Masuk fasa ketiga PKP yang bermula semalam, ada di antara kita yang sudah mula tidak lalu untuk menjamah pelbagai jenis menu lauk pauk. Mungkin kerana saban hari memasak yang membuatkan mama mulai bosan dengan ‘air tangan’ sendiri. Tidak perlukan lauk pauk yang hebat, sambal belacan ringkas tapi pedas menyengat ini sudah cukup buat kita makan bertambah.

Sambal pedas dengan gabungan beberapa bahan ini nampak cukup menyelerakan. Resipi yang dikongsikan oleh Puan Zara Zahara ini memang meletop rasanya. Confirm tak cukup nasi sepinggan!

Sambal Pedas Menyengat Buat Penambah Selera, Paling Sempoi Dan Sedap!

First time makan dalam talam dengan suami. Bukan bertalam dua muka no. Best rupanya makan satu talam pastu berebut-rebut ni, alas daun pisang lagi.

Ni antara nasi fevourite hakak, nasi ayam geprek derhaka versi hakak. Ada hantu sambal yang nak resepi sambal ni tak? Hakak suka buat banyak terus sebab nak jadikan stok. Sambal ni kalau simpan dalam peti memang tahan sampai berbulan-bulan tau.

Sambal Pedas Menyengat Buat Penambah Selera, Paling Sempoi Dan Sedap!

Bahan-bahan:
Cili api merah dan hijau (kuantiti ikut tahap kepedasan masing2)
Bawang merah
Bawang putih
Tomato
Belacan
Gula
Garam
Ajinamoto (optional)

Sambal Pedas Menyengat Buat Penambah Selera, Paling Sempoi Dan Sedap!

Ads

 

Jangan lupa patah-patahkan dulu cili api tu. Takut nanti meletup masa menggoreng. Taknak patahkan pun takpe. Atas keselesaan masing-masing.

Sambal Pedas Menyengat Buat Penambah Selera, Paling Sempoi Dan Sedap!

Seeloknya goreng menggunakan minyak lebihan menggoreng ayam. Nak guna minyak baru pun boleh. Goreng hingga layu.

Sambal Pedas Menyengat Buat Penambah Selera, Paling Sempoi Dan Sedap!

Ads

Angkat dan kisar bahan tadi tanpa letak air hingga separa hancur. Jangan terlalu hancur ye. Nanti tak berapa best. Sepatutnya sambal ni lagi sedap tumbuk pakai lesung je, tapi memandangkan banyak sangat kuantiti bahan. Jadi hakak blend jelah. Tak daya weh hakak nak menumbuk.

Sambal Pedas Menyengat Buat Penambah Selera, Paling Sempoi Dan Sedap! Sambal Pedas Menyengat Buat Penambah Selera, Paling Sempoi Dan Sedap!

 

Tumis pakai minyak tadi. Masukkan gula. Hakak suka sambal ni manis sikit. Jadi hakak lebihkan gula. Masukkan garam kasar.

Ads

Sambal Pedas Menyengat Buat Penambah Selera, Paling Sempoi Dan Sedap!Masukkan ajinamoto, terpulang ye kalau suka. Kalau tak suka tak perlu letak. Tumis sampai sambal tu kering.

Sambal Pedas Menyengat Buat Penambah Selera, Paling Sempoi Dan Sedap!

Yeayyy!!!! Dah siap sambal hakak. Lebihan minyak tu jangan buang ye. Untuk di jadikan stok, simpan sekali dengan minyak. Sambal ni boleh tahan hingga berbulan2 tau.

Sambal Pedas Menyengat Buat Penambah Selera, Paling Sempoi Dan Sedap!

Ayam tu saya rebus kosong je dulu. Rebus sampai masak sepenuhnya ye. Dah masak, angkat dan toskan sekejap bagi kering airnya. Lepas tu saya cuma lumurkan garam dan kunyit je. Perap sekejap dan boleh di goreng. Air rebusan tu saya jadikan sup.

Sambal Pedas Menyengat Buat Penambah Selera, Paling Sempoi Dan Sedap!

Siap!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI