Samperit 3 Bahan Paling Awesome, Masak Dalam Periuk, Pakai Dapur Gas Je!

Share

Ada waktunya dikala teringin untuk makan sesuatu jenis makanan, kita mula berkreatif dengan segala kelengkapan yang anda. Paling membanggakan cubaan kita berhasil kerana daya usaha yang tinggi. Salah satu contoh terbaik adalah resipi samperit tiga bahan ini.

Samperit mudah dengan hanya menggunakan tiga bahan ini paling mudah. Resipi yang dikongsikan oleh Syamiza Atikah ini menariknya hanya dimasak di periuk dan menggunakan dapur gas sahaja. Tanpa mixer malah tanpa oven pun biskut terhasil dengan baik. Dapatlah lepaskan mengidam. Terbaik!


Resipi wajib cuba: Daging Bakar Cicah Sos Ala Thai, Patutlah Sedap, Ada Perapan Istimewa, Padu!


Isi masa lapang dengan anak main tekap-tekap kuih ” hasilnya tak cantik sebab bukan minat sangat buat kuih. Kuali boleh ✓ rice cooker pun boleh. Tak lama pun masa untuk satu tray 10 minit masak, janji jangan tebal sangat bentuk kan doh tu sebab nanti akan amik masa yang lama nak masak sepenuhnya. Saya masak ni atas dapur gas taw. Api slow. Tak pakai mixer. Tak pakai oven.

Resepi semperit 3 bahan
500g tepung jagung
3 senduk nasi butter @ marjerin
½ tin susu manis

Gaul sebati tepung jagung dan butter@marjerin. Masukkan susu tin dan gaul hingga sebati dan lembut.

Jika agak lembik tambahkan tepung jagung sedikit.

*Kebiasaannya terlebih butter@marjerin/susu yang buat terlembik.

Terap pakai acuan kesukaan, oleskan marjerin atas dulang dan masukkan dalam periuk.

Biarkan 10 minit, periksa biskut dan angkat.

Senang!

Resipi wajib cuba: Resipi Roti John Popular Yang Viral, Guna Roti Oblong Sahaja, Pasti Buat Anda Terliur

Published by
SRM