Cornflakes madu dah buat, biskut cornflakes dah siap. Kalau masih ada lagi cornflakes yang belum habis, boleh cuba pula buat cornflakes telur masin.
Rasanya yang sedap dengan rasa telur masin, manis-manis pedas sikit pasti susah nak berhenti mengunyah.
Resipi dari Daten Gweng ini cukup mudah dengan beberapa langkah saja. Memang tak menyesal anda buat!
RESIPI MENARIK [Wow Cantiknya Kek Ogura Unicorn Raya Ni, Nak Buat Pun Senang!]
Selalu masak tak jadi?? Masak ni mesti jadi tau..Tak ada air fyer atau oven pun tetap jadi…
Cuba laaa ya.
Salted Egg Cornflakes
🌶3 cawan cornflakes
🌶3 tangkai daun kari
🌶3 sudu mentega (kalau tak ada marjerin pun okay)
🌶3 biji cili padi (nak pedas tambah-cili padi yang saya guna ni memang pedas yang amat)
🌶2 biji telur masin -kukus kuning telur 10 minit-hancur-hancurkan -guna yang kuning sahaja tauuuuuuu
Masak mentega, telur masin, daun kari, cili..sampai harum mewangi semerbak. (boleh tambah gula 1 sudu bagi yang suka manis…Saya tak tambah😁) tutup api..lepas tu gaulkan dengan conflakes.
RESIPI WAJIB CUBA [Patutlah Sampa 25K Share, Samperit Susu 3 Bahan, Cukup Manis dan Sedap!]
Dah siap, tunggu sejuk baru masukkan dalam bekas. Makan malam ni sambil tonton TV memang layan.
Nak lagi garing, masukkan dalam airfryer/oven 180c selama 6 minit.
Kredit resipi: Daten Gweng
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI