Membedung bayi telah diamalkan dalam masyarakat kita sejak berabad lamanya. Kebanyakannya bersetuju bahawa dengan membedung bayi, ia akan memberi rasa aman kepada bayi.
Ada juga yang menganggap bahawa membedung bayi adalah salah satu cara untuk mendapatkan bentuk kaki bayi yang lurus dan tidak ‘kengkang’.
Dr. Nicholas Clarke, melalui Archives of Disease in Childhood menekankan bahawa setiap ibu bapa perlu mengetahui cara membedung bayi dengan betul. Masih ramai yang mungkin kurang sedar mereka melakukan cara yang salah semasa membedung bayi.
ENAM PERKARA IBU MESTI TAHU TENTANG CARA BEDUNG BAYI
Beberapa perkara yang harus diperhatikan dalam cara bedung bayi adalah seperti berikut.
1. BIARKAN ADA RUANG UNTUK KAKI BAYI BERGERAK
Mungkin kebanyakan ibu yang menarik dan menekan kaki bayinya sebelum melilitkan kain bedung kerana mempercayai cara ini mengelakkan kaki bayi ‘pengkar’.
Menurut pakar, apabila kaki dan pinggul bayi tidak bebas untuk bergerak, ia akan meningkatkan risiko bayi terkena hip dysplasia, iaitu gangguan pembentukan sendi pinggul di mana bahagian atas tulang peha tidak berada tepat di soketnya. Untuk jangka masa panjang, ia dapat menyebabkan masalah perkembangan pada persendian kaki dan pinggul bayi.
2. PENTINGNYA MENGEMASKAN BAHAGIAN ATAS BEDUNGAN
Ads
Sesetengah ibu terlalu memberi perhatian kepada bedungan bawah (bahagian kaki) dan memberi kelonggaran pada bahagian atas. Sebenarnya, cara ini adalah terbalik daripada yang sebetulnya.
Sepatutnya, ibu perlu memastikan lengan bayi dibedung dengan kemas dan terlilit rapi. Hal ini penting kerana bedungan atas yang terlepas tanpa disedari boleh menjadi faktor bayi lemas atau risiko SIDS (sudden infant death syndrome).
3. PASTIKAN SEMUA KEPERLUANNYA TELAH DIPENUHI TERLEBIH DAHULU
Jika anda mahu membedung bayi, pastikan dahulu bahawa bayi sudah menyusu dan lampinnya tidak basah.
Ads
Apabila keperluan ini tidak dipenuhi, bayi mungkin akan meragam dan tidak rasa selesa ketika dibedung.
4. SAMPAI BILAKAH BAYI PATUT DIBEDUNG?
Menurut The American Academy of Pediatrics, bayi sebenarnya tidak perlu dibedung lagi apabila mereka sudah boleh berguling, iaitu sekitar usia 2-3 bulan. Apabila bayi sudah kuat untuk berguling, mereka mungkin boleh tertiarap sendiri tanpa dapat melepaskan lengan, lalu menghalang pernafasan.
Dalam usia ini juga, biasanya refleks ‘terkejut’ atau ‘startle reflex’ akan berkurang dan bayi akan dapat tidur dengan lebih lena.
5. ELAKKAN MEMBEDUNG TERLALU LAMA
Ads
Namun jika bayi kelihatan tidak selesa dan sukar tidur tanpa dibedung, bolehlah anda terus membedungnya untuk beberapa bulan lagi untuk membantunya tidur. Apapun, elakkan membedung terlalu lama kerana sesetengah sumber berpendapat selepas usia tersebut, bedung mungkin menghalangnya daripada bergerak-gerak dan mengganggu perkembangannya.
Tanpa bedung, skin-to-skin contact antara bayi dan ibu dapat berlaku dengan lebih kerap, lalu membantu mengeratkan hubungan serta memberi rasa selesa kepada bayi.
Kini telah terdapat pelbagai produk yang dijual di pasaran khas untuk membedung bayi. Dengan rekaan dan corak yang comel, ibu-ibu mesti rambang mata untuk memilih!
Perlu diingat, faktor penting dalam pemilihan kain bedung ini antaranya adalah kesesuaian fabrik tersebut dengan suhu di negara kita. Pastikan kain tidak terlalu tebal sehingga membuat bayi terlalu panas dan tidak selesa apabila dibedung.
Bagi anda yang pertama kali melahirkan anak, pasti teruja dan tidak sabar untuk membawa si manja pulang ke rumah.
Maklum sahajalah, apabila berada di rumah sendiri, lebih selesa rasanya. Ada beberapa perkara yang perlu diteliti dan diketahui tentang hal ini.
Sebelum balik ke rumah selepas discaj daripada hospital, rancanglah perjalanan pulang dari hospital ke rumah. Pastikan carseat khusus untuk bayi baru lahir ada di dalam kereta. Ini penting untuk menjamin keselamatannya sepanjang perjalanan.
Selain daripada itu, anda mahupun suami sepatutnya sudah menetapkan siapa yang mengambil anda dan bayi untuk pulang, jalan yang patut diambil dan sebagainya.
Setelah sampai di rumah, ada beberapa perkara yang perlu anda tahu dan buat.
1. Penyusuan adalah setiap 2 – 3 jam sekali. Maka dengan itu, bersedialah untuk bersengkang mata. Cuba rehat apabila bayi sedang tidur.
Rehat yang secukupnya sangat penting dalam tempoh ini untuk memastikan kestabilan mental dan emosi.
Selain daripada itu, ia juga penting untuk membolehkan proses penghasilan susu ibu berjalan lancar.
2. Pastikan keselesaan yang optimum untuk bayi seperti pakaian yang selesa, bilik tidak terlalu sejuk atau panas, dipakaikan bedung dan ditukarkan lampinnya bila perlu.
Antara sebab bayi menangis adalah kerana dia berasa tidak selesa. Tilam bayi juga perlu dipetiksa. Tillam yang nipis dan lembut mengurangkan risiko lemas.
3. Jika anda tidak yakin untuk menguruskan bayi sendiri, mintalah bantuan. Selalunya ibu anda atau ibu mertua akan menawarkan diri untuk membantu. Atau mungkin saudara-mara yang lain. Jangan malu untuk meminta dan menerima bantuan.
Jika anda tidak mempunyai keluarga yang boleh membantu, jangan risau. Pada masa ini, ada ramai yang menawarkan servis untuk menjaga ibu di dalam pantang.
4. Luka akibat proses kelahiran perlu dijaga rapi supaya tidak berlaku jangkitan.
Jangan mengangkat benda berat dan melakukan aktiviti berat kerana ini boleh mengakibatkan luka terkoyak dan sebagainya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pelakon dan pengacara popular, Che Puan Sarimah Ibrahim mendedahkan berat badannya kini sudah pun turun sehingga 8 kilogram (kg) selepas 15 hari berpantang.
Sarimah berkata, dia bersyukur kerana tubuhnya kini semakin sihat setelah menjalani proses berpantang dengan bertungku, berurut dan sauna.
Sarimah berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya dan memuat naik foto terbaharunya.
Sementara itu, Sarimah memberitahu dia kini masih menyusukan anaknya dan akan kembali bersenam selepas berpantang.
“Masih menyusu badan, ada masa susah untuk memenuhi keperluan Sofia, so kena express banyak-banyak. Jadi perasaannya gembira, menangis, gembira, menangis (normal, hormon lah tu)
“Perut saya dah flat dan lembut. Selepas berpantang akan terus workout like crazy” katanya lagi.
Rata-rata turut memuji Sarimah kerana agak cepat menurunkan berat badannya selepas melahirkan puteri sulungnya pada 17 Julai lalu.
Sarimah selamat bernikah dengan cucu Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-10, Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar atau Tunku Jamie pada 2 April 2015.
Syatilla & Sam Shaheizy selamat menyambut kelahiran kelahiran anak kedua mereka. Nampaknya sudah tidak lagi bertiga, tapi berempat!
Perkhabaran gembira ini dikongsi Syatilla & Sam menerusi Instagram. Anak kedua pasangan ini dilahirkan pada 17 April 2019, jam 9.15 pagi menerusi pembedahan.
SIHAT & GEBU
Syatilla turut berterima kasih kepada suami yang berada di sisi sepanjang proses pembedahan dijalankan. Kata Syatilla, anak perempuannya itu sihat & gebu!
samtilla Alhamdulillah baby girl kami dah keluaq????sihat gebu anak pompuan aku♥️tadi sempat laaa buat tutorial makeup dlm oT room?
Thank u sygku sezzy seng sentiasa di sisi♥️ #kekaSih@kpjampangputeri the best♥️
shaheizy_sam WE ARE NO LONGER 3 ?. ALHAMDULILLAH!!! Thank u so much everyone ?? ???? 17/04/19, 9:15am
BERKONGSI TARIKH LAHIR SAMA DENGAN IBU SAM
Apa yang lebih menarik, kelahiran anak kedua mereka ini adalah pada tarikh ulang tahun kelahiran ibu Sam, dramatis Khaty Fauziah. Kata Sam, hadiah untuk ibunya kali ini tidak dijual di kedai.
shaheizy_sam Happy Birthday Mommy @khatyfauziah . Mommy dapat birthday present yang takda jual la hari ni!!! Mommy and #BabyGirl share the same birthday ?❤️ Lepas ni kena beli 2 present. MASAK AKU
Para peminat mengucapkan tahniah kepada pasangan ini. Teruja dengan kehadiran bayi perempuan ini, masing-masing mendoakan kesejahteraan buat si kecil & Syatilla. Ada juga yang memuji Syatilla yang masih cantik dalam dewan pembedahan.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.