Kelahiran cahaya mata sememangnya sangat dinanti-nantikan. Betapa bahagia dan bersyukur rasanya bila kita dianugerahkan anak yang menjadi penyeri dalam perkahwinan. Sebenarnya, asalkan bayi yang dilahirkan sihat sudah cukup untuk buat ibu ayah merasa seronok.
Namun jika dilahirkan pada tarikh istimewa seperti Hari Kemerdekaan pastinya menjadi satu bonus dan menjadikan kelahiran si manja lebih menarik. Bercerita tentang anak yang dilahirkan pada 31 Ogos tahun ini, Hospital Islam Az-Zahrah telah mengadakan satu majlis sambutan kelahiran bayi bermula pukul awal pagi Khamis sehingga jam 12.00 tengah malam 31 Ogos 2023.
Kelahiran bayi merdeka diraikan oleh En. Ali Karimi Abd Rahman, Timbalan Pengurus Besar & Dr. Nazim Abu, Pakar Kanak-Kanak di Hospital Islam Az-Zahrah. En. Ali Karimi bin Abdul Rahman berkata, daripada jumlah tersebut, seramai tiga bayi lelaki dan lima bayi perempuan dilahirkan secara normal dan pembedahan.
“Tradisi yang kita buat setiap kali Sambutan Kemerdekaan adalah meraikan bayi-bayi yang lahir pada 31 Ogos”.
“Saya mewakili pengurusan hospital mendoakan mereka menjadi anak – anak yang soleh dan menjadi pemimpin yang disegani suatu hari nanti,” katanya.
Dengan pengalaman 5 Doktor Pakar Perbidanan Sakit Puan dan 2 Pakar Kanak Kanak , Hospital Islam Az-Zahrah telah menyambut lebih 50 ribu kelahiran setakat 25 tahun beroperasi di Bandar Baru Bangi.
En. Ali Karimi bertemu dengan ibu – ibu yang melahirkan anak merdeka, bagi menyampaikan hadiah beg dan hamper berupa produk daripada Molfix. Molfix dan Mommydaddy&I bekerjasama dengan Hospital Islam Az-Zahrah untuk Program Sambutan Bayi Merdeka 2023 sebagai tanda penghargaan untuk ibu ayah.
Ibu ayah ini juga telah memberi sokongan yang kuat selama 2 tahun untuk kualiti lampin yang bermutu tinggi dan telah menerima 2 anugerah untuk tahun 2023 iaitu Winner of Best Innovative Diapers , Best Tape and Best Pants Diapers for Parents Choice Award untuk BabyTalk Mama Papa Award 2022 & 2023.
Tahniah kepada semua ibu ayah Bayi Merdeka Hospital Islam Az-Zahrah!