Bagaimana kita nak bantu anak kita bercakap? Kenapa anak orang lain usia 2 tahun dah petah cakap? Persoalan ini tak susah jika mak ayah sendiri yang rajin layan anak. Sesibuk mana pun dalam sehari waktu kualiti kita luang sekurang-kurangnya 30 minit pun sangat bermakna. Kalau dapat lebih lagi bagus.
Jadikan masa dengan anak waktu yang sentiasa ditunggu-tunggu dan memberi keseronokan untuk anak terus mendapat ilmu baru.
Perkongsian dari Pengetua Genius Aulad Saujana Utama, Ashikin Hashim ini sangat membantu.
1. Keraplah berbual dengan anak.
Saya memahami bahawa kebanyakan suami dan isteri masing-masing bekerja dan pulang lewat, namun ianya bukan alasan untuk tidak meluangkan sedikit masa untuk berbual dengan anak.
2. Bacakan buku untuk anak.
Melalui pembacaan, anak akan mendengar lebih banyak kosa kata. Ini membantu dan merangsang anak untuk bercakap.
3. Terhadkan penggunaan gajet.
2 tahun ke bawah jangan perkenalkan langsung kepada anak. Untuk anak pra sekolah, terhadkan masa. Jangan sampai anak ketagihan gajet pada masa ini. Sangat sukar nak kawal jika kita sudah berlebihan memberi masa gajet kepada anak. Bertindak sekarang.
4. Beri anak peluang dan masa main di luar rumah.
Pergilah main di padang. Main bola. Main bubble. Main tanah dan pasir. Pelbagaikan aktiviti supaya anak banyak berkomunikasi.
Semoga bermanfaat.
Sumber: Ashikin Hashim
Genius Aulad Saujana Utama