Kalau dah namanya orang Malaysia, makan nasi kalau tak ada sambal belacan macam tak lengkap. Walaupun ringkas tapi ia jadi penambat selera. Sampai boleh bertambah-tambah makan nasi!
Ada satu resipi sambal belacan yang menarik. Buat pun mudah, tapi lebih nikmat kalau tumbuk guna lesung batu dari menggunakan chopper. Melalui laman Facebooknya, Ameera berkongsi resipi sambal belacan yang sedap ni.
SAMBAL BELACAN BY IBU
Siapa tak pro lagi bab sambal belacan ni meh ikut ibu.
Senang dan sedap!
Selamat mencuba.
Sedap dicicah dengan ikan goreng.
Resipi Lain: [Lebihan Nasi Jangan Buang, Buatkan Apam Nasi Ni, Paling Sedap & Mudah!]
BAHAN-BAHAN:
1 biji cili merah
15 biji cili padi
Belacan
7 biji limau kasturi
Sedikit garam dan gula
Resipi Lain: [Sedapnya Kentang Goreng Dengan Daging Cincang Ala-Ala K Fry, Buat Sendiri Puas Makan!]
CARA MEMBUAT:
1. Tumbuk semua bahan kecuali limau nipis. Campurkan garam dan gula sebelum menumbuk.
2. Ambil limau kasturi dan tapiskan bijinya. Ambil air perahan sahaja. Siap!