Anak-anak mana yang tidak sukakan ayam goreng Kentucky Fried Chicken (KFC). Biar pun terlalu lama berada di negara kita namun hakikatnya bukan semua dari kita mampu untuk makan ayam goreng kegilaan ramai ini dengan kerap. Malah ada yang langsung tidak pernah menjamahnya.
Perkongsian seorang guru yang sanggup berbelanja besar untuk membawa sekumpulan 30 orang anak muridnya ke restoran makanan segera itu seharusnya dipuji. Ada diantara mereka yang langsung tidak pernah menikmatinya sebelum ini.
Video yang dikongsikan oleh cikgu Ismaniza Fahiza Ismail ini ternyata mendapat perhatian ramai malah memuji tindakan guru ini.
” Saya pada mulanya nak tarik minat budak-budak supaya kehadiran ke sekolah penuh dan untuk buat kerja sekolah. Mereka nampak seperti kurang minat untuk buat, jadi saya janji siapa buat kerja, nanti saya belanja dan kebetuan semua buat.
“Jadi saya tanya secara rawak nak makan apa dan 90 peratus jawab KFC. Dari situ saya mula tanya sorang-sorang sebab saya hairan kenapa mereka jawab KFC. 98 peratus cakap mereka tak pernah makan apatah masuk KFC, yang biasa makan pun sebab orang bagi dekat rumah,” kongsinya lagi.
Namun kata guru Bahasa Inggeris, Pendidikan Jasmani dan Muzik di Sekolah Kebangsaan Syed Sheh, Kupang, Kedah ini lagi, hati kecilnya amat tersentuh malah mengingatkan dirinya ketika dizaman kanak-kanak.
Ads
“Masa mereka cakap tak pernah makan, sakit dada saya teringatkan kisah masa kecil dulu. Sebagai guru saya tahu latar belakang mereka, ada ayah meninggal, yatim piatu, bercerai dan sebagainya. Jadi saya berazam untuk bawa mereka merasai berada di restoran itu,” katanya bercerita.
Tambah rasa sayu kala melihat kegembiraan anak-anak muridnya ketika berada di KFC cawangan Baling.
“Masa sampai KFC tu mereka melompat-lompat seronok, punya la happy.
“Paling sedih bila mereka teruja tengok sos keluar dari pam, semua serentak cakap ‘wow’. Mereka hairan dan bertanya kenapa tidak letak dalam botol sos.
Ads
” Lagi saya bangga bila mana setiap dari mereka kata nak bawa balik ke rumah. Dari sini kita tahu sikap anak-anak murid kita.
“Saya sengaja beli kombo besar untuk setiap orang supaya mereka dapat bawa balik ke rumah, untuk sama-sama rasa dengan adik beradik lain,” katanya berkongsi.
Walaupun mendapatkan kecaman namun ibu kepada tiga orang cahaya mata ini punya alasannya yang tersendiri bila mana membuat keputusan untuk membawa kesemua anak muridnya makan di restoran itu berbanding beli dan bawa balik.
“Mereka tak pernah makan dalam KFC, itu impian mereka, untuk orang biasa mungkin mereka rasa benda ni remeh tapi tidak bagi mereka,” kongsinya lagi yang sememangnya sudah lama berhasrat untuk berbelanja buat anak muridnya.
Dengar cerita ada yang tak nak balik sebab seronok sangat main air. Faiz Dickie sempat tunjuk bakat terjun sampai perut mengandung pun hilang. Nak tahu siapa juara challenge kali ini, kenalah tengok sampai habis.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Benarlah anak-anak itu punca rezeki. Setiap kelahiran anak pasti diiringi dengan rezeki yang tidak pernah kita bayangkan. Mungkin rezeki kewangan atau mungkin rezeki tubuh badan diberi kesihatan yang baik. Setiap anak itu ada rezekinya masing-masing, maka hargailah kurniaan Allha SWT yang tidak ternilai ini.
Seperti yang dikongsikan oleh pelakon cantik, Syatilla Melvin, dia amat bersyukur dikurniakan anak-anak. Pun begitu katanya, dia berharap agar tidak hamil dalam masa terdekat kerana dia mahu mencari lebih banyak kesenangan demi masa depan dua oran anaknya.
Turut berkongsi kerisauan jika perlu meninggalkan anak-anak ketika keluar bekerja, kata Syatilla dia sukar untuk percayakan orang lain untuk menjaga anaknya. Kata ibu ini lagi, tidak semua orang ikhlas mahu jaga anak kita seperti mana kita sendiri yang menjaganya.
Dia turut mengatakan dia seronok melihat perkembangan anak-anak di depan mata kerana menurutnya tempoh itu sangat singkat. Tahu-tahu anak sudah besar. Dalam perkongsiannya itu lagi, Syatilla turut mengatakan rasa kagumnya terhadap Hanis Zalikha yang berupaya menguruskan anak-anak serta bisnesnya dalam masa yang sama.
Aku harap dalam masa tedekat ni aku tak pregnant lagi?bagi mak2 keluaq kerja cari duit kaw2 dulu?tpi tulah,lagi ramai anak2 lagi melimpah ruah rezeki allah bgi.anak2 punca rezeki yg tak putus!anak tu sendiri rezeki yg tak ternilai!?tapi tulah jugak,bila ada anak kecik,nk tinggai p kerja tak sampai hati?org lain jaga anak kita belum tentu IKHLAS mcm kita jaga..aku xpercaya org lain jaga anak aku selain diri sendiri! Tpi moment anak2 membesaq depan mata ni sat ja?
once depa dh besaq kita mesti nak depa jdi kecik balik?tapi bila kecik, ya ampunnnn aku darah tinggi??
kalau diberi pilihan antara nak HIDUP MISKIN atau ANAK2 SIHAT SELAMAT,aku pilih utk HIDUP MISKIN.. sebenarnya nk ckp TAHNIAH JA KT @haniszalikha ATAS KEJAYAAN DIA DALAM SETIAP BUSSINESS DIA♥️AKU DOAKAN KAU TERUS BERJAYA DAN MURAH REZEKI KEKNIS!♥️♥️♥️ #masing2dukunglakimasing2
Pa&Ma bersetuju dengan kenyataan Syatilla ini. Memang berat rasanya kalau ibu perlu keluar bekerja dan tinggalkan anak-anak. Kalau rezeki dapat pengasuh atas taska yang baik, bersyukurlah. Semoga anak-anak kita sentiasa di bawah lindungan Allah SWT sepanjang kita keluar mencari rezeki buat anak-anak tersayang.
Kementerian Pendidikan (KPM) tidak mewajibkan pemakaian pelitup muka sama ada di dalam atau luar bangunan kawasan sekolah.
Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Jidin berkata, pemakaian pelitup muka di kawasan sekolah pada ketika ini adalah mengikut pilihan masing-masing susulan pengumuman ketetapan yang dibuat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada Rabu.
“Ingin saya jelaskan bahawa pemakaian penutup muka dalam atau luar bangunan di kawasan sekolah adalah mengikut pilihan masing-masing. Tidak diwajibkan.
Kredit: Bernama
“Namun begitu, kita amat galakkan pemakaian penutup muka dalam kawasan sekolah khususnya di tempat-tempat yang ramai orang,” katanya dalam video perkongsiaan melalui Facebook rasminya pada Ahad.
Pada Rabu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengumumkan pemakaian pelitup muka di kawasan tertutup kini atas pilihan berkuat kuasa serta merta.
Keputusan itu dibuat selepas mengambil kira situasi semasa Covid-19 dalam negara serta penilaian semasa yang dilakukan kementeriannya.
Kredit: Metro
Dalam pada itu, Mohd Radzi berkata, bagi kanak-kanak yang menaiki pengangkutan awam ke sekolah seperti bas dan van diingatkan supaya memakai pelitup muka.
“Apa yang paling penting kita memastikan keadaan di sekolah ini selamat.
“Maklumat lanjut berkaitan dengan pemakaian penutup muka di sekolah ini akan dimaklumkan kemudian,” ujarnya.
Seorang kanak-kanak lelaki autisme berusia lima tahun yang dilaporkan hilang setelah terjatuh di Sungai Skudai dekat Kampung Sepakat Baru pada Rabu, ditemukan meninggal dunia lewat malam tadi.
Menurut Komander Operasi, Pegawai Kanan Penguasa Bomba, Saifulbahri Safar, mangsa ditemukan oleh anggota unit Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) pada jarak 130 meter dari lokasi mangsa dilaporkan jatuh dengan kedalaman empat meter.
Kanak-kanak lelaki berusia 5 tahun yang dilaporkan hilang setelah terjatuh di Sungai Skudai dekat Kampung Sepakat Baru pada Rabu, ditemukan meninggal dunia.
“Kami menerima panggilan berhubung kejadian berkenaan pada jam 5.59 petang. Sebaik menerima panggilan berkenaan, satu pasukan keluaran operasi (PKO) melibatkan satu jentera ‘fire rescue tender’ (FRT) dan satu jentera unit perkhidmatan penyelamatan perawatan kecemasan (EMRS) dengan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Skudai dihantar ke lokasi.
“Anggota PKO kemudiannya bertindak membuat pencarian di sepanjang tebing sungai sepanjang 800 meter dari lokasi mangsa dilaporkan jatuh manakala anggota PPDA membuat operasi selama mengunakan teknik ‘swift wiping’.
“Mangsa kemudiannya ditemui sekitar jam 11.15 malam,” katanya.
Bukan niat untuk menunjuk itu adalah penjelasan usahawan Anes Ayunie apabila membeli emas seberat 15 kilogram yang dianggarkan bernilai RM2.5 juta di TikTok baru-baru...