Semakin membesar anak akan menunjukkan personaliti masing-masing. Anak perempuan selalunya akan dipengaruhi kuat oleh ibu atau orang yang paling rapat. Seperti Aishah, sudah mula minat barang kemas yang diperbuat daripada emas. Like mother, like daughter.
Aaisyah Dhia Rana, anak bongsu selebriti Rozita Che Wan & Zain Saidin yang akan menginjak ke usia 5 tahun 1 November dikatakan tidak hairan untuk membeli mainan apabila di bawa ke kedai permainan. Tapi bila dibawa ke kedai barang kemas, barang kemas yang dimintanya.
“Bawak dia p toys r us , tk heqan pun nk bli apa.. dia ikut kami p @habibjewelsofficial , dia qeyau nak qantai .. mati la nak?♀️?♀️ tak boleh keqap2 bawak dia p @habibjewelsofficial #guguqbuluyangdokada .
“Btw Kesukaan budak2 bkn kita yg mengajaq.. dia suka , dia minat, dia mau apa yg dia nmpak depan mata .. kalau dh celik mata nmpak mak dia pakai gelang sampai ke siku , subang sampai ke bau , mmg tu yg dia mau !
Ads
“So pls tk payah nk dok komen mcm2.. org lain cara pun lain.. jgn ingat org lain pun mcm kita.. cara masing2 berbeza ? .
Para follower aktres ini memberikan komen yang menyokong minat Aisyah. Rata-rata mengatakan emas adalah baik untuk pelaburan masa depan. Ramai juga yang mengakui minat kepada barang kemas oleh kanak-kanak dipengaruhi oleh ibu dan orang di sekeliling.
Cucu Tun Mahathir dalam video klip Saya Sayang Atuk. Si petah ini rupanya baru 6 tahun! Si cilik ini bernama Tengku Zara Eryna atau lebih mesra disapa dengan nama Zara.
Zara membawa watak sebagai Aisyah di dalam video yang tersebut. Dilahirkan pada 4 Mac 2012, Zara banyak terlibat dengan penerbitan drama-drama Papa Ricky dan pelakon tambahan untuk Tribute P. Ramlee berjudul ‘Kalau Jodoh Tidak Ke Mana’.
Zara pernah muncul dalam ruangan personaliti Genius PA&MA bagi edisi Mei 2017 ketikanya berusia 5 tahun. Berikut ialah petikannya;
ZARA PELAKON CILIK PETAH BERKATA-KATA
BIODATA
Nama: Tengku Zara Eryna Tengku Ahmad Saifuddin
Tarikh lahir: 4 Mac 2012
Hobi: Menyanyi, menari, suka berlakon
Kecil-kecil cili padi. Berani dan petah bercakap membuatkan adik cilik ini kelihatan hebat pada usia hanya lima tahun! Apabila disuruh berdialog, tanpa kekok mengucapkan dengan intonasi suara yang mencuit hati. Itulah Adik Tengku Zara Eryna yang kini semakin dikenali ramai melalui lakonannya dalam drama Papa Ricky.
Biarpun baru sahaja berusia lima tahun, Zara tampil dengan perwatakan yang matang. Apabila diajak berbual, seakan akan sudah kenal lama. Petah berkata-kata anak kecil ini. Namun kelincahan dan kenakalan sebagai seorang kanak-kanak tetap ada. Namun semua itu mampu dikawal dengan mudah oleh ibu Zara yang sentiasa menemaninya setiap masa.
Menurut ibunya, penglibatan Zara dalam lakonan bermula setelah mengikuti sesi uji bakat dengan syarikat penerbitan, Global Station Sdn Bhd, Datin Zaiton Mohd Jiwa yang sedang mencari watak kanak-kanak untuk drama Papa Ricky. Dalam drama berkenaan, Zara memegang watak sebagai Cici iaitu anak bongsu kepada Puan Aini (pelakon Adila Ahmad) dan Encik Latif (pelakon Mahmood Ali Bashah).
“Saya bersyukur dan tidak menyangka Zara terpilih untuk terlibat dalam drama bersiri 80 episod. Bagaimanapun sebelum ini Zara pernah terlibat sebagai pelakon tambahan untuk Tribute P. Ramlee iaitu ‘Kalau Jodoh Tidak Ke Mana’. Sejak itu, saya lihat bakat Zara terserlah,” cerita ibu Zara yang begitu ramah.
HAFAL SKRIP
Zara mula penggambaran drama Papa Ricky sejak umur empat tahun pada tahun lepas dan habis pada bulan April. Setakat ini , menurut ibu Zara pembabitannya dalam lakonan tidak mengganggu waktu belajarnya. Ini kerana ibu Zara sentiasa mengambil inisiatif untuk pastikan Zara tidak ketinggalan semasa belajar. Sebagai contoh ‘tugasan’ sebagai Cici membuatkan Zara tidak dapat menghadiri kelas di tadika. Jadi Ibu Zara telah mengupah guru sambilan untuk mengajarnya di rumah untuk sementara waktu.
“Oleh kerana Zara masih belum boleh membaca dengan lancar, skrip-skrip lakonannya saya bacakan untuk Zara. Biasanya Zara akan cepat faham dan belajar. Memang tidak ada masalah skrip bagi Zara kerana boleh menghafal sepenuhnya. Daya ingatan Zara agak kuat. Zara boleh menghafal dengan mudah. Sambil makan atau bermain pun Zara boleh hafal skrip,” tambahnya lagi.
KARAKTER PERIBADI
Memiliki wajah yang comel, bertubuh kecil dan berambut ikal serta pandai bergaya membuatkan anak cilik ini begitu istimewa. Melihat kepada lakonannya bersahaja dalam drama berkenaan, begitulah Zara apabila berada di luar set penggambaran.
“Zara memang mudah mesra dengan orang. Dia ramah dan memang suka membuatkan orang suka kepadanya. Ke mana sahaja Zara pergi, pasti ada yang suka kepada perwatakannya. Jadi senanglah saya hendak ke mana-mana. Setakat ini Zara tidak pernah buat hal sejak bayi lagi,” kongsi ibu Zara tentang sikap anaknya.
IMPAK BERLAKON
Zara yang telah didedahkan seawal usia dua tahun dengan pelbagai sesi uji bakat, menunjukkan perubahan dalam diri daripada masa ke semasa. Antaranya Zara menjadi lebih berani dan kelihatan lebih yakin.
“Pernah Zara dijemput menghadiri majlis hari raya pada tahun lepas dan diminta untuk berduet dengan Dato Siti Nurhaliza. Saya sendiri terkejut kerana tidak menyangka Zara berani untuk naik ke pentas. Saya lihat Zara seperti sudah biasa sedangkan itulah adalah pengalaman pertamanya,” akhiri ibu Zara sambil melirik ke arah anak manja nya itu.
Inilah nilai sebuah persahabatan bila mana sanggup membantu insan istimewa lain di saat amat memerlukan bantuan.
Tindakan dua sahabat kepada anak istimewa ini seharusnya diberikan pujian bila mana membantu rakan istimewa lain dengan ikhlas ketika anak kecil itu ingin ke tandas.
Perkongsian Sylvester yang memuat naik dua keping gambar anak-anak kecil ini menjentik hati kita. Betapa mulianya kasih sayang dan erti persahabatan anak-anak kita.
Erti sebuah persahabatan. Selepas waktu rehat, semasa menuju ke kelas saya terserempak dengan 3 sahabat ini ( Murid tahun 1).
2 orang rakannya tengah membantu untuk membuka tali pinggang kerana ingin membuang air.
Murid “J” ini sememang nya istimewa. Dia adalah bekas murid saya di prasekolah. Dia masih tak pandai mengurus diri sendiri.
Bahkan semasa di Tahun 1, dia masih lagi menggunakan pampers. Tapi mungkin hari ini dia tak guna pampers. Percakapan dia pun tak berapa jelas (Agak slow).
Tapi yang membuatkan saya bangga dia mempunyai ramai kawan di dalam kelas yang cukup prihatin dengan dia.
Bahkan kadang-kadang kawan-kawan dia sanggup tolong dia beratur untuk ambilkan makanan RMT di kantin sekolah.
Dia juga seorang yang sangat peramah walaupun dia agak lain daripada murid yang lain.
Pendek kata, rakan yang sekelas dengan dia semua memberikan perhatian kepada dia walaupun mereka masih di usia 7 tahun.
Kawan dia itulah yang tolong bukakan tali pinggang dan juga kemaskan semula baju dia bila dah siap.
Selepas itu mereka pimpin tangan balik ke kelas semula sambil ketawa riang.
Susah berak sampai berdarah, usus bengkak, ibu ini sebak anak baru setahun lebih alami kanser saraf tahap 3.
Ibu mana yang dapat menahan rasa melihat anak sendiri menanggung kesakitan. Perkongsian Puan Maryiam Edran tentang anaknya, Mawar Hanania ini pasti membuatkan air mata menitis laju. Membayangkan tubuh anak kecil sedang berjuang melawan barah.
Pucat & susah nak buang air besar. Seminggu sekali sahaja kadang-kadang tu berdarah. Rupanya Mawar alami masalah usus.
Mawar dirujuk ke hospital kerajaan. Bila X-ray, doktor kata “usus anak awak ni bengkak.”
Nampak sendiri buah pinggang Mawar ada mass. Ketumbuhan besar 12cm. Ketumbuhan 12cm pada budak 1 tahun lebih adalah besar sangat-sangat.
Mawar perlu jalani bone marrow & hasil diagnosis disahkan Right Neuroblastoma (kanser saraf) tahap 3. Akan jalani 7 kitaran kimoterapi, pembedahan & radioterapi.
Mama sedih tengok Mawar muntah, demam & tak selera. Pernah tak boleh berjalan sebab terlampau lemah.
Nak tampung perbelanjaan lain, kami anak beranak cukup-cukup makan je.
Bakal jalani kimoterapi ke-4.Mama harap Mawar kuat, lepas habis kimoterapi akan bedah buang ketumbuhan pada buah pinggang.
Mawar juga ada 5 ketumbuhan lain selain di buah pinggang.
Tindakan yang boleh kita buat apabila dipukul, dikasari dan dicederakan. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.