Mudah, semulajadi, indah, sumber khasiat dan penawar yang diberikan penuh dengan kasih sayang. Itulah yang sering diperkatakan kepada ibu-ibu dan apa yang kebanyakan ibu percaya. Walaupun kesemuanya benar, ia tidak memberi gambaran keseluruhan tentang penyusuan susu ibu.
Realitinya, ibu-ibu hari ini melalui kehidupan yang sangat sibuk. Kerjaya, kerja-kerja rumah dan komitmen keluarga semuanya terkumpul dan boleh memberi tekanan kepada ibu dari segi fizikal dan mental tambahan mempunyai seorang bayi untuk disusukan akan menambah kepada komitmen seorang ibu lebih-lebih lagi bagi yang bekerjaya.
Ya Allah. Memang lah breastfeeding ini sangat memenatkan. Sakit pinggang masyaAllah. Tengkuk dan bahu rasa lenguh. Kaki kebas sebab duduk lama. Menyusu sambil mengiring sangat lah tak selesa. Berpeluh-peluh kepanasan.
Di tambah lagi masalah engorgement, mastitis, bengkak susu tu ya Allah sakitnya. Nipple crack di fasa awal, Allah sahaja yg tahu peritnya. Sambil pejam, mengalir air mata tahan sakit.
Ads
Ibu bekerja nak pastikan bekalan susu cukup. Cukup masa, wajib mengepam. Tinggalkan kerja. Kadang-kadang terambil waktu lunch. Terkejar-kejar.
Lapar dan haus setiap masa. Kalau lapar, susu tak keluar. Emosi nak kena stabil. Sedih sikit, susu tak keluar. Emosi serabut, susu tak keluar. Gaduh dgn suami, susu tak keluar. Sakit sikit, susu tak keluar.
Saya tahu kita semua sedang berusaha keras. Kadang-kadang rasa nak mengalah. Rasa 2 tahun penyusuan tu terlalu panjang utk dilunaskan.
Di atas segala kesusahan ini, kita tetap teruskan. Tidak bergaji, tiada bonus, tak ada siapa paksa, tak ada siapa suruh. Kita sendiri rela hati nak buat subhanallah. Hebat ibu-ibu semua.
Ads
Cukuplah syurga menjadi sumber motivasi. Kerana ini semua adalah jihad. Pahala yang banyak sedang menunggu kita. Allah sangat menghargai penat lelah kita. InsyaAllah anak kita akan hargai jasa kita suatu hari nanti.
Bertahanlah. Gunakanlah segala tenaga dan kekuatan demi anak-anak. Itu sahaja harta yang sangat berharga selepas kita mati.
Kalau rasa down, luahlah pada Allah. Moga-moga dipinjamkan kekuatan untuk terus bertahan.
Ads
Selamat menyusukan! Syurga menanti kita insyaaallah.
Menyusukan anak bukanlah tugas mudah. Ibu akan mengalami letih badan serta gangguan emosi. Perlu sentiasa diberikan sokongan dan perhatian dari suami. Jika isteri mengalami kemurungan kerana tidak cukup rehat, ia memungkinkan kepada terjadinya masalah yang lebih serius.
Sebagai suami yang prihatin dan bertanggung jawab, terdapat beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk meringankan beban isteri. Sudah tentu suami tidak dapat bertukar tempat dengan isteri untuk menyusukan anak, tetapi ada perkara lain yang boleh dibuat sebagai inisiatif bagi membantu si isteri yang keletihan.
Di dalam sesi live bersama Pa&Ma tempoh hari, Kaunselor Laktasi Bertauliah, Pn Nurdiana Mohd Rasid ada berkongsi antara perkara yang boleh suami bantu bagi menjayakan perjalanan penyusuan bayi secara ekslusif.
BELAJAR DAN CARI MAKLUMAT
Tidak perlu tunggu isteri melahirkan, suami boleh mengikut isteri ke kelas penyusuan. Jika tidak sempat meluangkan masa untuk ke kelas, suami boleh mengikuti grup penyusuan di laman sosial. Banyakkan pembacaan dan usah segan untuk bertanya kepada rakan-rakan yang mempunyai pengalaman.
Dengan mengumpul maklumat dan pengetahuan tentang penyusuan, suami akan lebih berpengetahuan dan tidak kekok untuk membantu isteri apabila tiba waktu mereka menyusukan bayi.
BUATKAN MILK BOOSTER
Buat sendiri untuk milk booster untuk isteri dari bahan-bahan semulajadi. Antaranya adalah susu kurma bercampur badam atau minuman herba longan kering dan kurma merah. Tidak susah pun untuk menyediakannya, anda boleh dapatkan resipinya dari internet sahaja.
BELIKAN ALATAN PENYUSUAN
Selain membuat persediaan mental, anda harus mempunyai pengetahuan tentang proses penyusuan. Bukan sahaja ketika bayi menyusu dari badan bahkan proses mengepam susu. Untuk memudahkan isteri membuat bekalan susu untuk si kecil, anda perlu tahu jenis alatan yang diperlukan.
Bantu juga isteri anda untuk mengendalikan mesin pam. Bersihkan jika perlu dan sediakan beg sekiranya isteri perlu keluar bekerja.
Selain mesin pam, dapatkan juga maklumat tentang alatan lain seperti beg penyejuk, pek atau blok ais, botol susu, pek susu, dan banyak lagi.
Aksesori dan alatan untuk membuat stok susu tidak murah, jadi sebaiknya suami harus membuat tinjauan terlebih dahulu tentang jenis dan jenama mesin pam yang mahu anda belikan untuk si isteri. Ketahui fungsinya serta cara penggunaan agar anda tidak terkial-kial apabila isteri meminta pertolongan anda.
JAGA EMOSI DAN PERASAAN ISTERI
Ini yang paling utama. Bagi menunjukkan sokongan anda terhadap mereka, pastikan kehadiran anda ketika isteri sedang menyusukan anak. Jika isteri bangun tengah malam untuk mengepam, sebaiknya anda berjagalah bersama dia. Sementara menunggu, anda boleh bersembang dengannya. Lebih baik lagi jika anda dapat menghulurkan bantuan untuk mengurut bahu dan belakang badan isteri ketika mereka sedang menyusukan atau mengepam susu.
Buat para suami yang menemani isteri untuk anak sulung, anda harus sama-sama menyelami perasaannya. Inilah pengalama pertama payudara isteri membengkak, putingnya melecet ataupun masalah susu tidak mahu keluar. Jika anda tidak mampu membantu, sekurang-kurangnya berusahalah untuk mencari pakar yang dapat menyelesaikan masalah ini. Sebagai contoh, isteri mengalami bengkak susu. Anda boleh dapatkan pandangan dari doktor atau cari tukang urut berpengalaman untuk membantu isteri.
BERIKAN BAYI SUSU PERAHAN
Tugas utama suami adalah untuk memperkenalkan susu perahan kepada bayi. Kebanyakan bayi akan menolak jika ibunya sendiri yang menyuakan susu perahan dalam botol. Jika ayah yang memberi susu dalam botol, bayi akan lebih terbuka untuk meminumnya. Selain iu, suami juga boleh belajar cara-cara penyimpanan susu perahan atau mencuci peralatan mengepam.
URUSKAN ANAK
Dalam tempoh berpantang, ibu memerlukan rehat yang secukupnya. Emosi mereka juga mudah terganggu kerana masih tidak sembuh sepenuhnya. Sebagai seorang suami yang peka dengan keadaan isteri, anda boleh membantu untuk menguruskan anak seperti memandikan dan memberi mereka makan. Sekiranya anda mempunyai anak-anak lain selain bayi yang baharu lahir, adalah lebih baik anda uruskan mereka tanpa mengganggu si isteri.
Untuk memudahkan kerja anda, bawalah ibu atau mertua untuk membantu. Anda boleh uruskan anak-anak yang lain dan mereka boleh menolong anda untuk menjaga isteri dan bayi. Jika berkemampuan, anda digalakkan untuk mengupah pengamal perbidanan Melayu yang bertauliah untuk menguruskan isteri anda. Ini lebih baik kerana mereka juga boleh mengurut dan menjalankan rawatan pantang yang lain ke atas isteri anda.
RAJINKAN DIRI BUAT KERJA RUMAH
Ibu menyusu biasanya mudah letih dan tidak sempat menguruskan hal lain. Sebagai suami, jangalan pula anda marahkan mereka. Ringankan bebanan mereka dengan sama-sama membantu buat kerja rumah. Apa yang boleh anda bantu, buatlah. Tidak perlu sempurna, tetapi sekurang-kurangnya dengan membantu sedikit sebanyak dapat mengurangkan kerja si isteri. Apabila isteri berada dalam keadaan yang baik, dia pasti lebih produktif dan positif untuk menguruskan hal rumah tangga.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pelakon Scha Alyahya akui sudah lama menyimpan hasrat untuk menambah bilangan anak. Namun begitu, sehingga kini belum ada rezeki kepadanya dan suami, pengacara Awal Ashaari.
“Saya sudah merancang lama untuk menambah bilangan anak namun belum mempunyai rezeki.
“Saya dengan Awal kalau diberi keizinan untuk mempunyai anak lebih daripada seorang.
“Sebelum ini ketika ingin mendapat Lara ia memakan masa selama satu tahun setengah.
“Sekarang Lara sudah berusia empat tahun dan kami masih mencuba. Setakat ini saya dan Awal belum terfikir untuk mencuba alternatif lain.
“Namun kalau tahun ini masih tidak hamil, dengan umur yang tidak mengizinkan ini kami akan fikir untuk menggunakan cara lain,” katanya.
Kasihan Lara tiada teman bermain
Tambah Scha atau nama sebenarnya Sharifah Nor Azean akui berasa sedih melihat anaknya, Lara Alana bermain dengan orang yang bukan sebaya umurnya.
“Kadang-kadang sedih tengok Lara duduk bermain bersama saya dgn Awal kerana hakikatnya lagi menyeronokkan kalau bersama orang yang sebaya dengannya.
“Sekarang ini Awal sudah nampak yang Lara memerlukan seorang kawan di rumah.
“Pada bulan depan, kami akan memasuki ulang tahun perkahwinan yang ketujuh jadi kena berusaha lebih,” katanya lagi.
Tip makan aiskrim vanilla untuk sembuhkan penyakit tonsillitis mesti biasa kita dengar kan? Betul atau mitos tip tersebut? Rasanya ramai ibu ayah yang anak ada masalah tonsil akan praktiskan cara tersebut.
Penjelasan Dr Rahim mengenai tonsillitis mungkin boleh membantu anda memahami gambaran sebenar penyakit ini.
“Betul ke makan AIS KRIM VANILLA BOLEH menyembuh penyakit TONSILLITIS?”
Buka Mulut anda luas-luas. Mai doc torch tengok. Tudiaaaaa Bengkaknya TONSIL anda.
Doc acah je.
1.Tonsil diciptakan Allah di bahgian tepi kerengkong ( kanan & kiri ) sebagai BODYGUARD semulajadi & punyai sistem imum/pertahanan untk melindungi tubuh doc/ anda dari beragam infeksi yg masuk melalui mulut kita. Kalau ada infeksi virus atau kuman di tekak kita, sistem limphatik tonsil akan activate, membengkak & radang untk melawan infeksi tersebut. Keadaan ni di panggil TONSILLITIS.
2.Jika infeksi di tonsil disebabkan virus ( Epstein Barr, Adenovirus, Measles), tonsil tu bengkak & sakit je. Klu infeksi disebabkan bacteria, tonsil tu bengkak, sakit & BERNANAH.
3. Gang yang kerap kena TONSILLITIS ialah kanak-kanak antara 2-15 tahun. Tak kecuali gang doc yang Veteran di mana pertahanan badan dah mula menurun.
4. Info doc nak share bila anak cucu kita/kita dijangkiti TONSILLITIS: a. Sakit tekak teramat sangat sebab bengkakan TONSIL. b. Deman tinggi ON & OFF. c. Sakit kepala, sakit badan, urat sendi & bini urut pun tak baik. Monyok & letih selalu. d. Suara ROCK atau HILANG SUARA. e. Mulut bau busuk, kena spray minyak wangi lebih-lebih sikit. f. Bini suruh tidok luar…hihihi padan muka sebab BERDENGKUR sampai bergentar bumbung rumah. Bini nak tidok ganggu…hihi Padan muka g. Ada bengkakan gelendir/ Lymph Node di leher.
5. Nota yang perlu diAMBIL BERAT oleh makbapa kalau anak kena TONSIL. Don’t play-play ye!
Tonsil mudah baik jika dirawat awal. Kalau biar komplikasinya amat BAHAYAkan diri pesakit:
a. Kuman tonsil ni boleh masuk ke dalam saluran darah= SEPTECEMIA…ke otak. Maka kita KO le.
b. Tonsil boleh akibatkan sakit BUAH PINGGANG ( Acute Glomerulonephritis) & Rheumaik Fever & gangguan JANTUNG!
c. SLEEP APNEA= Penyakit terhenti bernafas dengan tiba-tiba disebabkan bengkakkan tonsil….harap-harap dapat nafas kembali. Kalau tak….
6. Rawatan Tonsillitis.
a.Ubat hisap Lozenges atau kumur Thymol Gargle untuk reda sakit/ keradangan kerengkong.
b. Papase/Peptidase untk kurangkan bengkakan tonsil.
c. Tahan sakit kerengkong dengan Paracetamol atau Ibuprofen.
d. Kalau infeksi tonsil bernanah kerana kuman, di beri Ampicillin, Amoxillin, Cephalaxin atau Erytromysin. Ada yang ambil Augmentin.
e. Kalau tonsillitis kerap berulang & bengkak menutup ruang tekak elok bedah je, TONSILLECTOMY.
7.MITOS / KEPERCAYAAN RAMAI
Ais krim TAK boleh menyembuhkan TONSILLITIS. Aiskrim hanya mereda sedikit kesakitan kerengkung & di beri kepada kanak-kanak yang hilang selera makan kerana tonsilitis supaya mereka ada tenaga. Tak kisah ais krim Vanilla, Coklat, Strawberry dan lain-lain.
Ada ais krim yang memburukkan lagi TONSILLITIS kerana mengandungi bahan kimia berbahaya.
Sebenarnya ais krim diberi kepada pesakit selepas TONSILS mereka dikeluarkan dalam pembedahan TONSILECTOMY!! Ia membantu menghentikan pendarahan akibat luka yang disebabkan oleh pembedahan tu.
Daripada Dr. Abdul Rahim
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.