“Sampai Sekarang Tak Percaya Ada Anak Sendiri.” Tahnik Anak Hari Ke-7, Anzalna Pilih Nama Nabi

Share

Tahnik anak pada hari ke-7 sebagaimana dianjurkan sunah, Anzalna terus bahagia dengan kehadiran anak sulung. Nama pun sudah diberi!

Anzalna dan suami, Hanif Zaki mentahnikkan bayi sulung mereka dalam satu majlis yang dihadiri kedua-dua belah keluarga. Dalam posting Instagram, Anzalna turut mengumumkan nama bayi lelakinya iaitu Mohamad Eidrees bin Mohamad Hanif.

Katanya, Eidrees ialah nama pilihan kerana ia adalah nama nabi. Pangkal nama Eid pula ialah sempena kelahiran Eidrees beberapa hari sebelum kehadiran Eidulfitr (Aidilfitri).

Syukur Alhamdulillah selesai acara mentahnik anak pada hari ke-7 kelahirannya. Nama dipilih Mohamad Eidrees bin Mohamad Hanif.

(Eidulfitr+ Idrees is a variant of the Arabic name Idris which is the name of a Quranic prophet) ❤ #SunnahNabi #Tahnik #BerkatJumaat #BabyEidulfitr

Aktres ini dalam posting berikutnya berkongsi beberapa foto bersama Eidrees dan keluarga. Dia percaya Allah adalah sebaik-baik perancang. Kalau dulu bermain dengan anak orang lain, Anzalna mengakui tidak percaya kini sudah ada anak sendiri.

Allah itu perancang terbaik dalam hidup kita. Sampai sekarang, masih tak percaya dah ada anak sendiri.

Sebelum ni asyik main dengan anak orang ja.. ? missing @the_angguns family diorang sibuk beraya di Melaka!

Para peminat dan rakan berkongsi kegembiraan dengan Anzalna dan mendoakan kesejahteraan Eidrees.

GOD’S TIMING IS ALWAYS PERFECT

AKUI EIDREES BERKEPIT BAWAH KETIAK DI RUMAH

PERFECT FAMILY

1ST BABY BOY IN FAMILY

SEMOGA EIDREES MEMBESAR DENGAN SIHAT

Sumber: anzalnanasir88

Artikel berkaitan: [Jumaat Akhir Ramadan, Anzalna Selamat Lahirkan Bayi Lelaki. Hadiah Raya Bermakna Tahun Ini]

[Sambut Raya Dalam Pantang, Tengok Anak Pun Anzalna Kenyang. Pilih Nama Anak Berkaitan Aidilfitri]


Published by
Azma ML