Salima Habibi berjaya menurunkan berat badannya sebanyak 24kg dengan mengamalkan pemakanan sihat walau pun sedang menyusukan.

Bekas peserta Akademi Fantasia musim keempat ini adalah ibu kepada dua cahaya mata iaitu  Syed Rayyan 4 tahun & Syarifah Nur Asmaa’ Aljoofre, 5 bulan.

Dalam ruangan Insta Story, Salima berkongsi beberapa tip yang dilakukannya. Katanya berkata pemakanan sihat yang dilakukannya dilakukan tanpa sebarang produk dan menurut saranan doktor. Perkongsiannya diharapkan dapat membantu ibu-ibu lain.

BMI SEBELUM BERSALIN IALAH 39-40, KINI 28-29 DALAM MASA 5 BULAN

Salima mengakui dia mengalami obesiti dengan Body Mass Index (BMI) 39-40 sebelum hamil. Walau pun BMI nya kini masih pada paras 28-29 dan belum mencapai bacaan yang disarankan.

ALAMI GASTRIK TERUK SELEPAS BERSALIN

Salima juga memberitahu selepas bersalin, dia mengalami gastrik teruk ekoran daripada proses kelahiran, rengat dan sebagainya. Apabila badan stres, gastrik tercetus dan dia mengalami muntah-muntah hinggakan air kosong pun akan dimuntahkan. Ini mencetuskan pula praeklampsia iaitu tekanan darahnya naik sangat tinggi. Ini menyebabkan pelan asal untuk mengambil perawat pantang terpaksa dibatalkan.

PENGHASILAN SUSU TETAP BANYAK

Mengikuti doktor di Facebook atas saranan suami, Salima mengaplikasikan tip dan panduan daripada doktor berkenaan dalam pemakanannya. Salima juga memberitahu yang dia mengamalkan pemakanan seimbang suku suku separuh semasa berpantang.

Saranan doktor supaya ibu selepas bersalin perlu minum air mencukupi juga diaplikasikan. Salima juga mengambil sajian yang disediakan ibunya tapi dalam kuantiti yang dicadangkan iaitu sesuku pinggan nasi, sesuku pinggan lauk dan setengah pinggan sayur dan buah. Katanya pengawasan saiz hidangan sangat mustahak. Kata Salima, walau pun pemakanan suku-suku separuh dilakukan, susu yang dihasilkan untuk bayinya tetap banyak.

TIP PEMAKANAN SALIMA

  1. Makan dengan kuantiti seimbang suku suku separuh.
  2. Makan nasi sekali sehari. Setiap kali makan mesti ada sayur.
  3. Makan malam ambil salad dengan ayam yang dipanggang.
  4. Kurangkan gula terutamanya dalam minuman. Salima terus berhenti ambil gula untuk mengelakkan sugar craving. Salima minum kopi tanpa gula.

CATRIONA ROSS JADI INSPIRASI

Penurunan berat badan Salima juga turut dikongsikan Catriona Ross yang memuji pencapaian Salima dalam mendapatkan berat badan yang sihat.

catrionabrianross

The best message i received today !! .
Certainly made me teary eyed. Bergenang air mata i bila sahabat @salimahabibi sent this to show support gara-gara post i semalam about “nasty netizens with nasty messages” dok kalut nak komen about itu ini. Adat susila nak berkata-kata pun lupa letak mana … 😀😀😀
.
Salima was very heavy dulu and sebaknya i, Allah aje yang tahu when she said ” You were my inspiration. Ingat tak dulu masa kita jumpa lepas tu Sal tanya macam mana Kak Cat buat ? ” Now Sal is 24KG LIGHTER !!!!
.
The best, bestest message ever … To know ada sedikit manfaat yang i sampaikan, ada sekelumit yang menginspirasikan. Thank you Sal for making my day, my week and my whole February beautiful ❤❤❤❤
.
Salima dulu was a contestant on Akademi Fantasia Season 4. Now she is happily married and is now seorang Guru Quran. Taranum dia maha dasyat ye. Sesiapa yang berminat nak belajar boleh contact @salimahabibi ye 😊

View this post on Instagram

The best message i received today !! . Certainly made me teary eyed. Bergenang air mata i bila sahabat @salimahabibi sent this to show support gara-gara post i semalam about "nasty netizens with nasty messages" dok kalut nak komen about itu ini. Adat susila nak berkata-kata pun lupa letak mana … 😀😀😀 . Salima was very heavy dulu and sebaknya i, Allah aje yang tahu when she said " You were my inspiration. Ingat tak dulu masa kita jumpa lepas tu Sal tanya macam mana Kak Cat buat ? " Now Sal is 24KG LIGHTER !!!! . The best, bestest message ever … To know ada sedikit manfaat yang i sampaikan, ada sekelumit yang menginspirasikan. Thank you Sal for making my day, my week and my whole February beautiful ❤❤❤❤ . Salima dulu was a contestant on Akademi Fantasia Season 4. Now she is happily married and is now seorang Guru Quran. Taranum dia maha dasyat ye. Sesiapa yang berminat nak belajar boleh contact @salimahabibi ye 😊

A post shared by Cat Ross (@catrionabrianross) on

Sumber: salimahabibi catrionabrianross

Tinggalkan Komen