Selepas lima bulan melahirkan anak pertamanya, pelakon, Datin Atikah Suhaime mendedahkan kejayaannya mendapatkan semula bentuk badannya seperti sebelum menimang cahaya mata.
Menerusi perkongsiannya di Insta Story, ibu cantik manis ini turut berkongsi usahanya mengamalkan diet yang sihat serta senaman yang kini sudah menampakkan hasilnya.
“Selepas diet yang sihat, bersenam, kardio dan menangis semasa pilates.
“Saya tak percaya. Badan hampir sama macam dulu sebelum ada baby,” katanya.
Bahkan Atikah sempat berseloroh bertanyakan kepada suaminya, Datuk Lokman Teh untuk menambah cahaya mata lagi.
Ads
Kecantikan dan berat badan ideal terkini ini tidak hairanlah ibu kepada baby Lyla Mulan Teh ini dipuji ramai. Malah melihatkan usaha Atikah sendiri yang gigih bersenam setiap hari menampakkan usahanya untuk kembali langsing seperti sebelum hamil.
Berkongsi kisah perjalanannya untuk kembali fit seperti sebelum bersalin, ujar Atikah lagi dia melakukan pelbagai aktiviti termasuk berlari dan melakukan pelbagai jenis senaman.
Ads
Akuinya, berlari dahulunya menjadi terapi emosi buat dirinya namun perubahan berat badan selepas bersalin dan masalah pada lutut membuatkan dia terpaksa menukar rutin senamannya.
“Dulu kalau marah saya berlari, terus gembira semula. Saya rindu running, itulah syurga untuk saya dulu tetapi neraka untuk saya sekarang.
Ads
“Lepas bersalin saya banyak fokus core strength training. Sebab tak boleh lari, lutut sakit sebab berat. Berat badan naik mendadak, nak kencing je sebab bawah masih lemah.
“Tapi sejak saya banyak buat strength training, saya lebih kuat sekarang berbanding sebelum ini. Dulu tak boleh nak angkat berat langsung, sekarang no hal katil pun boleh tolak,” katanya berkongsi.
Semoga usaha ibu cantik manis ini dapat memberikan inspirasi untuk ibu-ibu yang baru melahirkan cahaya mata.
Untuk rekod, Atikah mendirikan rumah tangga dengan Lokman pada 21 Januari tahun lalu. Pasangan itu dikurniakan cahaya mata perempuan, Lyla Mulan Teh pada 8 Mac lalu.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Melahirkan bayi sememangnya satu proses atau prosedur yang akan mendatangkan kesakitan kepada para ibu. Namun begitu, terdapat beberapa teknik yang mampu mengawalnya antaranya adalah hypnobirthing. Ikuti artikel ini untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.
Apakah itu hypnobirthing?
Dicipta oleh seorang pakar hipnoterapi dari Harvard University Ford Foundation iaitu Marie “Mickey” Mongan, hypnobirthing adalah sejenis teknik meditasi yang dilakukan oleh ibu hamil untuk tujuan melahirkan bayi dengan lebih mudah. Teknik ini dilakukan dengan menggunakan metode hipnosis bagi membantu ibu hamil berasa lebih relaks secara mental, fizikal dan rohani.
Selain itu, teknik ini juga dilakukan untuk membantu mereka melawan perasaan takut dan mengurangkan rasa sakit serta rasa letih ketika melahirkan bayi. Berbanding menggunakan perkataan seperti sakit atau letih, teknik ini akan menggantikannya dengan perkataan tekanan. Kontraksi pula akan digantikan dengan perkataan seperti pusuan atau gelombang.
Dalam erti kata yang lain, teknik ini adalah berfokuskan dan berpandukan kepada pengawalan otak yang boleh mengatasi kesemuanya berkaitan dengan tubuh badan. Menurut kajian, teknik ini telah terbukti berkesan terhadap ribuan wanita yang sudah melakukannya.
Siapakah yang boleh melakukan hypnobirthing?
Tentu sekali, individu yang boleh melakukannya adalah ibu hamil yang sedang menunggu untuk melahirkan bayi kelak. Persoalannya, adakah ia boleh dilakukan oleh golongan ibu hamil yang perlu/ingin bersalin secara alternatif?
Ya, teknik ini juga boleh dilakukan jika ibu hamil berhadapan dengan situasi seperti berikut:
Bersalin secara pembedahan caesarean
Bersalin dalam air
Bersalin dengan bantuan epidura
Bagaimanakah hypnobirthing dilakukan?
Teknik ini akan melibatkan penggunaan muzik, visual, perkataan dan pemikiran yang positif untuk tujuan merelakskan badan, mengawal pernafasan serta sensasi ketika melahirkan bayi. Ia boleh dilakukan secara sendiri atau mendapatkan bantuan daripada pakar hipnoterapi. Namun begitu, mereka ini mungkin tidak akan berada di sisi ketika proses bersalin hampir dekat, oleh itu, anda disarankan untuk mempelajarinya sendiri.
Semalam sibuk packing barang baby n mommy. Hari ni saje nk share kt uolls apa yg perlu bawak ke hospital. Mommy terlebih rajin ni. Padahal boleh jer google2. Semua benda ada sana yedak. sapa nk baca, baca la ye. Untuk 1st time nak jadi ibu, boleh la tengok2
Kalau boleh 1 almari nak angkut jenis aku bior bawak lebih, jgn kurang. mne yg aku listed kat bawah ni, kalau korg rasa xperlu bawak, xpyh bawak ok. kalau ada yg kurang, tolong bgtau.
Untuk mommy yang sibuk bekerja atau sibuk dengan urusan harian, beli je online. Nak lagi jimat, DPAMtengah promo free shipping 25-31 Julai ni. Klik siniuntuk dapatkan pakaian kanak-kanak dengan harga istimewa di DPAM dan jangan lupa gunakan kod promo DPAMFS!
Aku siap packing mcm ni so senang xpayah nak meraba2 dlm beg cari baju la, suar la. beg plastik ni beli kt ikea. nti boleh refill balik baju2 yg dah kotor.
Setiap beg plastik ada:
– rompers panjang 2 helai/ baju lengan panjang n seluar 2 helai ( setiap beg plastik tu aku letak sepasang2 la, kan ada 4beg tu hehe) – mitten&booties – hat – bedung – pampers – barut
Bertanda extra tu aku letak: (in case xcukup, boleh grab je dlm plastik extra ni)
– baju lengan pendek 2 helai – extra pampers – extra mitten&booties – extra bedung – extra barut
Plastik sebelah tu plak:
– towel – selimut – sapu tangan
Yang bawah tu:
dalam kotak – baby care ( bedak, lotion, shampoo, minyak telon, baby oil, minyak yu yee, cotton bud) – baby wipes – botol susu ( incase nk pakai nti, aku spare siap)
Checklist barang mommy:
– baju 2helai – kain batik – skirt – towel – shawl/ tudung sarung – stocking – breast pad – maternity pad – toiletrities ( sabun, ubat gigi, berus gigi, coconut scrub tu WAJIB BAWAK bebas dri segala daki) – mommy care ( lotion, moisturizer, vaseline, barang makeup sikit) – minyak tyt – breast pump (in case nk guna, spare jer)
Yang xde dlm gmbar perlu bawak (sbb xbeli lgi): – nursing bra – disposable panties – nipple cream
– kad pengenalan
– buku pink
– yasin
– charger, powerbank
– handphone
– bahan bacaan ( aku rasa xsempat nak baca pun , saje la aku nak bawak. best buku nana ni semua bende dia cita dri cara nak push mcm mne, breastfeeding, dlm pantang. dh lama aku beli buku ni sebelum kawin lgi. xtau la ada lgi ke x. kalau nk pinjam boleh jer hehe)
Yang ni pulak bakul baju baby n semua2 la sbb aku berpantang kt rumah mak mertua. bawak 1 bakul ni jer. semua boleh sumbat sbb besar. berzip mcm ni xde habuk masuk. ats tepi boleh bukak. beli kt kaison Rm25 rasenya.
Kalau nak tahu bagaimana cara mudah bersalin dan persediaan ke hospital, saksikan rancangan Pa&Ma, Musim ke4 (Jurnal Kehamilan) Episod 12 di Astro Prima & Prima HD selasa ini Jam 12 tengah hari dan ulanganya 9 malam.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Penyanyi Lan Solo memberitahu anak keempatnya, Nur Amna Quxandra perlu menjalani pemeriksaan berjadual di hospital sehingga dia berusia 18 tahun.
Lan, 33, berkata pemeriksaan itu perlu bagi memastikan jahitan pada bibir anaknya itu berada dalam keadaan baik.
“Alhamdulillah Xandra dah sepenuhnya sihat cuma belum pergi pemeriksaan selanjutnya sebab nak check bahagian atas lelangit bimbang jahitan terbuka atau merekah.
“Buat masa ini setiap bulan dia akan menjalani pemeriksaan doktor sehinggalah dia berusia 18 tahun,” katanya kepada mStar Online.
Xandra dilahirkan pada 24 Februari lalu dan selamat menjalani pembedahan masalah sumbing di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada 31 Mei lalu.
Sementara itu, Lan berkata dia agak bimbang jika terdapat rekahan pada jahitan tersebut kerana ia berkemungkinan menyebabkan anaknya itu perlu dibedah buat kali kedua
“Kalau ada rekahan dan kesan jahitan naik, dia perlu menjalani pembedahan lain. Saya takut sebab dia sudah membesar, sekarang dah agak lasak dan bimbang jahitan itu tertarik.
“Kulit dia pun dah semakin menegang, tapi doktor beritahu kalau rekahan jahitan itu menganggu hidung memang kena operate lagi.
Dulu bila diri sendiri sakit tak kisah sangat. Tapi setelah ada anak, tahu je anak dalam keadaan kurang sihat, mulalah rasa tak senang duduk.
Ibu bapa risau sangat anak tak sihat sebab mereka tak boleh nak beritahu dia sakit. Cuma jika nampak tak bersemangat maknanya memang ada yang tak kena.
Seperti yang dikongsikan oleh Tasha Manshahar mengenai pengalamannya bila pertama kali anak demam memang tak senang duduk dibuatnya. Sekejap suhu ok, sekejap suhu panas.
“Disebabkan Muammar cranky teruk,menangis lama dan kuat sehingga badannya lembik, tengoknya memang rasa kasihan sangat.
“Tapi mujurlah dalam keadaan itu ada mak ayah yang boleh jadi penenang. Saya cuba juga petua tradisional macam mandi air lemon, lumur asam jawa, kerap basahkan badan dia.
“Nampak ada sikit perubahan tapi tetap juga bawa jumpa doktor untuk pastikan keadaan anak dalam keadaan baik dan tidak memudaratkan diri anak,” katanya.
Berikut tip yang dikongsikan Tasha Manshahar dan dilakukannya ketika anak demam.
Tips : Kalau baby demam
1. Pakai baju nipis je, ada yang cakap tak pakai baju langsung lagi okay cuma pakaikan pampers tapi saya macam kesian baby sejuk so i pakaikan baju lubang-lubang tu. Ni supaya haba dari badan dapat dibebaskan. Suhu bilik jangan terlalu sejuk atau terlalu panas. Sedang-sedang je.
2. Kerap mandikan/basahkan mula dari kaki naik ke kepala. Kerap untuk kawal suhu sampai suhu turun. Boleh juga sediakan air dalam spray bottle tu untuk spray kepala anak dengan kerap. Kalau tinggi dan tak turun-turun lebih 2 hari terus bawa klinik/hospital jangan tunggu lama tau!
3. Boleh guna kain basah atau ambil ice pack balut dengan kain, letak dekat pelipat-pelipat macam ketiak anak.
4. Kerap susukan anak, supaya dia stay hydrated
5. Ibu bapa terutama ibu kena tenang. Budak memang akan demam. Tak ada orang dalam dunia ni tak pernah demam. Bila demam ni la nak bina antibodi. Banyakkan berdoa.
Apa-apa pun jangan lupa rujuk doktor untuk kepastian dan perlu segera dapatkan rawatan.
Sumber: Instagram Tasha Manshahar
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Cara kenalkan telur kepada bayi dengan selamat, langkah demi langkah dari minggu ke minggu. Ketahui bila boleh mula, tanda alergi dan tip penting untuk elak risiko pada si manja.