“Sambil Melawa, Aset Masa Depan.” Che Ta Dedah Aisyah Suka Emas, Tak Pandang Mainan

Share

Semakin membesar anak akan menunjukkan personaliti masing-masing. Anak perempuan selalunya akan dipengaruhi kuat oleh ibu atau orang yang paling rapat. Seperti Aishah, sudah mula minat barang kemas yang diperbuat daripada emas. Like mother, like daughter.

Aaisyah Dhia Rana, anak bongsu selebriti Rozita Che Wan & Zain Saidin yang akan menginjak ke usia 5 tahun 1 November dikatakan tidak hairan untuk membeli mainan apabila di bawa ke kedai permainan. Tapi bila dibawa ke kedai barang kemas, barang kemas yang dimintanya.

“Bawak dia p toys r us , tk heqan pun nk bli apa.. dia ikut kami p @habibjewelsofficial , dia qeyau nak qantai .. mati la nak?‍♀️?‍♀️ tak boleh keqap2 bawak dia p @habibjewelsofficial #guguqbuluyangdokada .

“Btw Kesukaan budak2 bkn kita yg mengajaq.. dia suka , dia minat, dia mau apa yg dia nmpak depan mata .. kalau dh celik mata nmpak mak dia pakai gelang sampai ke siku , subang sampai ke bau , mmg tu yg dia mau !

“So pls tk payah nk dok komen mcm2.. org lain cara pun lain.. jgn ingat org lain pun mcm kita.. cara masing2 berbeza ? .

Para follower aktres ini memberikan komen yang menyokong minat Aisyah. Rata-rata mengatakan emas adalah baik untuk pelaburan masa depan. Ramai juga yang mengakui minat kepada barang kemas oleh kanak-kanak dipengaruhi oleh ibu dan orang di sekeliling.

LIKE MOTHER LIKE DAUGHTER

SAMBIL MELAWA SAMBIL BUAT PELABURAN

INVESTMENT UNTUK MASA DEPAN

SIAPA TAHU JADI USAHAWAN EMAS KELAK

EMAS ITU PELABURAN

Sumber: rozitachewan1

Artikel berkaitan: Bukan Tak Teringin Nak Bagi Aaisyah Adik, Tapi Che Ta Risau Faktor Umurnya


Published by
Azma ML