Memang seronok dapat meluangkan masa dengan anak-anak dan keluarga sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan ini. Malah sepanjang musim PKP ni ramai ibu bapa yang berkongsi gelagat dan aktiviti harian anak, resepi masakan dan tak kurang juga aktiviti bersama keluarga yang boleh beri idea pada ibu bapa lain. Mana tidaknya, sebelum ni rata-rata ibu bapa sibuk bekerja.
Namun, dalam kelapangan PKP dan waktu bersama anak-anak, di benak ibu bapa yang sangat kasihkan anak-anak itu pasti ada satu kebimbangan.
Bimbang jika masih cukupkah duit untuk bekalan makanan esok?
Bimbang jika cukupkah bekalan susu dan diapers anak-anak?
Bimbang jika masih adakah baki wang simpanan untuk hari esok, pendidikan atau di masa kecemasan?
Tempoh PKP adalah cabaran yang sangat besar kepada sesetengah ibu bapa bila mana pendapatan harian kini terhenti. Masing-masing mula berfikir di mana nak ada duit beli makanan. Di mana lagi punca kewangan? Sampai bila nak harap ihsan dan bantuan?
Rata-rata antara kita faham tujuan PKP ini untuk kesejahteraan dan kebaikan rakyat. Namun apabila punca pendapatan yang sebelum ini ada setiap minggu atau setiap bulan secara konsisten tetapi sejak kebelakangan ini tiada semestinya ia sedikit sukar.
Jana Pendapatan Sampingan
Melihat kepada situasi ini, Dr Azuraida Shahadan dan Dr Taufiq Razif dengan kerjasama Sifu Asyraf, Sifu De Amirul dan Teacher Lin mengambil initiatif untuk melancarkan Ebook Book of Manners yang dapat membantu ibu bapa menjana pendapatan melalui platform affiliate DuoHeroes Dr Azu Dr Taufiq.
Terdapat dua objektif utama projek Jana Income PKP melalui EBook Book of Manners. Objektif utama adalah untuk membantu individu yang terjejas dengan PKP terutama peniaga-peniaga kecil, suri rumah yang berniaga, pekerja harian, pekerja kontrak dan juga pelajar universiti yang sebelum ini mampu menjana pendapatan harian.
Platform affiliate ini membuka pendaftaran secara percuma dan menyediakan khidmat latihan percuma dan mudah di fahami. Ia akan menjadi tempat berkongsi rezeki dan menjana pendapatan sepanjang tempoh PKP ini. Ibu bapa mampu menjana komisyen sehingga 50%.
Ibu bapa yang berminat menjadi affiliate akan dilengkapkan semuanya bermula dengan copywriting hingga ke training. Mereka hanya perlu copy paste dan share maklumat di Facebook atau whatsapp group mereka dan tunggu duit masuk. Projek ini juga adalah medium terbaik untuk semua individu yang terkesan dengan PKP, dan diharap platform ini mampu membantu ramai ibu bapa.
Book of Manners sepatutnya di lancarkan bersempena dengan Hari Anugerah Buku Negara 2020 pada Julai ini bersama KRU Media, namun ia di awalkan bagi membantu mengurangkan beban kewangan sepanjang PKP dan membantu sesiapa individu yang memerlukan.
Objektif kedua pelancaran Book of Manners semasa PKP adalah untuk membantu ibu bapa yang berkemampuan membeli, menjalankan aktiviti bersama anak-anak sepanjang masa PKP dan dalam masa yang sama, membantu membentuk sikap dan peribadi anak-anak.
Book of Manners merupakan sebuah buku cerita dan buku aktiviti yang bercakap mengenai sikap dan kelakuan murni yang harus dimiliki oleh anak-anak. Terdapat 3 set buku yang akan diketengahkan, 1) Mouth is not for complaining, 2) Hair is not for pulling 3) Eyes are not for crying. Ketiga-tiga buku ini akan mengajar anak-anak untuk memahami kelakuan dan sikapdan tingkah-laku mulia.
PKP adalah masa yang baik untuk memberi didikan kepada anak-anak mengenai sikap dan kelakuan, kerana rata-rata sekarang, anak-anak seperti hilang arah tujuan, tidak punya aktiviti harian dan sesetengah anak-anak pula sudah mula mengadu, complaint dan bercakap yang bukan-bukan mengenai Perintah Kawalan Pergerakkan ini.
Semua individu yang berminat untuk menjana pendapatan melalui platform ini boleh mendaftar di https://drazu.theduoheroes.com/ Nantikan juga kemunculan buku Book of Manners tidak lama lagi.
Dr Azuraida Shahadan merupakan Pakar Kepimpinan Diri, Keluarga & Organisasi (Facebook: Azushahadan)
Dr Taufiq Razif merupakan social media influencer dan pengasas Telegram Parenting terbesar di Malaysia
(Facebook: Taufiqrazif)