Memang seronok anak dapat pek parti bila ada rakan-rakan buat sambutan hari jadi di tadika. Cuma yang tak bestnya, bila kandunganya adalah makanan ‘jajan’ atau makanan ringan. Bagi ibu bapa yang teliti mengenai pemakanan anak atau anaknya alahan kepada makanan ringan yang boleh menyebabkan tercetusnya batuk dan rentetannya boleh bawa kepada demam, tentu risau jika setiap kali ada sambutan seperti ini. Admin sendiri pun, pernah sorok parti pek anak semata-mata nak elak dia makan segengam gula-gula.
Begitu juga dengan ibu ini yang melahirkan rasa kecewanya mengenai hal ini. Perkongsian ibu ini Rohayu Abdullah, ada benarnya. Moga kita lebih berhati-hati untuk mengadakan sambutan hari jadi anak di tadika serta juga di rumah sendiri.
ISU SAMBUTAN HARI LAHIR DI TASKA@TADIKA
Saya memahami kesibukan ibu bapa dalam meraikan sambutan hari lahir pada anak. Untuk kemudahan dan keseronokan anak. Ramai ibu bapa memilih memberi kek dan jajan pada pihak tadika@taska untuk itu. Menswastakan kepada pihak pengurusan tadika sesuatu yang bukan kerja hakiki mereka.
Jadikan sambutan itu diperingkat keluarga kalau mahu. Agar lebih berkasih sayang antara keluarga. Lebih terkawal pilihan makanan, dan barokah kerana ada kebersamaan keluarga.
Jika di sekolah bertemankan kawan-kawan.
Maka bergembiralah anak-anak kecil disajikan makanan yang manis dan jajan di depan mata tanpa kawalan penjaga. Seronok tak terkata. Cikgu pun tak terjaga kerana mereka juga ada banyak kerja di sana. Dan meraikan sambutan itu bukanlah dalam silibus mereka.
Sebagai seorang ibu saya rasa kecewa kerana anak sangat kerap bawa balik makanan tak sihat itu. Dan sudah menjadi budaya swastakan sambutan hari jadi di tadika mahupun taska dari hari ke hari.
Kanak-kanak yang diajar dirumah tak makan jajan. Bermujahadalah mereka untuk bertahan. Kesian mereka.
Jangan beremosi ye baca status ini. Nak didik anak tidak menjadi pesakit kronik perlulah daripada asuhan kanak-kanak. Kanak-kanak perlu dipantau oleh orang dewasa dalam banyak perkara.
Jadilah ibu bapa yang bijaksana untuk anak sendiri dan anak orang lain. Moga Allah bersama kita semua.
Maafkan saya kalau ada yang terasa.
Saya menulis kerana sayangkan anak anak semua. Sayang kerana Allah. Kasihanilah mereka. Anak kecil anak kita.
Bantulah Cheq’ Ayu panjangkan mesej ini pada ibu bapa diluar sana.
Sumber: Rohayu Binti Abdullah
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI