling penting, semasa mengepam susu badan, pasti anda mencuci tangan terlebih dahulu. Elakkan dari memegang peralatan pumping dengan keadaan tangan yang tidak bersih.
Apatah lagi jika anda sering mengepam bukan di ruangan laktasi khas, tetapi mungkin di dapur atau bilik mandi.
Dengan membersihkan tangan sebaik mungkin, anda menghindari jangkitan bakteria pada susu badan anda.
Memberikan susu badan dengan segera kepada si kecil adalah yang terbaik.
Sebenarnya, memberikan terus susu badan anda kepada si kecil adalah lebih baik daripada menyimpan.
Menyejuk, membeku, dan memanaskan susu akan mengurangkan kandungan antioksidan dan pelbagai nutrien lain.
Tetapi, jika anda perlu juga menyimpannya, maka anda harus melakukannya dengan cara yang betul dan pastikan ia tidak terdedah kepada pembiakan bakteria.
Sumber: Babygaga.com & theAsianparent