Tak cukup sambal biasa, sambal bilis sentiasa menjadi pilihan untuk bercuti, lebih-lebih lagi bercuti ke luar negara. Namun macam mana nak hasilkan sambal bilis yang sedap dan kekal rangup?
Perkongsian resipi Sambal Bilis yang dikongsikan oleh Maya Homemade Dessert’s Post ini memang lain macam. Rupanya ada cara nak kekalkan kerangupannya. Jom!
Masak sambal bilis garing bekal untuk suami naik off shore. Mudah dan sedap. Resepi mudah cara saya.
Bahan-bahan:
500 gram ikan bilis halus (goreng sampai garing)
50 gram cili kering (saya guna chili kering thai tu, tersangat la pedas jadi 50 gram dah cukup bagi saya, nak pedas tambah la lagi ya)
2 ketul kiub ikan bilis,
2 sudu kecil gula
2 sudu kecil garam
Saya buat proses mengoreng dua kali untuk bagi ikan bilis rangup. Goreng yang pertama toskan & biarkan sampai sejuk. Baru goreng kedua sampai garing.
Ads
Cili kering ni saya potong kecik-kecik, basuhkan dan goreng sampai garing. Krup krap gitu.
Bila dah sejuk kisar sekejap, jangan halus sangat. Ketepikan.
Ads
Panaskan 2 sudu makan minyak masak. Tumis kiub ikan bilis, masukkan gula dan garam. (saya mengunakan sudu teh sukatan untuk buat kek tu).
Bila dah mencair masukkan ikan bilis goreng tadi dan cili kering tadi. Kacau-kacau sampai sebati.
Anak ada bakat? Sertai Bakat Cilik Pa&Ma sekarang!
Kalau anak-anak ada bakat hebat, janganlah simpan sendiri. Jom, support mereka dengan menyertai Bakat Cilik Pa&Ma. Rakam aksi anak-anak dengan bakat mereka dan hantarkan kepada Pa&Ma.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bagi yang suka makan sizzling mee, anda boleh cuba buat sendiri di rumah. Tak perlu nak guna hot plate seperti di kedai. Masak dalam kuali pun jadi. Asalkan cukup bahan-bahan asas.
Menariknya resipi ni, semua bahan yang digunakan mudah je dan taklah susah nak cari. Mesti anak-anak pun suka makan. Tekstur meenya tak kembang seperti mee kuning dan sesekali bolehlah tukar-tukar selera.
RESEPI MEE SIZZLING
Bahan-bahan:
* 4-6 ulas bawang putih – hiris halus
* 1/2 inci halia – hiris halus
* 3 sudu kicap cair/ biasa
* 4 sudu sos tiram
* 3 sudu kicap pekat
* 1 sudu kecil serbuk lada hitam
* 1 kiub ayam
* 2 sudu tepung jagung (campur air sikit)
* 5-7 biji Cili kering – kerat dua
* 3-4 cawan air
* 5-6 biji cendawan Shitake
* Sawi
* Telur
* Isi/ tulang Ayam – potong kecil
Cara-cara:
1. Tumis halia, bawang putih dan cili kering
2. Masukkan isi/ tulang ayam dan sedikit air – 3 ke 4 cawan.
3. Masukkan kicap pekat, kicap cair dan sos tiram
4. Kemudian masukkan kiub ayam dan cendawan shitake
5. Masukkan bancuhan tepung jagung, sawi dan akhir sekali masukkan yee mee
6. Last but not least, pecahkan telur dan siap untuk dihidangkan
Selamat mencuba!
Kredit: Norhakimah Hanafi
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bagi yang pernah mencuba menyediakan Buko Pandan, pasti terbayang-bayang akan kesedapan rasanya. Apa kata kali ini kita cuba Buko Mangga pula untuk puasa ini. Anak-anak pasti berebut.
Resipi perkongsian Pn Fara Ahmad ini cukup mudah dan sedap. Jom cuba!
Sago Mangga @ Buko Mangga lagi kita harini, saya share bahan bahan ya. Ada yang request cara buat, saya share dekat bawah ya.
Setengah biji mangga masak, 3 cawan susu full cream, 3 cawan air masak, 3 sudu makan gula kasar, 150gram cream cheese (mengikut selera masing masing), perahan lemon, 1/2 cawan susu cair, 1/2 susu pekat. Blend kesemua bahan tadi.
Masak sagu dan tapiskan kanji sebelum sejukkan. Rendam biji selasih sampai kembang.
8gram serbuk agar agar, blend buah mangga dan tapis serat untuk dapatkan original juice. 5 sudu makan gula kasar. 4 cawan air. 1 sudu besar sunquick mangga. 1 sudu besar sunquick oren. Didihkan atas dapur sehingga pekat.
Potong dadu buah mangga. Masukkan ke semua bahan tadi ke dalam bekas. Potongan dan presentation mengikut kreativiti tersendiri.
p/s: mangga lily gold & mangga susu gold paling manis. Pastikan buah mangga betul betul masak untuk dapatkan mangga yang manis.
Masuk peti ais biar sejuk, memang layan. Lagi lagi bila agar agar mangga lalu dekat tekak.
Selamat mencuba!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tak ada idea untuk sediakan menu minum petang atau sarapan pagi anak-anak, mama boleh cuba sediakan hidangan ini. Resepi yang berasaskan roti dan dimasukkan inti ke dalamnya beri sedikit kelainan.
Ala-ala roti pita tetapi ia menggunakan roti putih yang disalut dengan serbuk roti sebelum digoreng. Berikut dikongsikan resipi roti poket idea Salwan Md Yusop.
ROTI POKET
Ambil 2 keping roti
Lenyekkn roti jadi nipis.. tujuannya supaya ia melekat
Tekap dengan acuan bulat. Sy guna penutup balang plastik je.
Lepas dah celup dengan telur, salut dengan serbuk roti, kita goreng.. ini le hasilnya, kemain kembung!
Guntingkan jadi camni.
Masukkan inti ke dalam roti.
Resipi inti Roti Poket:
Isi ayam(kalau tak makan ayam boleh ganti dengan daging lembu kisar)
Carrot/timun (potong dadu)
Bawang merah (cincang halus)
Bawang putih (cincang halus)
Mayonis
Lada hitam
Daun basil(tak ada pun ok je)
CARANYA:
Tumis bawang putih dan bawang merah hingga kekuningan.
Lepas tu masuk isi ayam yang dipotong kecik-kecik.Masak seketika..
Masuk carrot/timun. Goreng dan kacau sampai betul-betul masak.
Masuk garam, lada hitam dan daun basil.(semuanya kita agak-agak ikut rasa sendiri ye)
Dah siap.
Atas darat, kita letak mayonis dan lada sulah ikut suka kita.. gaul sebati.
Anak bongsu menyusul pergi sebulan selepas isteri dan anak sulung terkorban kemalangan jalan raya. Seorang bapa sekali lagi diuji apabila anak bongsunya menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu, hanya sebulan selepas kehilangan isteri dan anak sulung dalam kemalangan.