Salmon Grill Honey Lime Resipi Untuk Bayi, Bagus Untuk Otak & Imun Badan

Share

Bila anak dah mula makan makanan pejal, ibu jangan lupa perkenalkan ikan dalam menu makanan si manja. Tapi ikan hanya boleh diperkenalkan kepada bayi bila sudah berusia 8 bulan ke atas.

Menurut pakar pemakanan, kesihatan seorang anak bergantung pada apa yang dimakan sejak masih kecil. Pengambilan khasiat makanan yang seimbang serat kaya dengan nutrisi yang diperlukan oleh bayi menjadi faktor penentu ketahanan badannya dari serangan penyakit serta membantu perkembangan fizikal dan otaknya.

Mungkin kebanyakan ibu lebih gemar memilih daging atau ayam untuk bahan masakan menu bayi kerana mudah dimasak dan dimakan kerana tidak banyak duri dan tidak berbau hamis. Sebenarnya makan ikan sejak kecil memberi banyak kelebihan kepada bayi.

Satu kajian popular yang pernah dijalankan pada sekitar tahun 90-an membuktikan bahawa bayi yang makan makanan mengandungi DHA tinggi, terbukti mempunyai tahap kecerdasan yang lebih tinggi dibandingkan yang langsung tidak memakannya. Salah satu sumber makanan yang kaya dengan kandungan DHA semula jadi adalah ikan.

Kalau mama buntu nak masak apa untuk si kecil, boleh cuba resipi berasaskan ikan salmon yang dikongsi oleh Puan Fauziana ini. Selamat mencuba!

Ni mama twins nak share 3 resepi berasaskan ikan salmon yang mama masak untuk twinnie..

3 resepi ni memang twins makan habis.. 🤭 Resepi di setiap gambar ye..mana tahu boleh nagi idea kat mommy-mommy semua..

SALMON GRILL HONEY LIME

Bahan-bahan:

🖊️Pasta
🖊️Salmon
🖊️Blackpaper
🖊️Garlic powder
🖊️Garam masala
🖊️Paprika powder
🖊️Unsalted butter or olive oil
🖊️Bawang putih
🖊️Lemon
🖊️Honey (1 year above)
🖊️Air rebusan pasta

*Rebus pasta dulu, air rebusan pasta ambil sedikit.

Salmon Grill↙️

🖊️Perap salmon dengan garlic powder + garam masala + serbuk paprika + blackpaper.
🖊️Kemudian grill dengan unsalted butter or olive oil.
Done!

Honey Lime↙️

🖊️Masukkan unsalted butter, garlic powder or garlic yang telah dicincang.
🖊️Masukkan sedikit air rebusan pasta bersama lemon yang telah dihiris.
🖊️Masukkan honey, bila sauce dah nampak pekat boleh masukkan salmon yang telah di grill tadi.Terbalik kan ikan, tu supaya sauce masuk kedalam isi ikan.

Masak sehingga sauce sedikit kering.

Done!

CREAMY SALMON

Bahan-Bahan:

🖊️Pasta
🖊️Olive oil
🖊️Bawang putih
🖊️Salmon
🖊️Fullcream Milk
🖊️Tepung Jagung
🖊️Cheese Block Beqa
🖊️Serbuk keju (optional)
🖊️Blackpaper
🖊️Parsley Herbs

Cara Penyediaan:

🖊️Pasta rebus macam biasa dan ketepikan.
🖊️Tumiskan bawang putih yang telah dicincang denga olive oil.
🖊️Kemudian masukkan salmon yang telah dipotong kecil².
🖊️Masukkan fullcream milk + cheese block yang telah diparut + serbuk keju. Mix bagi sebati.
🖊️Tambah sedikit tepung jagung untuk pekatkan kuah.
🖊️Kemudian masukkan sedikit blackpaper dan parsley herbs.
🖊️Last masukkan pasta yang telah direbus tdi.

CREAMY GARLIC BUTTER SALMON

Bahan-bahan;

🖊️Salmon
🖊️Tepung gandum unbleached
🖊️Garlic powder
🖊️Blackpaper
🖊️Paprika powder
🖊️Olive oil
🖊️Unsalted butter
🖊️Bawang putih
🖊️Chicken Broth / chicken feet stock
🖊️Fullcream Milk
🖊️Cheese Block Beqa
🖊️Keju powder (optional)
🖊️Serbuk ayam (optional)
🖊️Baby Spinach
🖊️Parsley Herbs

CARA PENYEDIAAN;

🖊️Salmon diperap sekejap dengan garlic powder + blackpaper + paprika powder.
Kemudian sebelum salmon digrill salut dengan tepung gandum unbleached kemudian grill dengan sedikit olive oil sehingga masak.
Ketepikan salmon.
🖊️Guna pan sama masukkan unsalted butter dan bawang putih yang dicincang.
🖊️Masukkan broth chicken kemudian fullcream milk.
🖊️Parut cheese block Beqa dan masukkan.
🖊️Tambah sedikit tepung jagung untuk pekatkan sauce.
Masukkan juga garlic powder + serbuk keju + serbuk ayam
🖊️Kemudian masukkan baby spinach dan sedikit parsley herbs.
Mix bagi sebati semua.
🖊️Last masukkan salmon yang telah digrill tadi. Salut la salmon tadi dengan sauce butter tu.
🖊️Pasta rebus macam biasa.

Done!

Kredit: Tengku Fauziana

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)

Published by
NuFa