Menu telur antara yang menjadi pilihan seisi keluarga dan paling mudah nak sediakan dalam apa keadaan sekalipun. Sama ada untuk hidangan sarapan pagi, makan tengah hari atau makan malam.

Walaupun hanya digoreng dan diletakkan kicap sahaja, dah cukup membuka selera seisi keluarga. Sedar tak sedar, sepinggan nasi tak cukup. Selain menu telur kicap, ada beberapa lagi menu istimewa berasaskan telur.

RESIPI MENARIK [Nasi Ayam Thai Ekspress, Penyediaannya Tak Sampai 30 Minit. Campur Semua, Siap!]

Kebetulan sekarang di bulan Ramadan, pastinya kita sebagai ibu nak cuba sediakan menu yang sedap untuk membuka selera anak-anak. Apa kata cuba masak sambal telur pecah 3 rasa.

Resipi ini dianggap menu penyelamat jika dah kesuntukan masa lagi-lagi bagi ibu yang bekerja dan samai rumah pun dah agak lambat. Bukan itu saja, jika terlewat sikit bangun sahur pun masih sempat sediakan menu ini. Makan pula dengan nasi panas-panas memang tak pandang kiri kanan.

Sambal Telur Pecah 3 Rasa, Menu Jimat Masa. Makan Nasi Panas-Panas, Terangkat! 

Berikut dikongsikan resepi sambal telur pecah 3 rasa hasil air tangan Liza Idris. Boleh terus simpan siap-siap menu ni untuk masak!

RESEPI SAMBAL TELUR PECAH 3 RASA

Nah, menu sahur simple “Telur Pecah Sambal 3 Rasa”. Boleh masak untuk sahur esok.

Sambal Telur Pecah 3 Rasa, Menu Jimat Masa. Makan Nasi Panas-Panas, Terangkat! 

BAHAN-BAHAN:

1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
3 biji telur ayam
3 sudu cili kering
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1 cawan air
Sedikit daun bawang jika ada

CARA-CARA

Cara masak ada pada setiap gambar. Jom kita mulakan.

IKLAN

1. Tumis

Sambal Telur Pecah 3 Rasa, Menu Jimat Masa. Makan Nasi Panas-Panas, Terangkat! 

Mula-mula panaskan minyak, tumis bawang merah dan putih yang dihiris halus.

2. Masukkan cili

Sambal Telur Pecah 3 Rasa, Menu Jimat Masa. Makan Nasi Panas-Panas, Terangkat! 

Bila dah kekuningan dan naik bau, masuk 3 sudu cili kering. Tumis lagi sampai pecah minyak.

3. Masukkan sos

Sambal Telur Pecah 3 Rasa, Menu Jimat Masa. Makan Nasi Panas-Panas, Terangkat! 

IKLAN

Masuk pula 3 beradik sos tiram, tomato dan cili. Kacau sama rata. Hidup mesti adil.

Pastikan sambal masak elok dan pecah minyak. Barulah masakan jadi sedap.

Sambal Telur Pecah 3 Rasa, Menu Jimat Masa. Makan Nasi Panas-Panas, Terangkat! 4. Bubuh sedikit air

Sambal Telur Pecah 3 Rasa, Menu Jimat Masa. Makan Nasi Panas-Panas, Terangkat! 

Masuk pula air dan kacau lagi. Tunggu sampai kuah sedikit pekat.

5. Perasakan

Sambal Telur Pecah 3 Rasa, Menu Jimat Masa. Makan Nasi Panas-Panas, Terangkat! 

Rasalah sikit, kalau ada yang kurang boleh tambah gula dan garam.

IKLAN

6. Pecah Telur

Sambal Telur Pecah 3 Rasa, Menu Jimat Masa. Makan Nasi Panas-Panas, Terangkat! 

Rasa kuah dah sempoi, pecah je telur macam saya buat tu.

7. Taburkan Daun Sup

Sambal Telur Pecah 3 Rasa, Menu Jimat Masa. Makan Nasi Panas-Panas, Terangkat! 

Tabur daun sup kalau ada dalam peti ais. Tak letak pun sedap je. Saja la serabutkan dalam kuali tu.

Sambal Telur Pecah 3 Rasa, Menu Jimat Masa. Makan Nasi Panas-Panas, Terangkat! Kita biarkan dulu sekejap sebab tak nak telur tu pecah. Ada yang suka pecah bolehlah kacau.

8. Terbalikkan

Sambal Telur Pecah 3 Rasa, Menu Jimat Masa. Makan Nasi Panas-Panas, Terangkat! 

Terbalikkan telur tu kalau nak bagi masak sama rata. Agak-agak dah masak, bolehlah tutup api. SIAP!

Haa mudah sangat kan! Sedap tu dah tentu. Bahan-bahannya semua yang memang ada di dapur. Wajib cuba, gerenti puas hati!

Kredit resepi: Liza Idris

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI