Ramai yang suka apabila jurusolek terkenal, Mua Bellaz berkongsi gambar atau video anak-anaknya. Ternyata wajah comel mereka semua diwarisi dari Bellaz dan suami dan sekarang ramai yang sering tertunggu-tunggu jurusolek cantik ini memuatnaik tentang anak bongsunya, Nur Aisywara Nealofa.
Sebelum ini perkongsian Bellaz yang menunjukkan gelagat Aisywara yang suka dikipaskan menarik perhatian ramai. Apabila berhenti dikipaskan, anaknya itu akan merengek. Yang lucunya, bila sambung semua kena kipas terus tersenyum!
Selain itu, Bellaz juga ada berkongsi video ketika dia menggomol pipi anaknya itu. Geram sebab comel sangat tapi ramai yang memuji Aishwara kerana dia anak yang susah menangis.
Terbaru, Bellaz memuatnaik sebuah video yang menunjukkan anak lelakinya Ean Yusuf pula yang bermain dengan adiknya. Biarpun pipinya yang gebu itu dicubit si abang, Aisywara tenang saja sambil tersenyum apabila diagah.
Ternyata gelagat dua beradik itu mencuit hati ramai orang. Antara komen yang dtinggalkan warganet;
Ads
Alahai, memang baik sungguhlah baby Aisywara ni. Dia langsung tak menangis, senyum je bila abang main pipi. Kalau tengok anak-anak Bellaz ni memang geram betul, semuanya comel-comel! Semoga terus membesar dengan sihat dan menjadi anak yang disenangi ramai serta membanggakan keluarga.
Penularan COVID-19 sememangnya memberi kesan kepada rakyat Malaysia. Bukan saja dari segi kesihatan tetapi juga ekonomi rakyat kerana boleh dikatakan hampir kesemua sektor terjejas dek kerana wabak ini.
Di dalam sebuah sidang media, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin telah membentangkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat atau PRIHATIN berjumlah RM250 bilion hari ini.
Foto: SINAR HARIAN
DISKAUN PEMBAYARAN BIL ELEKTRIK
Antara yang diberi perhatian oleh Muhyiddin adalah peruntukan ke atas pembayaran bil elektrik. malah kata beliau, kerajaan bersama Tenaga Nasional Berhad akan menambah RM530 juta lagi untuk memberikan diskaun berperingkat.
“Dalam pakej rangsangan ekonomi yang lepas, Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM500 juta bagi tujuan pemberian diskaun 15% ke atas bil elektrik sektor pelancongan dan 2% bagi sektor komersial, industri, pertanian dan isi rumah di Semenanjung Malaysia mulai 1 April 2020.
Sebagai tambahan, Kerajaan bersama Tenaga Nasional Berhad akan menambah peruntukan sebanyak RM530 juta lagi untuk memberikan diskaun berperingkat antara 15% hingga 50% mengikut penggunaan kadar elektrik dengan had maksimum 600 kilowatt sebulan.
Diskaun 50% akan diberikan kepada penggunaan elektrik bawah 200 kilowatt, 25% bagi penggunaan antara 201 hingga 300 kilowatt dan 15% bagi penggunaan 301 hingga 600 kilowatt. Diskaun ini akan berkuatkuasa bagi tempoh enam bulan mulai bil bulan April 2020. Sementara itu, diskaun sebanyak 2% seperti dimaklumkan sebelum ini akan terus dinikmati oleh semua pengguna isi rumah.
PIHAK INSURANS & TAKAFUL TANGGUNG KOS SARINGAN COVID-19
Selain itu, bagi menyokong usaha KKM untuk menjalankan lebih banyak ujian COVID-19, pihak industri insurans dan takaful akan mewujudkan dana khas berjumlah RM8 juta untuk menanggung kos ujian penyaringan yang bernilai sehingga RM300 bagi setiap pemegang polisi dan sijil takaful perubatan yang diarahkan oleh KKM untuk menjalani ujian di hospital swasta atau makmal swasta.
Di samping itu, syarikat insurans dan takaful keluarga akan menawarkan penangguhan pembayaran premium atau sumbangan untuk tiga bulan bagi pencarum yang sumber pendapatan mereka terjejas akibat wabak ini
INTERNET PERCUMA KEPADA SEMUA PELANGGAN
Memikirkan akan kepentingan penggunaan internet dalam kalangan rakyat Malaysia, beberapa pakej khas akan ditawarkan dengan kerjasama syarikat-syarikat telekomunikasi.
Antara pakej khas yang akan ditawarkan ialah internet percuma kepada semua pelanggan dengan nilai RM600 juta bermula 1 April 2020 sehingga tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Keselamatan tamat.
Selain itu, tambahan RM400 juta akan dilaburkan untuk meningkatkan liputan dan keupayaan rangkaian bagi mengekalkan ketersediaan dan kualiti rangkaian telekomunikasi yang tinggi dan mampan.
KERAJAAN MAHU NASIB PEKERJA TERBELA
Tidak mahu wujudnya situasi majikan terpaksa membuang pekerja, Kerajaan juga akan memperkenalkan Program Subsidi Upah untuk membantu majikan mengekalkan pekerja. Menerusi program ini Kerajaan akan menyediakan upah sebanyak RM600 sebulan bagi setiap pekerja untuk tempoh tiga bulan.
Program ini dikhususkan kepada pekerja yang berpendapatan di bawah RM4,000 dan majikan yang mengalami penurunan pendapatan lebih 50% sejak 1 Januari 2020. Majikan mesti memastikan mereka tidak membuang pekerja atau mengarahkan mereka mengambil cuti tanpa gaji bagi tempoh tiga bulan selepas program ini dilaksanakan.
Selain itu, majikan juga tidak dibenarkan memotong gaji sedia ada pekerja. Langkah ini dijangka memanfaatkan 3.3 juta orang pekerja dengan peruntukan sebanyak RM5.9 bilion.
BOLEH KELUARKAN DUIT DARI AKAUN B SKIM PERSARAAN SWASTA
Buat anda yang mungkin risau tentang perihal belanja sepanjang wabak COVID-19 ini berleluasa, Muhyiddin memberitahu bahawa penyimpan yang menabung dalam Skim Persaraan Swasta atau PRS juga dibenarkan membuat pengeluaran wang dari akaun mereka.
Kerajaan membenarkan pengeluaran pra-persaraan dari akaun B Skim Persaraan Swasta sehingga jumlah RM1,500 bagi setiap ahli tanpa sebarang penalti cukai dalam tempoh bulan April hingga Disember 2020.
Semoga dengan setiap bantuan yang diberikan ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan bebanan rakyat Malaysia yang terjejas akibat COVID-19. Rakyat sedar akan keprihatinan kerajaan yang sedaya upaya mencari jalan untuk memudahkan setiap pihak. Diharapkan segala permasalahan ini akan segera selesai dan kita semua dapat menjalani kehidupan seperti biasa.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Lemas, tiga beranak ditemukan ‘tidak lagi bernyawa’ selepas mandi-manda di Sungai Balak. Kegembiraan tiga beranak mandi-manda di Sungai Balak, Jalan Genting Lama-Batang Kali, bertukar tragedi apabila mereka ditemukan meninggal dunia dipercayai lemas.
Lemas, Tiga Beranak Ditemukan ‘Tidak Lagi Bernyawa’ Selepas Mandi-manda Di Sungai Balak
Difahamkan tiga beranak itu datang ke sungai terbabit dari Kampung Kuantan, Batang Kali bersama keluarga untuk beriadah.
Kredit foto: Bomba
Ketiga-tiga mangsa itu dikenal pasti sebagai Arif Fadzil Abdul Saleh, 43, serta dua anaknya dikenali sebagai Damia, 9, dan Malik, 6.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.09 tengah hari.
Menurutnya, sepasukan 12 anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu dibantu Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) BBP Shah Alam dan Pelabuhan Klang.
“Kejadian membabitkan bapa dan dua kanak-kanak lelaki dan perempuan yang lemas ketika mandi dalam sungai.
“Semua mangsa ditemukan pada 1.35 tengah hari dan proses membawa naik mayat dilakukan,” katanya di sini hari ini.
Menurutnya, semua mayat dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu bagi proses bedah siasat.
Pelbagai hadiah menarik menanti anda selain boleh berhimpun bersama ratusan ekor kucing Oyen comel di sini. Apa lagi daftar sekarang dan jadi sebahagian peserta kami.
Jangan marah kalau isteri kuat makan atau suka sangat kirim makanan pada suami. Ada masanya selera makan itu datang tanpa dipinta. Mungkin sebab letih sangat dan mahu kurangkan stres, makan adalah cara yang terbaik.
Sesekali cuba suami duduk di rumah dan ambil alih tugas harian isteri. Itulah yang dilakukan oleh suami ini, Mohd Khairul Azuan. Katanya letih buat kerja suri rumah dan mengasuh anak seorang. Fahamlah dia kenapa seronok sangat bila isteri bila dibelikan makanan oleh suami.
Puas Hati Tengok Isteri Bawa Balik Makanan!
Penat jadi suri rumah. Saya baru jaga Umar sorang pun dah penat habis.
Tapi penat semua hilang bila wife balik kerja bawak balik makanan yang banyak. Nasi beriani takde dalam gambar 😂 Pastu dah balik rumah siap hidang lagi kat kita.
Begini rupanya perasaan isteri yang jadi suri rumah bila suami bawa balik makanan atau bawa makan luar. Hilang penat. Bukan penat jaga anak atau rumah sebenarnya tapi penat hadap dalaman rumah je seharian.
Sebab tu lah kadang-kadang ada wanita yang sampai kena refer psychiatrist sebab tekanan hidup. Anak 4-5 orang kecik-kecik. Suami ingat senang kot jaga. Try sehari dua.
Dah seharian saya jaga sorang anak kat rumah ni baru tahu penatnya suri rumah. Saya rela kerja penat siang malam cari duit dari teruskan kerja ni.
Mulia kerja suri rumah. Dan tak pelik isteri yang kita kahwini dulu lembut suara lembut macam Nora Danish, sekarang dah jadi Bandi Amuk.
Sekian. Nak makan jap.
Biar isteri mahupun suami, sebenarnya kedua-duanya mempunyai tanggung jawab yang berat. Setiap seorangnya mempunyai peranan tersendiri untuk memastikan hidup berkeluarga kekal harmoni berpanjangan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Seorang guru tadika berdepan detik cemas apabila anak perempuannya yang tidur di dalam kereta turut dilarikan pencuri dalam kejadian di Setia Alam di sini semalam.