Sambal Totok Jawa Viral! Sedap, Tak Cukup Sepinggan Makan Dengan Nasi Panas

Share

Siapa peminat sambal, wajib cuba versi sambal totok macam ni pula. Sambalnya ringkas saja tapi cukup padu. Malah tak perlu lauk sampingan yang meriah pun, cukup sekadar makan bersama nasi panas-panas, ikan goreng atau telur goreng. Boleh bertambah makannya!

Nak lagi mudah, buat stok dan simpan dalam peti sejuk. Nak makan bila-bila masa pun boleh. Tapi kalau sambal macam ni, rasanya sekejap je habis.

Untuk yang nak mencuba sambal totok jawa ni, resepi yang dikongsikan oleh Puan Roha Adrinna boleh mama cuba.

Sambal totok jawa versi Puan Roha Adrinna ni tak letak bawang.

Sambal Totok Jawa

Bahan-bahan:

Cili api
Ikan bilis
Sedikit belacan
Sedikit gula
Perasa (pilihan)
Limau kasturi

Cara membuatnya:

1) Goreng semua cili api, ikan bilis.

2) Apabila dah digoreng, boleh tumbuk semuanya sekaligus termasuk dengan belacan, gula dan serbuk perasa.

3) Tumbuk hingga lumat dan mesra semua bahan tersebut.

4) Bila semua bahan dah lumut, boleh picit limau kasturi untuk tambah lagi rasanya.

5) Dah siap dan boleh dihidangkan bersama nasi putih.

Nak lagi sedap kalau ada ulam-ulaman lagi umph. Sesekali makan macam ni, hilang terus diet.

Kredit Resepi: Puan Roha Adrinna

Jom, meriahkan Pa&Ma Gala 2022 Reunion X TYT dan anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik! Sharing istimewa dari Dayah Bakar & Tasha Manshahar tentang cara penjagaan anak serta demo urutan istimewa dari Aunty June (TYT).

Daftar segera di SINI (https://toko.ideaktiv.com/product/pama-gala-2022-reunion-x-tyt/)

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)

Published by
Wan Amy