Ramai ibu yang mengeluh anak makan banyak tapi berat tak naik-naik. Adakah anak mempunyai masalah penghadaman dan sebagainya. Tapi ibu kurang mengambil tahu carta pengambilan makanan dan diet harian yang seimbang untuk anak-anak yang betul.
“Anak saya makan banyak. Tetapi berat susah nak naik.”
Ini adalah pernyataan kebanyakan ibu ayah apabila berjumpa saya atau lewat PM mereka pada saya. Apabila ditanya contoh pengambilan makan dan diet harian, kebanyakan anak-anak tidak mendapat protein yang cukup di dalam diet harian.
Seekor ikan sehari sahaja. Sebiji telur sekali sahaja sehari. Ayam secubit dua setiap kali makan.
Pengambilan lauk yang terlalu sedikit akan mempengaruhi status pemakanan anak. Darah merahnya rendah. Beratnya tidak naik. Anak sentiasa lapar dan cepat tantrum. Protein bertindak untuk mengenyangkan kerana memerlukan masa yang lebih lama untuk dihadamkan.
Bagaimana memastikan anak mengambil protein yang mencukupi untuk keperluan hariannya?
Cuba lihat kembali kepada jumlah pengambilan lauk pauk yang diambilnya. Adakah mencukupi?
Ads
Lihat kembali kepada infografik di bawah.
Mengikut Malaydia Dietary Guidelines, anak berumur 3 tahun memerlukan separuh hidangan ayam, separuh hidangan ikan, separuh hidangan legume dan dua hidangan susu sehari.
Ini adalah jumlah hidangan yang sepatutnya diambil untuk anak-anak yang mempunyai berat badan yang normal dan sihat. Sekiranya anak mempunyai masalah kenaikan berat badan, seharusnya pengambilan protein adalah lebih lagi daripada jumlah ini.
Tujuan saranan mempelbagaikan pilihan makanan antara ikan, ayam dan legume kerana setiap satunya mempunyai zat yang pelbagai dan tidak sama antara satunya.
Ads
Ikan misalnya mempunyai Omega 3. Ayam mempunyai zat besi. Begitu juga daging. Kaya dengan zat besi dan vitamin B. Legume pula selain kaya dengan serat turut mempunyai pelbagai jenis mineral dan vitamin diperlukan tubuh.
Mengambil ayam sahaja menyebabkan anak kekurangan vitamin B, calcium, selenium dan fosforus yang boleh diperolehi daripada ikan dan makanan laut.
Jadikan setiap hidangan makan anak adalah berbeza pilihan lauk sebolehnya.
Satu hidangan ayam untuk tengahari, satu hidangan ikan untuk malam dan satu hidangan legume misalannya di sebelah pagi.
Infografik ini menunjukkan jumlah pengambilan untuk satu hidangan lauk pauk yang mempunyai 14g protein.
Ads
Sekiranya menurut saranan, pengambilan hanyalah 1/2 hidangan sahaja sehari bermaksud hanya 7g protein sahaja diperlukan untuk setiap jenis makanan. Atau separuh daripada jumlah hidangan di atas.
Sama juga dengan jumlah hidangan untuk daging dan ayam. Kebiasannya anak usia 1-3 tidak suka makan ayam atau daging kerana perlu dikunyah dan sedikit liat. Adakala ibu ayah yang jarang memberikan daging di dalam hidangan anak seharian.
Apa yang boleh dibuat sekiranya anak tidak mahu makan isi ayam atau hanya kunyah ayam dan kemudian meluahkannya kembali?
Ayam atau daging boleh dikisarkan dan dicampurkan ke dalam makanan atau sup untuk dihirup anak. Pastikan setiap hidangan yang diambil mestilah mencukupi saiz hidangannya.
Sekiranya hidangan mee atau bihun atau pasta dan sebagainya, ambil sesenduk mee sesuai untuk pengambilan anak sahaja. Pecahkan sebiji telur dan gaulkan bersama hidangan tadi. Bukan bersama hidangan untuk seisi keluarga. Ini akan menggalakkan anak mengambil protein dengan mencukupi.
6 tahun pertama ialah usia keemasan bagi setiap individu. Jika didikan yang diterima baik dan penuh kasih sayang, maka mereka mudahlah untuk dibentuk.
Menurut juruterapi pediatrik, Idzmir Shahril berkongsi tentang kesan didikan kepada emosi kanak-kanak. Apa yang berlaku pada usia 6 tahun ke bawah akan memberikan kesan jangka panjang sehingga mereka dewasa.
Ibu bapa tidak patut mensia-siakan fasa ini. Buang sempadan kesempurnaan kerana anak hanya akan mengingati masa indah yang dihabiskan dengan mereka. Explore, play & bonding, itulah yang sebaik-baiknya.
Tak boleh dipukul walau pun mereka melakukan kesalahan. Ibu ayah jangan gunakan alasan memukul untuk mendidik!
Didik dengan kasih sayang, anak akan rasa dekat dengan kita dan merasakan ibu bapa sebagai pelindung dan tempat rujukan.
Ada ibu bapa kecewa anak memilih untuk dengar perintah datuk dan nenek, bermuhasabahlah!
Peluk dan ciumlah anak dan ucapkan perkataan sayang. Pandang anak dengan kasih sayang. Tahan marah dan genggam tangan mereka.
Ibu ayah ucapkan yang baik-baik dan nasihatkan yang baik. Sabarlah kalau perlu ulang nasihat yang sama 1001 kali.
6 tahun pertama ibu ayah mesti letakkan objektif bukan sahaja mendidik tetapi berkasih sayang sambil mendidik.
Ibu dan anak ada satu bonding yang sangat kuat. Manjanya anak dengan ibu tidak seperti hubungannya dengan orang lain. Gelagat anak Nad Zainal ini menarik perhatian netizen kerana tiba-tiba sebak dan menangis melihat ibunya di televisyen.
Ibrahim Fahad atau selalu dipanggil dengan nama manja Yem, 2 tahun sangat manja dengan mommy. Sementelah ibunya sangat suka melayani kerenahnya. Nad telah memuat naik video yang memaparkan Yem berlinangan air mata dan sebak melihatnya di kaca televisyen. Dalam kapsyen nya pula, Nad memberitahu dia sedih dan Yem memang seorang yang lembut hati atau ‘hati tisu.’
nad.zainal Aduh, nak kena kerja jadi pramugari ke sekarang ni? Hahahaha! Jahanam… sedih mummy tau..
Yem ni hati tisu, dia TAK BOLEH nampak i di TV kalau i takda di rumah… dia emosi .. tengok Bawang Live, dah mata Yem macam kena bawang.. aduh
Video tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Dalam minda seorang kanak-kanak, sebenarnya kita tidak tahu apa yang sedang difikirkannya. Mungkin rasa rindu atau rasa kehilangan.
Anak aktif dan hyperaktif pun selalu disalah anggap. Memang ada perbezaan ketara kedua-duanya. Apakah perbezaannya? Ikuti rencangan TV Pa&Ma 30 Oktober 2018, jam 12 tengah hari dan ulangannya 9 malam di Astro Prima & Astro Maya HD.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Mainan dan anak-anak memang tak boleh dipisahkan. Tiap kali keluar, tiap kali tu lah nak mainan baru walaupun di rumah dah macam-macam jenis ada. Namun sebagai ibu bapa, biasalah dengar anak merengek kita jadi ‘kalah’.
Jika diikutkan menurut Konsultan Tangisan Bayi Malaysia, Puan Uswatun Hasanah, sebenarnya tak perlu pun mainan yang banyak untuk anak kalau betul-betul nak jadikan anak kreatif dan otaknya sentiasa ligat berfikir.
Menurut survey oleh British Heart Foundation, secara purata:
– Kanak-kanak hilang minat terhadap mainan baru dalam ~36 hari.
– 1 dari 5 kanak-kanak pula hilang minat terhadap mainan ‘mesti ada’ (must have) terkini dalam masa sehari.
– 8% dari masa selepas membeli, mainan baru tidak lagi menarik perhatian kurang lebih selepas 1 jam.
– 4 mainan yang dimiliki/dihadiahi, tidak pernah di sentuh langsung.
British Heart Foundation menganggarkan sekitar 162 million mainan elok di bazirkan lebih suku keluarga UK yang menyertai survey ini!
Hem..Walaupun ini bukan survey Malaysia, saya yakin semua ibu bapa tidak akan begitu terkejut dengan kesemua fakta ini.
Realiti biasa:
– Anak-anak akan sentiasa meminta mainan yang di lihat di mana-mana.
– Anak-anak akan sentiasa mahu apa yang kawan mereka dan orang lain ada.
– Sebahagian ibubapa menurut saja kehendak anak membeli kerana tidak mahu berhadapan dengan amukan anak.
– Sebahagian ibu bapa rasa bersalah dan tak sampai hati untuk tidak memenuhi permintaan anak.
– Sebahagian ibu bapa merasa ‘membelikan sesuatu’ untuk anak adalah tanda sayang.
– Sebahagian ibubapa merasa hadiah adalah ganti masa dan perhatian yang terkurang di beri kepada anak.
– Sebahagian ibu bapa merasa hadiah ibarat ganti rasa bersalah yang ibubapa miliki terhadap anak-anak.
– Sebahagian ibu bapa merasa kasihan melihat anak tidak memiliki banyak mainan seperti anak orang lain dan terjerat dengan isu sosial: the more you have, the more you are loved (lebih banyak yang anda miliki, lebih anda di sayangi)
Saya sendiri ada kisah lucu bila TERsalah sangka bahawa rumah klien yang ingin saya kunjungi adalah sebuah taska kerana adanya ‘kolam bola’ lengkap dengan gelongsor besar di dalam rumah.
Dari luar pintu nampak bagai kids wonderland gayanya. Dan, didalam ‘kolam bola’ tersebut sarat dengan pelbagai mainan!
Dalam bab mainan, percayalah: LESS IS MORE. Dalam sebuah study oleh University Toledo, Ohio, para pengkaji menjemput sekumpulan kanak- kanak- berusia 18 -30 bulan ke dalam makmal bilik mainan untuk 2 situasi.
Situasi 1: Hanya ada 4 mainan dalam makmal
Situasi 2: Terdapat 16 mainan dalam makmal
Hasilnya: Ya benar, kanak-kanak menyentuh lebih banyak mainan semasa dalam situasi 2 kerana ada banyak mainan untuk di sentuh dan di lihat.
Namun, kanak-kanak lebih ‘engage’ (terikat) dengan permainan pada situasi 1 iaitu: secara purata , mereka bermain 2X ganda lebih lama dengan setiap permainan dan bermain lebih banyak cara dengan setiap permainan.
Anak TIDAK PERLU terlalu banyak mainan.
Mainan yang terlalu banyak itu ‘menyesakkan’ fikiran anak. Anak kecil tidak tahu membuat keputusan memilih di antara berpuluh-puluh pilihan.
Malahan, orang dewasa sendiri cukup sesak dan jadi rambang mata bila terpaksa memilih di antara banyak pilihan.
Ia bukan saja membazir duit, malah membazir ruang. Ruang yang saya maksudkan bukan ruang rumah tetapi ALAM.
Benar, kita sentiasa boleh memilih untuk membuang atau sedekahkan mainan yang berlebihan. Namun akhirnya, mainan yang di buang, yang sampai ke ‘waste stream’ tetap sejenis sampah yang menjadi isu alam untuk di uruskan.
TIDAK PERLU mainan mahal yang canggih semata-mata.
Lebih ringkas dan ‘basic’ ciri sesuatu mainan itu, lebih lagi anak ‘terpaksa’ menjadi kreatif dan menggunakan imaginasi mereka serta membuat penerokaan (explore) cara memanfaatkan mainan tersebut.
INI BERI MANFAAT BESAR KEPADA PERKEMBANGAN KEMAHIRAN KOGNITIF ANAK (Kognitif ialah satu proses mental untuk mentafsir, mempelajari dan memahami sesuatu) seperti yang di terbitkan oleh kajian dalam journal Infant Behavior and Development.
Mainan canggih yang membuat segalanya untuk anak adalah salah satu punca anak cepat bosan.
Misalnya: Jika anda belikan anak sebuah kereta mainan, anda akan lihat anak akan bermain dengan kereta tersebut dalam pelbagai cara:
– menjadi kereta yang bergerak dengan bunyi vroom ! vroom ! hasil imaginasi nya
– kereta yang boleh terbang bagai jet pejuang di atas kepalanya
– kereta yang di bawa ke hulu ke hilir ketika makan, mandi dan tidur
– kereta yang menjadi kenderaan patungnya dan banyak lagi cara main mengikut fikirannya.
Namun jika anda belikan set kereta mainan berserta track (landasan) canggih yang berputar-putar sendiri, anak hanya mampu menonton saja kereta tersebut berputar-putar.
Sudahlah membosankan dan mahal, malah tak mencabar minda kreatif anak kecil !
Pilihlah mainan dengan bijak.
– Pilih mainan yang dapat di mainkan dalam pelbagai cara seperti contoh kereta diatas.
– Pilih mainan yang dapat ‘membesar’ bersama-sama dengan anak. Misalnya set patung mainan kecil yang boleh bayi kecil susun mengikut saiz, usung di dalam bakul nya ke sana ke mari dan buat main semasa mandi. Set patung YANG SAMA, TETAP boleh dia gunakan setelah menjadi ‘toddler’ semasa dia berangan-angan main mak-mak atau doktor-doktor.
– Pilih mainan yang meransang penjelajahan dan skil penyelesaian masalah anak. Misalnya puzzle, play doh atau blok shape-sorters (masukkan/susun bongkah ikut bentuk).
– Pilih mainan yang meransang imaginasi anak. Misalnya kostum seperti topi lanun, set masak-masak dan set haiwan ladang mainan.
Dan…. PERLU beri peluang untuk anak bermain dengan barang-barang ‘real’ atau mainan hampir ‘real’ dengan barangan biasa yang wujud di sekeliling misalnya penyapu dan penyodok, senduk, beg tangan, jug siram pokok bunga, baldi dan lain-lain.
Ingat lagi bagaimana pada 20-30 tahun dahulu kita amat gembira bermain dengan barang murah dan ‘apa adanya’ di sekeliling kita.
Kita main masak-masak menggunakan daun kering sebagai lauk, ranting sebagai senduk dan tempurung kelapa sebagai kuali dan pinggan.
Kita sambung getah panjang-panjang dan main lompat getah. Kita cipta pelbagai level game lompat getah tersebut.
Kita lukis ketenteng di jalanan dari sebatang kapur. Hanya sebatang kapur namun boleh di nikmati main beramai-ramai.
Kita bina kubu dari kusyen sofa dan selimut tidur. Kita cipta suasana perang kita sendiri.
Kita lawan baling batu lompat atas air (skipped stone). Kita geram melihat rakan yang handal , lalu kita berusaha memperbaiki skil balingan ibarat ia sebuah pertandingan hari sukan.
Kita kutip biji getah dan jadikan peluru tembak-tembak serta lastik kita.
Kita buat kapal kertas dan lautannya cuma longkang di tepi rumah.
Kita cipta game hanya dari selipar, tutup botol dan batang aiskrim. Barang tak penting dan terbuang bertukar jadi sesuatu yang sangat menyeronokkan.
Kita minta ibu jahitkan batu seremban bermodalkan hanya kacang hijau di dapur rumah.
Paling mahal, kita cuma minta beberapa puluh sen untuk beli set baju patung kertas mainan.
….Kita tiada banyak mainan memenuhi ruang rumah.
…Kita tiada mainan mahal lagi canggih yang jadi rebutan.
Namun kita sangat gembira dan tak merasa kekurangan. Malah kita sentiasa tak sabar menanti esok untuk kembali bermain.
Keseronokan pengalaman bermain dan kualiti mainan itu jauh lebih PENTING dari soal jumlah mainan dan harga mainan.
Malah jika anda tak punya apa-apa sekalipun untuk di belikan sebagai mainan kepada anak, ketahuilah anak hanya perlukan ibubapanya untuk bermain bersama!
Wang yang di belanjakan dan hadiah yang di belikan TIDAK AKAN MAMPU MENGGANTI masa yang ibu bapa luangkan bersama anak.
JANGAN pernah rasa bersalah jika tak mampu dan tak mahu turuti semua kehendak anak membeli setiap permainan yang anak ‘teringin’.
Kerana sebenarnya, ANDAlah mainan paling mahal dan menyeronokkan buat anak.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kadang lepas menyusu, baby tiba-tiba meragam? Mungkin dia belum sempat sendawa! Ibu dah tahu cara paling senang nak bantu dia?Bayi yang baru lahir hingga...