Kadang- kadang nak makan makanan western tapi tekak tak boleh nak terima. Takde masalah, olah je resepi ikut sesuai dengan selera masing- masing. Nak makan ikan salmon tapi buat resepi melayu? Mestilah boleh! Mudah pula tu.

Tidak semestinya kena ikut cara masakan western baru sedap. Boleh pelbagaikan resepi mengikut kesesuaian. Contohnya, ikan salmon sos asam jawa. Mari lihat resepi yang dikongsikan.

Resepi ini dikongsikan oleh akaun Instagram perbidananmelayu.

RESEPI IKAN SALMON SOS ASAM JAWA

IKAN SALMON SOS ASAM JAWA

Salmon Sos Asam Jawa, Tinggi Omega Yang Baik Untuk Badan Ibu Berpantang!
Sumber foto: Instagram Perbidananmelayu

Bahan- bahan:
– Ikan salmon
– Garam
– Bawang putih 3 biji (ditumbuk)
– 2 sudu asam jawa adabi
– Lada hitam sedikit
– Gula

Ads

Cara- cara:
1. Perapkan ikan salmon dengan garam dan dipanggang. Setelah masak angkat dan ketepikan.
2. Tumis bawang putih yang dah ditumbuk.
3. Letak 2 cawan air, asam jawa, gula dan garam.
4. Biarkan sehingga kuah menjadi pekat dan taburkan sedikit lada hitam.

Hiasan:
– Daun limau dihiris nipis
– Daun ketumbar dihiris
– Lobak dihiris nipis
– Tomato potong dadu
– Bawang merah besar dihiris

Kuah yang sudah disiap dicurah ke atas ikan dan tabur hiasan dan perahkan lemon di atas hiasan tadi. Baru lah letak segala hiasan dan kuah ke atas salmon panggang tadi.

Siap!

Ads

Mudahkan resepi ni? Tahu tak ikan salmon ni antara ikan yang tinggi omega 3? Omega-3 adalah lemak yang penting kerana ia tidak dapat dihasilkan dalam badan dan perlu diambil daripada sumber luar. Pelbagai kajian mendapati bahawa omega-3 membantu dalam mengurangkan keradangan dan risiko penyakit serta mengawal tekanan darah tinggi.

Salmon Sos Asam Jawa, Tinggi Omega Yang Baik Untuk Badan Ibu Berpantang!
Sumber foto:https://www.freepik.com/free-photo/slice-raw-salmon_6452151.htm#query=salmon&position=1&from_view=search&track=sph

Salmon mengandungi jumlah potassium yang tinggi. Apa yang lebih menarik lagi, jumlah potassium bagi salmon adalah lebih tinggi daripada pisang. Potassium membantu untuk mengawal tekanan darah serta mengurangkan risiko stroke. Analisis besar dari 31 kajian mendapati bahawa penambahan potassium dalam diet yang tinggi sodium dapat mengurangkan tekanan darah secara signifikan.

Baca Juga:

Ads

Sup Ayam Singo Pear, Baik Untuk Batuk Dan Selesema, Mudah Dan Sedap!

Serunding Halia Untuk Ibu Berpantang, Buang Angin Dan Meringankan Badan

Ikan Haruan Tumbuk, Baik Untuk Ibu Berpantang. Membantu Menyembuhkan Luka!

Oleh kerana kandungan omega 3 yang tinggi, salmon dapat meningkatkan kandungan omega 3 dalam darah. Kebanyakan orang mempunyai kandungan omega 6 lebih banyak berbanding omega 3 dalam darah. Terlalu banyak omega 6 akan meningkatkan risiko penyakit jantung.

Mudahkan resepi yang dikongsikan. Selamat mencuba dan semoga bermanfaat.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI