Sambal Terung Bilis, Menu Ni Kalau Buat Memang Tak Cukup Nasi Sepinggan Dibuatnya!
Menjamah terung sambal bilis memang kena dengan tekak Melayu, meskipun menu ini nampak simple sedar-sedar sudah 2 kali menambah nasi dibuatnya.
Jika anda tidak percaya, apa kata anda sediakan menu ini untuk dinikmati bersama keluarga tercinta. Nak lagi mudah, jadikan sahaja resipi yang dikongsikan Nasriah Ramli ini sebagai rujukan.
SAMBAL TERUNG + BILIS
BAHAN-BAHAN:
6 biji terung-dibelah dua dan dipotong
Ikan bilis
1 labu bawang putih
5 biji bawang merah
5 biji cili hidup
9-10 biji cili padi
2 biji tomato
Cara memasak:
1.Blend atau tumbuk, cili merah, cili padi, bawang merah dan bawang putih. Ketepikan.
- Kemudian terung yang telah dibelah, lumur garam dan kunyit. Kemudian goreng hingga layu dan ketepikan.
3.Goreng ikan bilis hingga garing. Angkat dan ketepikan.
- Panaskan sedikit minyak dan kemudian masukkan bahan tumbuk atau yang telah diblend tadi. Tumis hingga pecah minyak.
5.Masukkan garam secukup rasa dan sikit gula.
6.Masukkan hirisan dadu bawang besar dan tomato.
- Kemudian masukkan terung yang sudah digoreng tadi. Akhir sekali masukkan ikan bilis goreng. Gaul rata dan kemudian tutup api dan sedia untuk dihidang.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI