Kelahiran cahaya mata sememangnya sangat dinanti-nantikan. Betapa bahagia dan bersyukur rasanya bila kita dianugerahkan anak yang menjadi penyeri dalam perkahwinan. Sebenarnya, asalkan bayi yang dilahirkan sihat sudah cukup untuk buat ibu ayah merasa seronok.
Namun jika dilahirkan pada tarikh istimewa seperti Hari Kemerdekaan pastinya menjadi satu bonus dan menjadikan kelahiran si manja lebih menarik. Bercerita tentang anak yang dilahirkan pada 31 Ogos tahun ini, Hospital Islam Az-Zahrah telah mengadakan satu majlis sambutan kelahiran bayi bermula pukul awal pagi Khamis sehingga jam 12.00 tengah malam 31 Ogos 2023.
Antara bayi-bayi comel yang dilahirkan pada 31 Ogos 2023
Kelahiran bayi merdeka diraikan oleh En. Ali Karimi Abd Rahman, Timbalan Pengurus Besar & Dr. Nazim Abu, Pakar Kanak-Kanak di Hospital Islam Az-Zahrah. En. Ali Karimi bin Abdul Rahman berkata, daripada jumlah tersebut, seramai tiga bayi lelaki dan lima bayi perempuan dilahirkan secara normal dan pembedahan.
Ads
En. Ali Karimi Abd Rahman, Timbalan Pengurus Besar HIAZ turut meraikan kelahiran bayi-bayi merdeka di hospital
“Tradisi yang kita buat setiap kali Sambutan Kemerdekaan adalah meraikan bayi-bayi yang lahir pada 31 Ogos”.
“Saya mewakili pengurusan hospital mendoakan mereka menjadi anak – anak yang soleh dan menjadi pemimpin yang disegani suatu hari nanti,” katanya.
Ads
Dengan pengalaman 5 Doktor Pakar Perbidanan Sakit Puan dan 2 Pakar Kanak Kanak , Hospital Islam Az-Zahrah telah menyambut lebih 50 ribu kelahiran setakat 25 tahun beroperasi di Bandar Baru Bangi.
Doktor yang bertugas bagi memastikan hanya yang terbaik buat bayi-bayi merdeka
En. Ali Karimi bertemu dengan ibu – ibu yang melahirkan anak merdeka, bagi menyampaikan hadiah beg dan hamper berupa produk daripada Molfix. Molfix dan Mommydaddy&I bekerjasama dengan Hospital Islam Az-Zahrah untuk Program Sambutan Bayi Merdeka 2023 sebagai tanda penghargaan untuk ibu ayah.
Ads
En. Ali Karimi menyerahkan hadiah istimewa berupa beg serta hamper tajaan Molfix kepada bayi merdeka
Ibu ayah ini juga telah memberi sokongan yang kuat selama 2 tahun untuk kualiti lampin yang bermutu tinggi dan telah menerima 2 anugerah untuk tahun 2023 iaitu Winner of Best Innovative Diapers , Best Tape and Best Pants Diapers for Parents Choice Award untuk BabyTalk Mama Papa Award 2022 & 2023.
Tahniah kepada semua ibu ayah Bayi Merdeka Hospital Islam Az-Zahrah!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pada Sabtu 29 Jan yang lalu, seperti lazimnya pada setiap bulan Pa&Ma mengadakan E Workshop yang bertajuk Misi Mama Sambut Baby. E Workshop yang disertai 100 peserta itu berlangsung dengan jayanya bersama kehadiran panel yang tak asing lagi seperti Dr Afida Sohana (Doktor Obstetrik & Genekologi) dan Pn Suraya Sulaiman (Sonographer).
Acara yang berlangsung selama 3 jam itu padat dengan perkongsian ilmu menarik terutamanya untuk mama dan papa yang bakal menyambut baby. Acara bermula dengan perkongsian daripada Pn Suraya Sulaiman Khan yang merupakan Sonographer. Dalam perkongsiannya Pn Suraya turut menjelaskan tentang scan baby dalam kandungan. Peserta juga berpeluang untuk bertanyakan soalan-soalan tentang scan baby sebaik sahaja tamat perkongsian daripada Pn Suraya.
Selain Pn Suraya, E Workshop kali ini juga menampilkan Pakar Obstetrik dan GInekologi iaitu Dr Afida Sohana. Dalam perkongsiannya, Dr Afida turut menerangkan apa yang perlu mama dan papa perlu buat sebagai persiapan kali pertama menyambut baby. Selain itu banyak lagi info-info menarik untuk mama dan papa baru. Dalam segmen Dr Afida juga, peserta turut berpeluang bertanyakan sebarang persoalan bagi tentang kehamilan dan juga bayi dalam kandungan. Tonton E Workshop Misi Mama Sambut Baby di bawah:
Selain perkongsian daripada dua panel tersebut, E Workshop kali ini turut dimeriahkan dengan segmen Teka & Menang yang menawarkan hadiah menarik berupa tiket masuk ke Sunway Lagoon, tiket masuk Farm In The City dan juga tiket masuk ke Zoo Melaka. Tidak lengkap event Pa&Ma tanpa acara cabutan bertuah. Sebelum berakhir, 5 peserta yang bertuah juga turut membawa pulang baucer beli belah daripada Hari Hari yang berjumlah RM50 setiap satu.
Untuk bulan Februari nanti, Pa&Ma akan mengadakan satu lagi E Workshop menarik iaitu Panduan Ajar Anak Pandai English, Mudah Sangat! Seperti sebelum ini, Pa&Ma akan menjemput beberapa panel yang tidak asing lagi untuk memeriahkan acara kami disamping berkongsi pelbagai info menarik untuk semua peserta. Jangan lupa untuk sertai kami. Untuk info lanjut, nantikan poster pernyertaan di akaun media sosial majalah Pa&Ma!
Jika sebelum ini pergi bercuti ke pantai, pusat peranginan atau taman tema, apa kata bercuti sambil meneroka flora dan fauna. Sambil itu, jangan lupa berikan satu tugasan kepada anak. Suruh anak mengira beberapa jenis haiwan, bunga atau burung yang dijumpainya. Tentu anak bermandi peluh selain mendapat khasiat vitamin secara percuma. Anda juga turut terlibat dalam dengan aktiviti ini. Sudah pasti anak akan teruja dengan aktivit ini.
Selain itu ia merangan anak untuk minat belajar. Semasa mereka meneroka fauna dan flora, melalui penglihatan, otak sanak-anak akan memproses, mengenal dan memahami persekitaran. Anak yang didedahkan dengan aktiviti riadah ini dikatakan berpotensi memiliki kepintaran natural (nature smart) yang merupakan salah satu jenis kepintaran yang dikemukakan oleh Howard Gardner, tokoh pendidikan dari Harvard University. Ciri-ciri anak yang pintar antara lain suka berada di alam, bersikap baik terhadap haiwan, tidak takut kotor ketika menyentuh atau berinteraksi langsung dengan fauna dan flora. Apa lagi ayah ibu, jom kita rangsang kepintaran natural anak dengan pergi bercuti ke lokasi yang berkaitan dengan fauna dan flora.
Berikut ada 5 destinasi yang anda boleh anak-anak pergi bercuti.
1.Farm in tha city- Sri kembangan, Sri Kembangan, Selangor
Farm In The City (FITC) adalah sebuah taman tema unik yang menggabungkan keseronokan untuk menerokai hidupan liar dan menikmati keindahan alam semula jadi. Ia diwujudkan bagi memberi peluang kepada semua golongan terutama khasnya kanak-kanak untuk melihat secara dekat haiwan dan tumbuhan dalam persekitaran yang selamat bersama ibu bapa. Pusat pelancongan ini yang terletak di Seri Kembangan merupakan taman tema secara tertutup yang membolehkan pengunjung melihat secara dekat lebih daripada 100 spesies haiwan. Ia merangkumi daripada haiwan ternakan biasa yang jarang ditemui dan eksotik termasuk baka terkecil di dunia kuda, Marmoset lebih kurang sekecil tapak tangan anda, Alpaca the cutest Came dan “Dinosaur’ Turtle purba.
Waktu Operasi: 10 pagi- 6 petang (Isnin, Rabu – Jumaat) | 9.30 pagi – 6 petang (Sabtu – Ahad ) | Tutup pada hari Selasa
2.Gambang safari park- Gambang, Pahang
Taman Safari Bukit Gambang (TSBG) yang merupakan taman safari terbesar di negara ini.Berkeluasan kira-kira 55 hektar (138 ekar), TSBG terbahagi kepada lapan zon antaranya Land of Predators, Bird Valley dan Wild Savannah.Tarikan utama di situ adalah ‘Simba Hill’ iaitu mengandungi satu-satunya singa putih di Malaysia dan merupakan taman pertama di Asia yang mempamerkan singa dari spesies tersebut.Lebih istimewa telah menempatan lebih 270 spesies haiwan. Pengunjung berpeluang menikmati pengalaman makan tengah hari di restoran yang berdinding kaca yang membolehkan melihat raja rimba secara dekat. Aktiviti malam pula, anak-anak dapat menonton aksi ‘orang api’ dalam persembahan mendebarkan sambil menari tarian api dan makan api oleh pelagak aksi ngeri profesional di Laman Desa.
Waktu Operasi: 12 tenghari – 9 malam (Selasa – Khamis)| 10 pagi – 9 malam (Jumaat – Ahad | Tutup pada hari Isnin
3.Taman buaya, Melaka
Di taman kecil ini, anda boleh melihat lebih 100 ekor buaya dari seluruh dunia. Buaya Malaysia yang boleh anda lihat ialah buaya Jenjulung dan Tembaga. Dan kalau buaya import, ada March Mugger dari India dan Alligator dari Amerika Syarikat. Selain melihat pelbagai jenis buaya dan saiz serta melihat sesi pakar memberi makan buaya, jangan lupa menyaksikan persembahan buaya. Seram juga tengok buaya bersaiz besar ini. Ketika pertunjukkan anda dan keluarga menyaksikan pakar buaya mencium dan menunggang buaya. Tarikan terbaru di taman ini ialah Taman Permainan Air yang mempunyai keluasan 6000 kaki per segi dengan kedalaman 1.5’ dan 2.5’. Jom bawa anak-anak datang ke sini. Tentu anak-anak berasa berdebar melihat aksi buaya-buaya di sini.
Waktu Operasi: 9 pagi – 7 petang
4.Zoo Negara, Kuala Lumpur
Zoo Negara adalah lokasi wajib untuk bawa anak-anak untuk mengenal alam fauna dan flora. Zoo Negara Malaysia (disingkatkan sebagai Zoo Negara) ialah sebuah zoo negara yang pertama di Malaysia dan diuruskan sepenuhnya oleh Persatuan Zoologikal Malaysia iaitu sebuah badan bukan kerajaan yang memainkan peranan utama dalam hal ehwal konservasi hidupan liar, penyelidikan, pendidikan dan rekreasi. Ia mula dirasmikan pada tahun 1963 oleh Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Al-Marhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.[5] Zoo Negara bermula dengan koleksi induknya yang kini telah berkembang sehingga 459 spesies hidupan liar. Zoo yang dihuni kira-kira 5000 haiwan ini telah mengalami banyak transformasi dengan konsep pameran secara terbuka untuk keselesaan haiwan dan juga para pengunjung. Ia terletak di Ulu Klang di timur laut Kuala Lumpur. Ia ditadbir oleh sebuah badan bukan kerajaan iaitu Persatuan Zoologikal Malaysia yang ditubuhkan bagi mentadbir zoo pertama Malaysia. Zoo Negara ditubuhkan pada 14 November 1963 ini mempunyai lebih 5446 spesimen termasuk 476 spesies mamalia, burung, reptilia, amfibia dan ikan. Zoo Negara telah menerima sijil MS ISO 9001:2000 pada tahun 2007 ini merangkumi keluasan 110 ekar tanah yang terletak hanya sekitar 5 km dari bandar Kuala Lumpur. Zoo Negara kini menonjolkan konsep zoo terbuka dengan 90% haiwan ditempatkan di kandang terbuka yang luas dengan hiasan laman yang bersesuaian dengan persekitaran asalnya.
Waktu Operasi: 9 pagi – 5 petang
5.PD Ostrich Farm, Port Dickson Negeri Sembilan
Lokasinya tidak jauh dari Pantai Teluk Kemang. Selain melihat dan memberi makan burung unta, terdapat pelbagai aktiviti disediakan untuk pengunjung. Antara yang menarik ialah menunggang burung unta, berlumba dengan burung unta, memanah, memberi makan unta dan dan pelbagai aktiviti outdoor termasuk ATV Rides. Selain burung unta, terdapat haiwan lain seperti keldai, unta, kambing, berbagai jenis arnab, angsa, ayam belanda, itik dan lain-lain. Malah anak-anak juga boleh melihat serta mempelajari kehidupan spesis burung unta serta produk yang dapat dihasilkan dari burung unta seperti pakaian, alat kosmetik dan sebagainya.
Waktu Operasi: 11pagi -10 petang ( Isnin – Jumaat ) | Tutup pada hari Sabtu dam Ahad
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pelakon cantik jelita, Raysha Rizrose tampil berkongsi wajah cahaya mata kesayangannya sempena Aidil Fitri ini.
Menerusi Instagramnya, Raysha memuat naik gambar sekeluarganya di pagi raya...