Sambal belacan dianggap sebagai pembuka selera bila makan dengan nasi. Hanya satu lauk je, ada nasi panas-panas dan ulam sikit memang boleh bertambah makannya. Cuma cara membuat sambal belacan ni ada pelbagai versi.
Tapi ingat, sambal belacan ni jika silap cara membuatnya boleh buat sakit perut ye. Bukan itu saja, boleh jadi cepat berbuih walaupun dah simpan dalam peti sejuk. Jika buat dalam kuantiti sikit dan hanya sekali makan saja tak ada masalah tetapi jika nak buat stok caranya mesti betul.
Bagi penggemar sambal belacan, tip yang dikongsikan oleh Nurulain Insyirah ini boleh dipraktikkan.
Jom buat stok sambal belacan simpan dalam peti…boleh makan dengan nasi panas-panas. Ikan goreng+timun batang.
PETUA SAMBAL BELACAN
Tips 1
Bakar belacan sekejap supaya sambal kita lebih beraroma
Tips2
Guna asam jawa yang dibancuh dengan air suam. Petua supaya sambal belacan tahan lama
Tips 3
Limau kasturi yang dikisar bersama kulit (buang biji) sambal lebih wangi dan sedap
Tips 4
Tinggalkan beberapa biji cili api yang masih bertangkai. Petua supaya tidak sakit perut makan sambal
Nak dapatkan mesin pengisar pada harga yang menarik, klik sini
Cara buat ikut urutan
(kisar kasar bahan-bahan ni)
1. 6 biji limau kasturi (buang biji)
2. 50g belacan yang telah dibakar
3. 3 biji cili merah+1biji cili hijau
5. 25 biji cili padi merah
6. 100ml air asam jawa pekat
7. Masukkan sedikit gula dan garam
Nak buat banyak untuk buat stok pandai-pandai lah tambah bahan-bahan tu ya.
Kredit: Nurulain Insyirah
Pa&Ma dengan kerjasama 9 bulan 10 hari nak bagi webinar PERCUMA tanda terima kasih atas sokongan follower semua selama ini.
Webinar ‘Aku Tak Takut Beranak’ menampilkan barisan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.
Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone.
So apa yang anda kena buat untuk dapat HADIAH CABUTAN BERTUAH tu? Just daftar je kat sini https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-aku-tak-takut-beranak/
FREE je tau Webinar ni!!
———————————————————–
Ada gambar anak minum susu yang cute-cute? Jom share dengan Pa&Ma dan anda mungkin berpeluang memenangi hamper barangan bernilai RM100. Muat naik gambar anak anda di SINI