Membasuh tangan merupakan salah satu amalan pencegahan yang baik dan sering diwar-warkan bagi membendung penularan virus Covid-19. Namun untuk kanak-kanak yang masih kecil pastinya mereka tidak mengerti kenapa perlu kerap membasuh tangan dengan menggunakan sabun.
Ramona Zamzam finalis Dewi Remaja 2010 menerusi rakaman video yang dimuat naik dilaman Instagram miliknya dilihat mengajar si kecil Ivanna yang baru berumur 3 tahun untuk membasuh tangan dengan cara yang betul.
“Penat nak explain kat budak kecik ni why it is so important to wash our hands so i came out with the pepper experiment to show Ivanna how effective washing hands can be for our health especially during this COVID 19 situation. This citrus hand wash from @lerbolariomalaysia wangi mcm sabun cuci baju please. Wash your hands and stay safe people ❤️ .” #washyourhands #lerbolariomalaysia #dudukrumah #stayhome #covid19 #coronavirus
Melihatkan eksperimen yang dibuat oleh ibunya, Ivanna kelihatan teruja dan terkejut dengan hasilnya. Pastinya eksperimen seperti ini memberikan pengertian baharu buat anak-anak kecil seperti Ivanna.
Ads
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memberi pujian dengan apa yang dibuat oleh Ramona.
Ads
Sebelum ini, jurulatih kesihatan Kevin Zahri juga pernah membuat eksperimen yang sama dengan anak-anaknya tentang kepentingan membasuh tangan dengan sabun.
Pada mama-mama yang ingin buat aktiviti dengan anak-anak sepanjang PKP ini, apa kata cuba eksperimen seperti Ramona dan Kevin Zahri buat ni. Si kecil pasti seronok, bukan sahaja dapat ilmu, malah tangan pun jadi bersih. Pasti anak-anak lebih suka basuh tangan mereka selepas ini.
Siapa pun pasti akan teruja untuk menyambut acara istimewa bila sudah bergelar papa dan mama. Terbaharu untuk sambutan Hari Bapa pada minggu lepas, pelakon popular Mira Filzah yang baharu sebulan bergelar ibu turut meraikan Hari Bapa untuk suaminya Wan Emir Astar.
Mira yang memuat naik foto keluarga kecilnya menyambut Hari Bapa dengan kapsyen yang mengakui setelah bergelar ibu barulah dia faham kenapa kebanyakan geng mak-mak sukar nak bergambar sempurna dengan anak.
Cahaya mata pertama Mira dan Wan Emir yang diberi nama Wan Khair Amir jelas tidak memberikan kerjasama ketika foto diambil.
Struggel Is Real
Struggle is real. Tangkap gambar pun guna timer camera depan je. Sorry Amir, tahu awak dah mengantuk. Tapi kan Father’s Day, tak kan gambar berdua je. Mesti lah bertiga. Sowieeee @wankhairamir macam kena paksa pula bergambar ya.
Jika sebelum ini Mira yang mempunyai seramai 7.3 juta pengikut di Instagram rajin berkongsi gambar OOTD (Outfit Of The Day) untuk mempromosi pelbagai jenama pakaian yang diwakili sebagai jurucakap, mengakui sukar rupanya nak bergambar dengan anak dalm posisi yang sempurna.
Meninjau ke ruangan komen, pengikut pengacara dan juga usahawan ini turut sama mengiyakan kata-kata Mira.
Kebanyakan mereka turut berkongsi pengalaman yang sama serta meninggalkan kata-kata semangat supaya tak berputus asa mengambil gambar bersama anak.
Bahkan ada juga yang turut memberitahu hanya bila anak sudah besar barulah boleh ada perfect family photo.
Macam Muka Mama
Walaupun Mira tidak berkongsi wajah anaknya dengan jelas tetapi ramai pengikutnya boleh mengagak wajah Amir comel dan ada iras seperti mamanya.
Selain itu mereka juga kagum melihat kegigihan Mira memegang kuat bayinya yang kelihatan meronta-ronta kerana mengantuk demi hendak mengabadikan foto mereka sekeluarga meraikan Hari Bapa.
Kepada mama-mama yang tengah pregnant, masih sempat lagi nak join webinar Aku Tak Serik Bersalin yang akan berlangsung hari Ahad ni (26hb Jun 2022) secara online.
Masalah anak sembelit adalah perkara biasa terutamanya ketika dalam proses latihan tandas sekitar usia 2 hingga 3 tahun. Apakah tanda tanda sembelit yang boleh ibu kenal pasti ya?
Jom baca lebih lanjut dalam perkongsian artikel ini.
Masalah anak sembelit
Sembelit terjadi apabila anak mempunyai najis dengan tekstur yang sangat keras bersama pergerakan usus yang jarang berbanding kebiasaannya.
Umumnya, isu sembelit ini adalah masalah gastrointestinal yang normal untuk terjadi.
Tanda tanda sembelit yang boleh dilihat pada anak adalah termasuk:
Kurang membuang air besar
Najis yang keras dan banyak
Kesukaran atau kesakitan semasa mengeluarkan najis
Berita baiknya, kebanyakan kes sembelit kanak-kanak bersifat sementara.
Tanda tanda sembelit
Gejala menunjukkan anak mengalami sembelit mungkin berbeza. Namun kebiasaannya adalah:
Membuang air besar kurang daripada 3x seminggu
Najis keras, kering dan sukar dikeluarkan
Mengalami kesakitan semasa membuang air besar
Sakit perut
Terdapat tompokan cecair atau najis pada seluar dalam anak
Terdapat darah pada najis
Tidak berasa lapar
Menunjukkan tanda cuba menahan berak seperti mengetap gigi, menyilang kaki, memegang punggung atau wajah berubah kemerahan
Punca anak sembelit
Sembelit paling kerap berlaku apabila sisa buangan atau najis bergerak terlalu perlahan dalam saluran pencernaan. Kesannya najis menjadi keras dan kering.
Terdapat banyak faktor yang menyebabkan si kecil mengalami masalah sembelit, antaranya:
1. Menahan keinginan
Si kecil mungkin mengabaikan keinginan untuk membuang air besar kerana takut ke tandas atau tidak mahu berhenti daripada bermain.
Ada juga kanak-kanak yang menahan diri kerana tidak selesa menggunakan tandas awam.
Pergerakan usus yang menyakitkan disebabkan najis yang besar dan keras turut boleh menjadi punca anak menahan diri daripada berak.
2. Masalah latihan tandas faktor anak sembelit
Latihan tandas yang dimulakan terlalu awal juga boleh menyebabkan anak memberontak, sekali gus tidak mahu membuang air besar.
3. Diet pemakanan antara punca anak sembelit
Kurang pengambilan makanan tinggi serat seperti buah-buahan dan sayuran serta pengambilan cecair harian yang sedikit boleh menyebabkan sembelit.
Antara tempoh paling biasa untuk anak berdepan sembelit apabila memulakan pengambilan makanan pejal.
4. Perubahan rutin harian
Sebarang perubahan dalam rutian harian seperti melancong, cuaca panas atau tekanan – boleh mempengaruhi fungsi usus.
Anak juga cenderung mengalami sembelit apabila pertama kali memulakan sesi persekolahan.
5. Ubatan
Sesetengah ubat antidepresan dan ubat-ubatan lain turut boleh mengakibatkan sembelit.
6. Anak sembelit kesan alahan produk tenusu
Alahan kepada susu lembu atau terlalu banyak memakan produk tenusu – keju dan susu lembu – turut boleh menyumbang kepada sembelit.
7. Sejarah keluarga
Sejarah keluarga dengan sembelit juga meningkatkan risiko anak untuk mengalaminya. Ini mungkin disebabkan faktor genetik atau persekitaran yang sama.
8. Keadaan perubatan penyebab anak sembelit
Dalam kes jarang berlaku, sembelit terjadi berpunca daripada kecacatan anatomi, masalah sistem metabolik atau pencernaan mahupun masalah kesihatan lain.
Langkah pencegahan Cara mencegah tanda tanda sembelit pada si kecil:
Tawarkan makanan berserat tinggi
Sediakan makanan kaya serat untuk membantu tubuh membentuk tekstur najis lebih lembut, seperti sayuran, buah-buahan, kekacang dan bijirin.
Mulakan penambahan beberapa gram serat sehari secara beransur-ansur untuk mengelakkan perut kembung dan berangin.
Galakkan pengambilan air
Sarankan anak untuk mengambil cecair secukupnya, terutamanya air.
Wujudkan sesi penyusuan badan lebih kerap untuk bayi yang menyusu. Bagi bayi yang minum susu formula, berikan air tambahan antara setiap sesi penyusuan.
Tingkatkan aktiviti fizikal bantu cegah anak sembelit
Aktiviti fizikal dapat merangsang dan membantu fungsi usus normal untuk mendorong pergerakan makanan bagi pencernaan.
Galakkan anak untuk bermain di luar rumah berbanding hanya menonton televisyen dan aktiviti yang kurang pergerakan.
Wujudkan rutin tandas
Tentukan masa ke tandas untuk anak selepas makan secara berkala.
Jika perlu, sediakan pemijak kaki (footstool) untuk membolehkan anak berasa selesa semasa menggunakan tandas.
Ingatkan anak untuk tidak menahan
Sentiasa ingatkan anak untuk ke tandas apabila melihat mereka terlalu leka bermain.
Jika mereka kerap mengabaikan keinginan ke tandas, ia meningkatkan risiko si kecil mengalami sembelit
Berikan sokongan
Berikan ganjaran atas usaha anak apabila mereka cuba membuang air besar.
Antara ganjaran yang boleh diberikan seperti pelekat, buku khas atau permainan yang hanya dapat dimainkan selepas atau semasa (jika ada) membuang air besar.
Perubahan ubatan untuk cegah masalah anak sembelit
Jika terdapat sebarang ubat yang menyebabkan si kecil mengalami sembelit berbincanglah dengan doktor untuk mendapatkan pilihan ubatan lain.
Sekiranya terdapat sebarang kebimbangan dengan keadaan kesihatan anak, anda disarankan untuk membawa mereka melakukan pemeriksaan pakar dengan segera.
Wanita mana yang tidak sukakan kecantikan. Walaupun sudah bergelar seorang isteri dan ibu, masih mahu tampil cantik untuk suami. Sebenarnya bila dah jadi ibu ni, kadang-kadang kita lupa nak beri perhatian kepada diri sendiri.
Ada juga suami tegur, penampilan kita tidak sama seperti zaman anak dara. Waktu inilah, kita mula tak senang duduk. Sebelum suami tegur lagi, baik buat sesuatu!
Ada cara mudah untuk jadi cantik tanpa perlu mengeluarkan belanja pun. Jika boleh (memang susah sikit bila dah jadi ibu ni, tapi bolehlah cuba), tidurlah sebelum jam 11 malam. Sebenarnya bila kita tidur lewat dari waktu itu, kita akan terasa untuk mengunyah.
Sudahlah makan benda manis dan snek. Itu yang tak bagus. Bila kita tidur lewat, ia mengganggu proses pelangsingan dan kita pun mudah menjadi gemuk.
Tabiat tidur lewat ini akan memberi kesan yang tidak baik pada metabolisme tubuh.Selain badan susah untuk kurus, jika kita selalu berjaga lewat malam akan membuatkan kulit menjadi kusam, mudah berjerawat dan kering. Boleh dikatakan semua masalah kulitlah, mungkin boleh terjadi pada kita!
Menurut pakar kulit, Geoff Wright, badan manusia ada ‘jam biologi’. Kulit akan melembap secara natural bermula jam 8 malam sehingga 11 malam setiap hari. Pada jam 11 malam hingga 3 pagi pula adalah waktu penjanaan semula sel kulit dan penutrisian.
Ketika jam 11 malam sehingga 3 pagi, akan berlaku proses gantian sel dan ia hanya boleh berlaku ketika tubuh dalam keadaan rehat sepenuhnya (tidur). Jika tidak, proses ini akan terganggu dan tidak optimum. Paling teruk, mungkin tidak akan terjadi pun. Sebab itulah kulit nampak tua dan kusam.
Biasanya kalau dah siap semua kerja rumah, jaranglah para ibu ni nak tidur lambat. Mengantuknya, hanya Allah SWT yang tahu. Patutlah semua ibu cantik-cantik belaka!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.