Membasuh tangan merupakan salah satu amalan pencegahan yang baik dan sering diwar-warkan bagi membendung penularan virus Covid-19. Namun untuk kanak-kanak yang masih kecil pastinya mereka tidak mengerti kenapa perlu kerap membasuh tangan dengan menggunakan sabun.
Ramona Zamzam finalis Dewi Remaja 2010 menerusi rakaman video yang dimuat naik dilaman Instagram miliknya dilihat mengajar si kecil Ivanna yang baru berumur 3 tahun untuk membasuh tangan dengan cara yang betul.
“Penat nak explain kat budak kecik ni why it is so important to wash our hands so i came out with the pepper experiment to show Ivanna how effective washing hands can be for our health especially during this COVID 19 situation. This citrus hand wash from @lerbolariomalaysia wangi mcm sabun cuci baju please.
Wash your hands and stay safe people ❤️ .”
#washyourhands
#lerbolariomalaysia
#dudukrumah
#stayhome
#covid19
#coronavirus
Melihatkan eksperimen yang dibuat oleh ibunya, Ivanna kelihatan teruja dan terkejut dengan hasilnya. Pastinya eksperimen seperti ini memberikan pengertian baharu buat anak-anak kecil seperti Ivanna.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memberi pujian dengan apa yang dibuat oleh Ramona.
Sebelum ini, jurulatih kesihatan Kevin Zahri juga pernah membuat eksperimen yang sama dengan anak-anaknya tentang kepentingan membasuh tangan dengan sabun.
Pada mama-mama yang ingin buat aktiviti dengan anak-anak sepanjang PKP ini, apa kata cuba eksperimen seperti Ramona dan Kevin Zahri buat ni. Si kecil pasti seronok, bukan sahaja dapat ilmu, malah tangan pun jadi bersih. Pasti anak-anak lebih suka basuh tangan mereka selepas ini.
Sumber: Ramonazamzam