Keibubapaan

Sama-Sama Kahwin, Sama-Sama Pikul Tanggungjawab. Ibu Ayah Idola Anak-Anak

Share

 

Masuk ke alam perkahwinan tidak semudah yang dijangka. Jika dahulu hidup bersendirian, kini berkongsi hidup bersama pasangan pula. Bahagianya rumah tangga apabila suami isteri bekerjasama dalam menguruskan perihal rumah.

Lebih-lebih lagi bila munculnya zuriat penyeri kehidupan, banyak perkara yang perlu diuruskan di rumah. Tetapi dengan adanya kerjasama dan bersefahaman yang baik, semua urusan nampak mudah dan hubungan kekeluargaan juga semakin erat.

Seperti yang dikongsikan oleh Blogger dan insta famous, Yuyu Zulaikha di laman instagram miliknya, walaupun perkahwinannya baru mencecah 6 tahun, namun apa yang Yuyu belajar sepanjang perkahwinan adalah sikap bekerjasama antara suami isteri.

Tahu Tanggungjawab Masing-Masing

Bila dah nak masuk 6tahun berkahwin (baru 6tahun, awal lagi), apa yang yuyu belajar, suami isteri kena saling bekerjasama.

Tak ada istilah suami tolong isteri. Tak. Suami isteri bekerjasama. Bila bekerjasama, suami pun tahu tanggungjawab dia sebagai ayah untuk besarkan anak-anak bukan setakat bagi duit saja tapi sama-sama bertolak ansur hal keluarga. Isteri bekerjasama dengan suami untuk uruskan hal rumah, kerja rasa lebih mudah.

Isteri mandikan anak, suami pakaikan baju anak. Isteri masak, suami sapu sampah. Kalau isteri nak buat semua pun tak ada masalah kalau rasa semua ok, tapi suami pun kena ambik part juga dalam rumah tangga. Suami kerja, isteri cari side income untuk tingkatkan lagi pendapatan keluarga.

InsyaAllah, tak ada lah yang isteri tungganglanggang mandikan anak sambil masak, suamk hisap rokok, melepak memanjang, main game serupa bukan laki orang

Sama-Sama Kahwin, Sama-Sama Ambil Tanggungjawab

Kita sama-sama kahwin. Kita sama-sama ambik tahu tanggungjawab.Sama-sama ringankan beban pasangan. Isteri happy, suami lagi lah happy insyaAllah.

Yuyu & suami praktikkan benda ni, bila tengok ramai yang suami isteri bekerjasama, masing-masing tak mengeluh pasal pasangan. Kan?

Anak Jadikan Ibu Ayah Sebagai Contoh

Bagi anak-anak kecil, semestinya ibu ayah menjadi individu penting untuk mereka jadikan contoh. Aura positif ibu ayah dalam menguruskan keluarga dan tempat tinggal akan beri kesan kepada anak-anak. Antaranya:-

1. Anak dapat rasa kasih sayang antara ibu ayah
-Melihat ibu ayah membantu antara satu sama lain dapat membuktikan mereka saling melengkapi dan menyayangi satu sama lain.

2. Anak turut serta membantu uruskan rumah
– Anak-anak kecil sentiasa ada perasaan ingin tahu dalam diri mereka. Dengan melihat apa yang dilakukan oleh ibu ayah akan mendorong mereka untuk ikut serta. Ini dapat melatih mereka untuk menjadi lebih berdikari kelak.

3. Hubungan baik antara adik beradik
– Melihat hubungan baik antara ibu ayah mendidik anak-anak untuk saling menyayangi dan bertolak ansur antara satu sama lain.

SUMBER: Yuyu Zulaikha

Published by
Azira Faudzi