
Baru-baru ini, nama Sally Whoo, seorang pempengaruh media sosial terkenal, menjadi bualan ramai selepas memuat naik video unboxing pakaian untuk sepasang anak kembarnya di TikTok. Video itu mencuri perhatian warganet apabila ada yang mempersoalkan tindakan Sally membeli pakaian dalam kuantiti yang banyak.
Namun, tidak lama selepas itu, Sally tampil memberi penjelasan bagi meleraikan salah faham tersebut. Menurutnya, dia sudah menjangka akan timbul persoalan daripada orang ramai kerana pembelian pakaian bayi dalam jumlah banyak sering dianggap membazir.

Katanya, dia memilih untuk membeli dalam pelbagai saiz kerana bayi cepat membesar dan dia tidak mahu anak-anaknya memakai pakaian yang terlalu besar atau tidak selesa.
“Aku post video unboxing baju baby, dan seperti yang dijangka memang ada orang pelik kenapa beli baju banyak sangat. Baby kan cepat membesar,” katanya.
“Pertama, aku beli banyak saiz. Newborn tak banyak sangat, 0–3 bulan, 1–3 bulan, 3–6 bulan. Kedua, aku tak suka kalau baby pakai baju besar, masa Ean dulu kesian bajunya besar dari badan.”

Tambah Sally, dia tidak melihat perkara itu sebagai pembaziran kerana setiap pembelian dibuat dengan perancangan. Malah, dia turut menegaskan bahawa pakaian yang sudah tidak muat nanti akan disedekahkan kepada mereka yang memerlukan.
“Insya-Allah kalau dah tak muat, memang Sally akan bagi orang juga. Baju Ean dulu pun banyak dah bagi, jadi Insya-Allah tak membazir,” ujarnya.
Sebelum ini, Sally dan suaminya, Toq, pernah memuat naik video unboxing pakaian bayi untuk dibasuh sebelum digunakan. Walau bagaimanapun, video tersebut turut mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan warganet yang menganggap kuantiti pakaian itu terlalu banyak.
@sallywhoo Excited nak share journey baby twins dengan korang 🙈 Baby nursery slowly coming together 🫶🏻 #allahummabarik ♬ A Ba ba – (sounds of a cute baby) – AtilaKw
Menjawab perkara itu, Sally menjelaskan bahawa dia hanya ingin memastikan keselesaan anak-anaknya, apatah lagi kali ini dia bakal menimang sepasang cahaya mata kembar.
Terdahulu, Sally dan Toq pernah berkongsi berita gembira mengenai jantina bayi mereka dalam majlis gender reveal. Untuk rekod, pasangan ini sudahpun mempunyai seorang anak lelaki bernama Ean Maleeq, dan kini bakal melengkapkan keluarga kecil mereka dengan kehadiran si kembar tidak lama lagi.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!



















