Setiap orang ujiannya lain-lain. Tak kira dalam apa situasi sekalipun, hanya Allah yang tahu. Ada yang diberi ujian anak sakit, kehilangan anak selepas dilahirkan, atau macam-macam lagi.
Bagi kita yang masih bernasib baik dan diberikan kesenangan oleh Allah bersyukurlah. Mungkin kita rasa tak senang seperti orang lain tapi bila keperluan keluarga dan anak-anak masih mencukupi itu pun rezeki.
Kisah sedih pasangan suami isteri ini yang dikongsikan oleh Abam Botak melalui Facebooknya cukup meruntun hati. Mana tidaknya kegembiraan menantikan cahaya mata tidak kesampaian kerana bayi yang dilahirkan meninggal dunia dan tidak sempat menatap kedua ibu bapanya.
Melalui perkongsian Abam Botak, kejadian yang menimpa suami isteri ini berlaku di Sandakan, Sabah.
Bayar deposit sebelum masuk wad
Ibu dan ayah ini daripada Estet Sukau. Mereka bergegas ke hospital kerana ingin menyambut kelahiran anak yang mereka cintai dan kasihi. Laluan yang mereka lalui untuk ke hospital juga sangat jauh.
Ads
Seperti biasa mereka perlu membayar wang deposit sebanyak RM800 ringgit terlebih dahulu sebelum dibenarkan masuk ke dalam wad. Namun mungkin kerana ada sedikit masalah. Ibu yang sedang kesakitan melahirkan anak ini, terpaksa dipindahkan ke hospital lain pula dengan menaiki ambulan.
Meninggal ketika dalam perjalanan
Malangnya, semasa dalam perjalanan. Anak yang hendak dilahirkan itu telah pun meninggal dunia. Sampai di hospital, sebelum masuk wad. Seperti biasa perlu membayar wang deposit RM2000 lagi sebelum dibenarkan masuk wad.
Ads
Berkali-kali si ayah hubungi kami. Minta tolong sangat-sangat dan pastikan kami dapat membantu mereka. Minta uruskan jenazah anak mereka. Minta solatkan jenazah anak mereka. Minta carikan tanah kubur untuk anak mereka dan minta kebumikan serta bacakan doa untuk anak mereka.
Ketika itu pula, terdapat dua lagi jenazah di lokasi berbeza yang perlukan bantuan kami. Mujur Alhamdulillah, ketika itu di hospital ada seorang Ustazah yang dapat membantu. Mengkafankan dan memandikan anak kecil itu. Dan Alhamdulillah juga ada seorang Ustaz yang tolong menyembahyangkan jenazah anak kecil itu.
Ads
Tiada gelaran buat ibu bapa kehilangan anak
Allah permudahkan segala-galanya. Kami juga berkesempatan menolong mengebumikan anak kecil itu. Si ibu masih lagi kesakitan di dalam wad. Menanggung kesakitan melahirkan anak. Dan menanggung kesedihan perginya anak yang dicintai. Dalam masa yang sama pula tidak dapat melihat anaknya dikebumikan buat kali terakhir.
Bagi anak yang kematian ibu dan ayah. Mereka akan digelar anak yatim. Namun bagi ibu dan ayah yang kematian anak. Tiada gelaran yang dapat diberikan kepada mereka. Semoga Allah merahmatimu nak! sambutlah tangan ibu dan bapamu nanti nak! Anak syurga. Amin.
Pelakon Raja Ilya yang hamil bayi perempuan dan dijangka bersalin pada Julai depan memilih kaedah melahirkan bayi dalam air di Perth, Australia.
“Di sini ada pilihan kalau nak bersalin secara normal, dalam air, di rumah dan lain-lain. Jadi, saya dan suami merancang kaedah melahirkan bayi dalam air menggunakan khidmat bidan saja tanpa doktor atau pergi hospital. Insya-Allah kalau tak ada sebarang komplikasi sewaktu nak melahirkan boleh teruskan kaedah ini.
“Melalui kaedah ini dia dibuat di pusat bersalin yang diuruskan oleh Midwife King Edward Hospital. Jadi, prosesnya hanya perlu membuat permohonan lapan bulan sebelum bersalin. Lagipun, tidak semua boleh melahirkan di situ. Mereka akan temuduga dahulu terutama dari segi kesihatan dan jarak dari rumah.
“Tapi, sejak penularan Covid-19 ini, saya hanya mengikuti kelas secara dalam talian saja. Minggu depan baru saya masuk kelas bersemuka dan cara penyusuan susu ibu pula. Apa ilmu yang ada berkenaan keibu bapaan saya pergi saja
“Proses berpantang nanti, Alhamdulillah saya sempat kenal ramai orang Malaysia di sini. Jadi ada seorang kakak ini akan bantu saya buat semua yang patut nanti.
“Disebabkan ‘due’ saya bersalin pada Julai, kebetulan di sini pula musim sejuk dan kebanyakannya basah dan ribut, jadi saya harap badan tak meragam.
“Setakat ini produk berpantang pun saya sudah dapat dari Malaysia seperti set bertungku, set berpantang, bengkung dan banyak lagi. Semua sudah tersedia,” katanya.
Raja Ilya dan suami, Trent Garrett berkahwin pada 23 Disember 2018.
Selepas pembedahan yang berisiko tinggu berlangsung selama 5 jam Isnin lalu, Ainul Mardhiah, bayi perempuan yang menghidap kanser Germ Cell Tumour stabil dan mula memberi respons.
Dalam video yang dikongsikan oleh bapanya, Ahmad Safiuddin Ahmad Razak, Ainul kelihatan sudah boleh bergerak dan kelihatan aktif. Kelihatan ibunya, Nurul Erwani Zaidi sedang bercakap / memanggil / mengagah Ainul walau pun audionya tidak kedengaran.
Menurut bapanya, Ainul kini berada dalam keadaan stabil, tetapi masih direhatkan selepas menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di mulutnya di sebuah hospital, di London, Isnin lalu.
Bapanya, Ahmad Safiuddin berkata Ainul Mardhiah memerlukan rehat yang sepenuhnya kerana luka pembedahan masih baru.
AKAN DIPANTAU DALAM JANGKA MASA LAMA
Selain itu, bapa Ainul juga memberitahu keadaan anaknya perlu dipantau dalam tempoh lama untuk memastikan semuanya dalam keadaan baik
“Saya difahamkan pihak hospital akan terus memantau keadaan Ainul Mardhiah buat masa ini dan akan memakan masa yang agak panjang.
TIDAK TAHU SEHINGGA BILA AKAN PULANG
Memandangkan keadaan Ainul yang masih perlu diperiksa dan dipantau supaya pulih, Ahmad Safiuddin tidak dapat menjangka kepulangan mereka sekeluarga ke tanah air.
“Jadi, saya masih tidak tahu sampai bila Ainul Mardhiah dirawat kerana doktor beritahu mereka perlu pastikan dia benar-benar pulih sebelum dibenarkan pulang ke Malaysia,” katanya ketika dihubungi BH Online.
Ahmad Safiuddin dan isterinya, Nurul Erwani Zaidi, masing-masing berusia 24 tahun akan terus berada di London bagi menemani anak mereka menjalani beberapa rawatan susulan mengikut saranan pakar bedah.
Noor Nabila dikecam apabila memuatnaik gambar gaya duduk bersila ketika masih dalam tempoh berpantang. Isteri kepada pelakon popular, Sharnaaz Ahmad dan juga kakak kepada selebriti popular, Noor Neelofa baru sahaja menimang cahaya mata pertama secara pembedahan.
Gambar yang di upload dengan caption “New Routine” telah mengundang kecaman netizen. Ada juga sesetengah netizen beranggapan bahawa yang mengecam sebagai “MAKCIK BAWANG”.
Perghhh! Bersila…! Org tua2 larang duk bersila tu bukan apa tau….
Dalam pantang ke ni?
Ramai pulak makcik bawang terlalu prihatin kat sini!
Terlalu ramai yang memberikan pandangan berkenaan isu ini sehingga menarik perhatian Doktor Rusyainie Ramli. Doktor telah menjelasakan bahawa tidak salah untuk duduk begitu asalkan selesa;
Tahniah Puan Nabila dan Tuan Shaarnaz atas kurniaan amanah Allah. Selamat berpantang buat Puan Nabila dan semoga semua urusan dipermudahkan. Bukan mudah untuk mengadaptasi kehidupan yang sungguh berubah jadinya dengan kehadiran bayi dan melalui proses untuk penyembuhan selepas bersalin.
Nasihat saya, sebagai doktor yang dah berumur 40 tahun, dan anak-anak pun dah besar, silakan la kata-kata abaikan adik, kakak, makcik dan nenek bawang yang kecam macam-macam pasal regim pantang. Lain negeri, lain kaedah. Lain bangsa, lain cara. Lain negara, lain teknik.
Tak salah pun duduk bersila tu asalkan Puan Nabila selesa. Saya dapat maklumat yang Puan Nabila bersalin melalui Caesarean Section, maka bersila tu tak ada masalah pun. Kalau bersalin secara normal pun, tak ada masalah juga. Duduk lah macam mana pun, yang penting selesa.
Mereka yang membawangkan Puan Nabila tu tak tahu pun pasal otot pelvis. Puan Nabila boleh buat senaman Kegel untuk kuatkan otot pelvis, tu memang terbukti berkesan secara saintifik. Dengan duduk bersimpuh dan berkepit paha takkan buat faraj ketat pun. Itu mitos yang tak ada asas pun.
Cuaca panas, tak apa lah Puan Nabila tak pakai stokin. Tak ada pun angin masuk ikut kulit. Itu hanyalah mitos. Sesuaikan pakaian dengan keadaan suhu sekeliling. Puan Nabila buat tu ok sangat dah. Saya tengok seluar yang Puan Nabila pakai tu pun macam sesuai. Tak semestinya pakai kain batik.
Apa-apa pun Puan Nabila, berpantang adalah tempoh untuk Puan bersama suami untuk meraikan ahli keluarga baru pengikat kasih sayang. Semoga Jebat Jayden menjadi khalifah Allah yang soleh dunia akhirat dan penuh manfaat untuk manusia lain.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.