Sambal Terung Bilis, Menu Ni Kalau Buat Memang Tak Cukup Nasi Sepinggan Dibuatnya!
Menjamah terung sambal bilis memang kena dengan tekak Melayu, meskipun menu ini nampak simple sedar-sedar sudah 2 kali menambah nasi dibuatnya.
Jika anda tidak percaya, apa kata anda sediakan menu ini untuk dinikmati bersama keluarga tercinta. Nak lagi mudah, jadikan sahaja resipi yang dikongsikan Nasriah Ramli ini sebagai rujukan.
SAMBAL TERUNG + BILIS
BAHAN-BAHAN:
6 biji terung-dibelah dua dan dipotong
Ikan bilis
1 labu bawang putih
5 biji bawang merah
5 biji cili hidup
9-10 biji cili padi
2 biji tomato
Cara memasak:
1.Blend atau tumbuk, cili merah, cili padi, bawang merah dan bawang putih. Ketepikan.
3.Goreng ikan bilis hingga garing. Angkat dan ketepikan.
5.Masukkan garam secukup rasa dan sikit gula.
6.Masukkan hirisan dadu bawang besar dan tomato.